As Salam
Hari Sabtu planning nak briskwalk terpaksa ditangguhkan sebab aku nak join program dekat masjid ni. masjid ni buat program ini..
Aku nampak ni. VTT lalu dekat tiktok aku.
Lepas tu aku screenshot & bagi pada Hata.
Sementara aku pilih, lipat & susun baju dalam woven bag, Hata buatkan sarapan untuk kami. Aku minta Hata kukus je DimSum, pau kari ayam & pau BBQ chicken dari kedai ECO.
Dalam rumah ni, ada banyak jugak woven bag. Jadi aku pilih mana-mana yang agak muat untuk letak baju-baju yang aku nak infaq-kan.
Antara baju aku, baju Ammar yang dah tak muat, che mek & Hata.
Tudung aku pun ada yang aku infaqkan.
Aku letak label supaya senang mereka nak sorting nanti.
Dah siap ikat...
Tak sangka boleh penuh wagon kami ni. Banyak rupanya baju bajan yang kami dah tak pakai. Baju kurung pun ada yang aku bagi. 1 set baju melayu Hata & kurta pun ada.
Waktu kami sampai, takde orang ramai sangat. Tapi dah bertimbun la plastic bag pakaian yang diberikan. Masa kami nak bagi tu, staff tu tanya..Nak timbang atau nak infaq? Kami jawab nak infaq aje. Kalau timbang dapat duit sikit. Tapi kami pilih untuk infaq. Tak pe lah. Niat asal memang nak infaq. Bukan nak jual. Kalau nak jual, kena pegi dekat carboot sale. 😁
Lepas selesai berinfaq, aku ajak Hata mengopi. Kemana??? Tunggu jab.
Korang buat apa semalam?










Semoga sedikit usaha kita ini mendapat ganjaran sewajarnya di sisi Allah SWT..sekurang-kurangnya kita tak membazir kan...ada je orang yang boleh guna baju- baju tersebut...
ReplyDeleteAmin.
DeleteAlaaaaa kalau tau mmg kita pi hantar baju² yg x pakai ke situ....
ReplyDeleteWalau b4 ni pun dh byk yg kita dermakan tp still eh mcm x surut² plak lemari kita eh 😅😅
Same here sis.Sy pun sblm pindah hari tu bykkkkk letak dlm recycle box..Ni lps 8 bulan pindah.Ada lagi rupanya...=D
DeleteOh boleh jual juga ye. PH setakat ni tak jumpa lagi yg bayar kita utk pakaian terpakai ni. Tapi tidaklah berhajat pun sbb niat nak sedekah je, panjangkan hayat pakaian tu kalau ada yg perlukan. Dapat juga membantu mereka yg memerlukan
ReplyDeleteHaah..Hari tu boleh timbang jgk cuma x tau brp RM mereka ambil... =)
DeleteOh Nieza ada gak wagon tu. Selain letak barang...pernah nampak letak anak2 dalam tu sampai ada yang tertidur....comel pulak.
ReplyDeleteAde sis. Kami beli utk bawak costume / prop dekat cosplay event =D
DeleteCie ni pun ada beberapa plastik tengah mencari tempat nak hantar.
ReplyDeleteByk jgk tu Cie. Hrp2 dpt cari tmpt yg sesuai.
DeleteAlhamdulillah, mulia niat infaq baju terpakai. Lepas siap, layan ngopi memang ganjaran paling padu!
ReplyDeleteThx sis =D
Deletebaju tu sentiasa ada je, kalau kita sorting2...
ReplyDeleteKan...Aduhai..Mcm tak habis2..hahaha
Deletebestnya dpt clearkan bj2 lama! MZ nak kena cari masa declutter jugak ni...sbb almari dh padat sgt2
ReplyDeleteWow...Padat?kena sorting cpt2 tu =D
Delete