As Salam
Alhamdulillah kami sampai Kajang dalam jam 4.30 petang. Sampai-sampai kak ipar dah prepare dah laksam & anak sedara tengah goreng sotong celup tepung. Lepas tu anak sedara keluarkan cake sempena birthday & hari bersara wajib abang ipar aku hari Khamis lepas.
Nenas MD2 yang memang manis natural rasanya kan?
Sebekas RM10.00, aku beli 3 bekas. 2 bekas tinggal dekat Kajang, sebekas bawak balik untuk kami makan dekat rumah.

Layan jugak makan laksam ni kome. Pior kelate mari.
Sotong celup by our niece...2kg selesai... 😁
Sedap jugak kek ni kome. Lembut je...
Lepas makan lepak & borak-borak...
Lepas tu Hata & aku duduk dekat message chair ni...
Sedap betul bila badan ni diurut-urut walaupun ada part rasa sakit tapi idak la kuat sangat. 😁
Pung pang pung pang borak, lepas maghrib dalam jam 8:00 malam kami pun gerak balik. Walaupun esok hari Ahad, tapi kami tak dapat nak tido Kajang malam tu. Biasa tiap kali datang Kajang hari Sabtu memang kami akan tido sana. 😁
Masa OTW balik Hata tanya kids ada yang nak makan lagi tak? Ehhhh..Che mek cakap nak makan lagi. Ammar pun nak jugak. Ehhhh..Aku pun terasa nak makan jugak. Tiber. Jadi Hata singgah nasi lemak Saleha dekat tepi Lotus's Ampang.
Aku, Hata & Ammar amik nasi lemak bungkus ni satu sorang. Che mek je makan kueteow goreng.
Lepas makan balik rumah, kami naik rumah, Hata isikan minyak motor aku. Lepas tu kami berehat aje la kome. Otak aku dah start memikir nak ganti cover table top dekat water filter tu. Dah masuk 8 bulan cover tu tak bertukar. Jadi???
Agak-agak jadi ke aku tukar cover tu?






Warna warni kek buahnya tu. Nanas MD2 memang sedap. Nieza gi kat Saudagar Agro Nanas Sg Merab. Dia siap tanam nanas MD2 dan jenis lain. Boleh beli terus kat sini buah nanasnya.
ReplyDeleteBetul tu sis.Kalau pegi kajang mmg nmpk saudagar agro nanas tu.Tp belum dpt stop lg..=D
Deletesedap nampak laksam tu
ReplyDeleteBetul. mmg berasa kuahnya tu =D
Deletedah kenyang, duk plak kerusi urut, best kalau dapat lelap kejap tu.hehe
ReplyDeleteKan...hahaha
Deleteterliur plak tengok nenas MD2 tu..dapnyaaaa
ReplyDeleteThis weekend sila beli sis =D
DeleteMenarik pulak kek buah tu.
ReplyDeleteBetul.Mmg sedap kek ni =D
Deleteterliur laksam la plak
ReplyDeleteHahaha..This weekend kena gi mkn tu sis =D
DeleteNanas MD2 memang sedap manis. Tak cukup sepotong. hihi.
ReplyDeleteKadang berkumpul ni borak lebih, makan kurang. Tu yang rasa nak makan lagi tu. Dapat pulak nasi lemak bungkus daun pisang kan.
Syoklah dapat mengurut walaupun kejap.
Betul tu sis. Urut tu mmg tiap kali pegi kajang kami guna =D
DeleteSedapnya nenas tu
ReplyDeleteBetul. Nenas Md2 ni mmg sedap =D
Delete