As Salam
Lagi entry tertunggak.
Hari tu kami dinner agak lewat sebab both of us sampai rumah dah jam 6.30 petang. Nak masak tak sempat dah. Nak makan luar ak nak terkejar ke maghrib. Jadinyaa masa OTW balik, both of us singgah dekat gerai sepanjang jalan dekat area Danau Kota ke Taman Melati tu. Kami belikan anak-anak churros.
Sampai rumah memasing lapik perut dengan churros. Lepas tu jam 7.45 malam gerak ke kelas tuisyen che mek. Sementara nak tunggu che mek habis tuisyen aku ajak Hata pegi mr DIY dekat Sri Rampai tu sekejab sebab nak beli plastic sampah. Udah habis terus yang size M dekat rumah.
Habis je che mek tuisyen, kami terus ke kedai makan dekat Gombak. Yang dah lama jugak kami tak pegi. Aku pun dah lapar sebab lunch tak makan. Kami semua lapar. Masa nak order, Ammar ajak share nasi goreng kampung & telur dadar aku. Both of us ( Aku & Hata ) rasa was-was bila Ammar cakap dia nak share sebab kami semua lapar. Lapik perut jam 6.30 petang makan jam 9 lebih mana cukup. Ammar cakap dia risau dia tak habis kalau amik portion untuk seorang. Hata cakap kalau tak habis, ayah la kena tolong habiskan. Ok. Senang cerita. Jadi kami amik la menu memasing.
Habis makan, kucing duk berlegar-legar dekat kaki che mek...
Che mek pulak memang pantang nampak si bulus ni...
Masa angkat, elok aje si bulu ni dia aje masa che mek angkat.
Memang bersih & lembut je bulunya kome.
Terus teringat ke Felix.
Nasi goreng USA takde sayur untuk che mek...
Habis che mek makan.

Aku order nasi goreng kampung dengan telur dadar.
Setambun nasi ni kome. Aku makan separuh je.
Separuh lagi Hata tolong habiskan.
Hata order ikan bekok,sup kosong & nasi putih.
Ammar order ayam goreng kunyit, sup kosong & nasi putih..
Dalam nak share dengan aku pada mulanya...
Last-last Ammar berjaya habiskan 1 portion nasi putih ye kome...
Ammar cakap next time kalau pegi sini dia nak order lagi ayam goreng kunyit ni sebab kena dengan selera Ammar.
Aku add on somtam betik campur manga.
Aku request nak manis sikit.
Alhamdulillah memang kena dengan selera aku kome.
Next time boleh order lagi.
Lepas makan terus balik la kome. Alhamdulillah kenyang kami sekeluarga untuk menu yang di-order. Dah lama jugak rasanya tak pegi kedai ni. Alhamdulillah rasanya masih maintain.
Hari ni dapat stock up lauk. Seronok rasanya... Korang mask apa & pegi mana hari ni?





Kedai mana ni sis? Nampak menarik & teringin nak try set ikan bekok tu :)
ReplyDeleteBai Krapraw Seafood
Deletemasa baca entry ni, 30ogos..duduk rumah je dengan kak M, boys p berkampung dekat Tapah ada game bola sempena merdeka.. ibu malas nak berpanas2.. hahaha
ReplyDeleteBetter. Bleh berehat =D
DeleteMmg dlm seminggu kalau balik keje ada je hari yg tak sempat nak masak apa.. mmg beli kat luar jer la..
ReplyDeleteAgreed. =D
DeleteTernyata habis yaa anak Lanang 😄👍👍. Lapar dan memang sedap berarti.
ReplyDeleteDuuuuh somtam tuh saya sukaaaa sangat kak 😍😍😍😍. Kalau dah jumpa memang habislah ratah sendiri 😄
Agreed part somtam tu =D
Deletepg ni MZ tak masak, mr hubby gi tapau bf kat gerai dpn masjid. so ari ni so far tak de apa2 plan..ni bukak lappy layan BW
ReplyDeleteSemalam kami buat breakfast =D
DeleteSabtu lepas akak buat sarapan pagi je..lepas je adik bongsu amik Abah, terus yahoooo gantung piyuk..x masak..sampai petang...early dinner lepas tu pi Wah Chan beli Bling Bling..nanti la akak citer part tu...hahahaha...
ReplyDelete