MASAK DALAM KEADAAN TENANG

As Salam

Alhamdulillah hari Khamis balik keje tak hujan. Cuma masa dah separuh perjalanan je terasa titik-titik hujan tu sikit. Sampai rumah che mek tengah tido. Penat sangat la tu sebab hari Khamis tu jam 4:00 pagi dia dah bangun untuk bersiap ke Sentul dengan team gamelan naik bas sekolah.

Sampai rumah, aku terus potong cili kering, rebus sampai betul-betul masak. Blend bawang, blend cili kering. Then masak sampai nampak pecah minyak. 2 hari sebelum tu aku ada rebus sotong kembang. Lepas dah pecah minyak, terus la aku terjunkan sotong tu dan letak saknika perasa. Lepas tu rebus telur. Lepas maghrib ajak Ammar makan. Tetiba Hata update yang dia dah sampai dekat Tol Sungai Besi. Jadi aku suruh Ammar makan dulu. Aku tunggu Hata untuk makan sekali.
Sambal sotong, telur rebus.

Waktu Hata sampai, terus la aku prepare untuk makan sekali. Aku potongkan jugak baby terung tu dalam 5 biji untuk Hata makan buat ulam. Aku try la makan sebelah. I cannot go la....Macamana la Hata boleh makan macam tu je...πŸ˜†

Kalau korang, ulam apa yang bleh makan tanpa dicelur terlebih dulu slain dari ulam berdaun?

20 comments:

  1. saya tak adventurous bab2 ulam, boleh mkn timun/cucumber...yg berdaun, saya suka daun kunyit, bunga kantan, apa2 daun utk nasi kerabu lah... selain tu, memang tak mkn laaa :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu sis.Sy pun x pasti mcmane Hata bleh mkn baby terung mentah tu...=D

      Delete
  2. Akak kalau ulam suka ulam raja, pucuk selom, timun dan banyak lagi la...

    ReplyDelete
  3. Timun. Hehe... Sedapnya nampak sambal sotong kembang & telur rebus tu! Memang terangkat makan dengan ulam.

    ReplyDelete
  4. Sedapnya sambal sotong kembang. Alamak, kalau ulam yang kena celur tu baru boleh makan. I is kenot jugalah kalau makan ulam terung mentah.

    ReplyDelete
  5. Timun je kot boleh makan mentah gitu. Terung kena rebus atau bakar dulu baru reti makan. Petai pun at least kena bakar dulu baru PH makan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sy paling suka terung bakar cicah cili kicap...=D

      Delete
  6. Sedap la baby terung Cie suka buat ulam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haaa....Sy x bleh go la dgn baby terung mentah ni...=D

      Delete
  7. kita boleh yang biasa2 je, kacang botol. timun, tomato

    ReplyDelete
    Replies
    1. Janji bleh mkn ulam dah ngam dah tu Linda... =)

      Delete

DISCLAIMER: All content provided on this "thisni3zahata.blogspot.my" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of thisni3zahata.blogspot.my will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.