TAHNIAH CHE MEK!!!

As Salam

Alhamdulillah. Tahniah to che mek atas kemenangan yang dicapai. Ni adalah hasil usaha dia. Hari tu che mek ada buat brochure untuk subjek Sains. Gigih la mek ni buat. Bila tanya aku cara lipatan. Memang aku mintak che mek tanya Hata sebab Hata memang expert part brochure ni. Sampai lewat malam jugak la che mek siapkan.
Che mek bawak balik trophy & sijil.
Lepas tu tak ingat che mek join apa lagi. Dapat ini pulak. Both hadiah che mek kena naik ke pentas. Ok la..Janji ada pencapaian. 
Items yang ada dalam paperbag kuning tu.

Hari Isnin tu Hata cakap dia tak larat nak hantar che mek ke kelas tuisyen. Jadi kami bungkus nasi mamak Q Bistro ikut selera anak. Che mek nak nasi goreng biasa, Ammar nak nasi campur. Aku order tosai.
Sempat snap gambar waktu Hata tengah bungkus nasi untuk Ammar sebab nak bagitahu che mek yang si ayah tengah bungkus makanan untuk mereka.

Sampai rumah, dah nak maghrib. Tunggu lepas maghrib baru semua makan. Untuk Hata aku panaskan lauk semalam sebab Hata cakap dia nak makan itu je. Aku tak makan nasi dah sebab lunch aku dah makan nasi & masih kenyang.
Menu hari ahad minggu lepas.
Ikan keli & seekor ikan kembung masak sambal hijo, cauliflower tumis dgn capsicum, reheat sambal ikan bilis & telur rebus untuk Ammar.

Malamnya aku berehat je. Ingat nak menjahit. Tapi rasa tak larat. Jadi kita buat kerja rumah sikit-sikit aje.

Esok cuti weekend semula kome. Sekejab je masa berlalu kan?

5 comments:

  1. Kejap je hari ke hari, minggu ke minggu dan bulan ke bulan. Tahu tahu nak tahun baru dah.

    ReplyDelete
  2. Tahniah buat Che Mek.. macam-macam hadiah dia dapat..
    Sedapnya ikan sambal ijo tu..

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "thisni3zahata.blogspot.my" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of thisni3zahata.blogspot.my will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.