SURAYA SEAFOOD RESTAURANT

As Salam

Jumaat lepas maghrib aku tanya Hata larat ke tak nak pegi beli barang dekat Rosyam Mart KL - tepi Jakel? Hata cakap OK. Rasa dah cukup rehat dah lepas sampai rumah sebelum Asar. Ok ...Kita kasi onzz plan kita. Lepas maghrib kami dinner dekat Suraya Seafood Restaurant. Alhamdulillah senang je nak dapatkan parking dekat belakang kedai Kak Som.

Sampai-sampai terus cari meja & alhamdulillah senang aje nak dapatkan meja waktu ni. Kami pegi dekat kedai yang lama. Bukan kedai seberang yang baru. Datang je waiter, terus order sebab aku dah tahu aku nak makan ape. Lunch hour aku tak makan berat. Makan sandwich bekal pagi tu je. Jadi aku LAPAR. Aku order ini..
Aku request nak PEDAS.
Anak-anak memasing order paprik daging & paprik ayam.
RM10.00 per plate.
Kailan ikan masin RM10.00 per plate.
Tak habis sebab aku rasa macam taste dia kureng sikit malam tu.
Hata order maggi celup. Hata tak amik nasi sebab dia cakap malam tu tak nak makan nasi. Tapi dia share makan ikan siakap steam limau tu. Makan ikan saje.
Amik sosej ni jugak..RM3.00 / cucuk..
Amik ayam pulut dan ayam merah.
Masa nak order sosej, nampak LATOK ni kome.
RM10.00 per pack...Pada aku murah sebab kalau dekat depan Lotus's Ampang RM15.00 / pack. Tak suree sekarang masih ada jual atau tak.
Puas hati dapat makan latok ni kome. Rasanya last aku makan masa berbuka puasa dekat D'linq Che Wan tu. Kan?

Lepas makan kami terus menuju ke Rosyam Mart sambil dengar taklimat tentang UPKK dekat google meet secara online dekat henfon aku. Aku siap bawak earbud. Sebelah bagi Ammar, sebelah aku guna. Sambil pilih barang, sambil dengar taklimat. Ammar pegang fon. Mana-mana info yang rasa penting Ammar screenshot.

Lepas membeli kami pun balik rumah. Tak ingat dah jam berapa sampai rumahnya kome. Sampai tu terus la masukkan udang, sotong, ikan rebus dalam freezer. Selesaikan apa yang patut then tido le kome....

Apa pun aku tak puas hati pegi Rosyam Mart kali ni sebab tak dapat beli lagi sekali daging striplion seketul besar macam hari tu. Dekat sini ada yang dah dipotong slice besar yang macam nak buat steak tu. Nanti nak kena pegi Rosyam Mart dekat Setiawangsa la beli.

Oh ya..nak beli drummet jugak nanti sebab aku tak jumpa drummet dekat sini.

14 comments:

  1. Dah lama tak ke Suraya Seafood kat Kampung Baru ni. Siakap stim limau mmg antara favourite dish kiteorg bila ke sini.

    ReplyDelete
  2. so far tak pernah lagi shopping kat ST rosyam mart tu..anyway, siakap tu nampak sedap! saya tak reti mkn latok (not adventurous bab2 food)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Latok tu rasa masam2 sikit aje sis.Tp mmg sedap bila mkn dgn sos cili thai / sos hijau tu. =)

      Delete
  3. Sedapnya siakap steam limau tu kalau pedas-pedas.. Campur masam pula.. Pergh!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu sis.Kalau tak pedas tak kick..Hahha

      Delete
  4. Sha ini teringin betul nak cuba latok tu tapi tak ada pula yang menjual dekat sini..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Owh....Sini senang jgk nk jumpa.Cuma harga lain2 =D

      Delete
  5. dugaan tgk gmbr makanan tgh puasa....latok dlu 1st time mkn time outstation sabah lps tu keracunan smp kena drip sbb ada makan yg jenis ltk sambal belacan ke apa dgn latok tu..trus rs fobia nk try lg

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alamak...Bahaya tu sis.Mgkn sambal x kena or latok tu x dicuci betul2 kot.

      Delete
  6. Sedapnya latok. Lama tak makan. Harga kailan tu sama harga dengan ayam & daging tu dah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iye.Kedai tomyam dekat area kg baru mmg rasa RM8-10 dah sepinggan =D

      Delete
  7. ammi kalau kg baru ni mcm suka makan kat rosdet. last Saturday pegi juga tapi payah betul nak jumpa parking

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sy dh lama tak mkn dkt sana sis. Dulu Hata design menu dieorg jadi selalu la pegi. Bila owner blk thailand (tak buat design dgn Hata) dah jarang gi sana sebab susah nk cari parking plus mls nk mncari =D

      Delete

DISCLAIMER: All content provided on this "thisni3zahata.blogspot.my" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of thisni3zahata.blogspot.my will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.