As Salam
Disebabkan Hari Ahad dah bangun lewat sikit selepas solat subuh, maka aku ajak Hata breakfast berdua dekat nasi lemak Saleha. Kami makan nasi lemak bungkus je. Sebungkus setengah seorang. Aku amik kopi ais. Perghhhh lama sangat rasanya tak minum kopi ais kaw.
Aku lebih suka makan nasi lemak dalam daun pisang sebab nak bau daun pisang pada nasi lemak tu.😁
Lepas sarapan singgah Giant beli lauk untuk seminggu (harapnya cukup). Takde la beli apa pun. Cuma beli ikan siakap 2 ekor & seekor ayam. Lepas tu beli salad sikit. Planning nak buat bekal ke ofis. Kami bungkus nasi lemak untuk anak-anak. Jadi jam 3 petang lebih baru Hata start masak. Aku pulak start menjahit sikit.
Hata masakkan sup ikan siakap versi Siam, paprik ayam & ayam goreng.
Sedang elok Hata siap masak, aku pun siap menjahit. Aku siapkan baju kurung moden dari kain yang kak Notie bagi dulu. Alhamdulillah dah siap dah. dah boleh pakai gi kerja atau kenduri.
Baju kurung moden dengan border lace. Kain tu aku jahit shape A je.
Lace tu cukup untuk keliling pergelangan tangan & bahagian depan baju.
Hari Ahad lepas, aku infaq kan beberapa pasang baju kurung yang aku dah tak muat nak pakai. Hari ni dah dapat baju kurung yang baru. 😁
Kain ni ada lebihan lagi. Rasa macam dapat sehelai kaftan. Tapi bukaannya tak luas sangat. But still boleh jadi baju tido. Nanti dah siap jahit aku update sini ye.
Esok dah hari rabu kome. Sekejabnya masa berlalu.




Sedapnya nasi lemak daun pisang. Saya pun suka. Aroma daun pisang tu membangkit selera kita sebenarnya.
ReplyDeleteWah bestnya boleh jahit baju sendiri. Syoklah boleh buat fashion baju macam-macam. Cantik hasil kejadian sepasang bajunya.
Kita geng sis. SY tailor amatur aje sis. =)
Deleteperghhh.. padu sambal nasi lemak tu.. hehe..
ReplyDeletebetul. Hahaha
DeleteJemput singgah yer..
ReplyDeleteTETAP MAMA DI HATI
Done =)
DeleteOrang tangan seni memang jadi je bila buat....
ReplyDeleteUncle pun akan pilih yg bungkus kalau kat NLS tu...
Sy amatur aje uncle..hahaha.. Ok ..Part nasi lemak tu kita geng..Hahaha
DeleteCie pun suka nasi lemak daun pisang baru feel makan nasi lemak. bestnya pandai jahit boleh jahit sendiri je.
ReplyDeleteOk.Kita geng Cie. Alhamdulillah. Boleh la jahit sikit2 =D
DeleteUntung sangat boleh jahit sendiri baju.. Kalau Linda ni, memang setiap minggu ada baju baru.. hahaha..
ReplyDeleteAlhamdulillah. Boleh la jahit sikit2 =D
DeleteBestnya boleh jahit...saya ada 7 pasang kain belum jahit...huhu
ReplyDeletecantiknyaaa jahitan, tergoda tgk nasi lemak
ReplyDelete