As Salam
Sebenarnya sejak dari hari Rabu minggu lepas Hata ada dapat jemputan ke tayangan perdana cerita spiderman ni. Tapi Hata tolak sebab tak sempat nak berkejaran dari Seremban. Untuk hari Sabtu pun Hata dapat invitation jugak. Mula-mula Hata tak nak pergi sebab masih penat. Tapi bila organizer he-man sebelum ni bersungguh ajak & dia cakap dia dah letak nama Hata dalam listing & dapat goodies sikit, Hata jadi kesian la pulak. Bersungguh organizer ni ajak. Jadi Hata pun setuju la...
Jumaat malam Sabtu Hata keluarkan costume dari storage box & test..Alhamdulillah masih muat walaupun kena pakai bengkung untuk cover perut. 😁. Sabtu jam 12:00 tengahari kami gerak dari rumah. Jalan jammed. Highway DUKE pun jammed. Dah nak sampai ke One Utama tu hujan. Kami mencari parking sampai level 5. Gathering bermula jam 3:00 petang. Mujur la jam 1:00 tengahari dah sampai sebab nak cari parking susah jugak. orang ramai sangat dekat One utama ni kome. Ramai jugak yang kami nampak pakai baju, cap, sweater spiderman.
Lepas parking kereta kami ke Nyonya Colors. Kids nak makan mee kari sebab dah lama tak makan. Aku amik makanan biasa & Hata tak makan sebab nanti nak suit up. Risau pulak kot-kot nak terkucil ke..Nak membuang ke masa dah suit up. Naya pak karim...😆
Mee kari untuk Ammar & che mek.
Memasing minum air teh o ais.
Bubur nasi untuk aku.
Kuih sengkuang...Makannya boleh begitu sahaja atau tuang cili sos.
Kopi o ais kaw for me...
Manihhhhh leting. Mujur bawak air masak siap-siap...
Tuang la sikit untuk bagi rasanya seimbang dengan tekak.
Sekeping sementara tunggu makanan sampai.
Lepas makan, pegi solat, lepas solat terus kami ke new wings menuju ke GSC. Nyonya colors ni dekat old wings. Dekat old wings ada TGV & Aeon. Masa sampai, Hata kol kawan cosplay yang lain nak tau changing room. Changing room tu sebelah kaunter beli popcorn. Jadi kami masuk dalam tu sebelum semua get ready untuk sesi bergambar.
Antara spiderman cosplayer dari pelbagai series & universe yang datang.
Ada yang aku kenal, ada jugak yang aku tak kenal...
Korang teka la mana satu Hata...😁
Lepas amik gambar ni aku terus ke changing room semula sebab malas nak bersesak dengan orang ramai. Ramai waktu ni kome. Jadi aku tunggu Hata dekat sana aje la sampai habis session yang ditetapkan oleh organizer. Dalam jam 5:00 petang kami pun gerak balik. Dekat luar masih hujan yang boleh tahan lebatnya.
Masa sampai highway DUKE dah nak sampai Setiawangsa, Hata plan nak makan nasi dekat kedai mamak Syed. Tapi bile fikir balik waktu hujan ni, risau ramai customer dan sudahnya kami pegi bungkus ayam, nasi ayam, egg tart, blueberry cheese tart & cheese sosej dekat Baker's Cottage je.
Masa nak balik tu jammed kome dari Taman Melawati ke Taman Melati. Jenuh rasanya nak sampai ke rumah. Sampai rumah semua kalut solat Asar. Lepas tu terus makan sebab memasing dah lapar. Lepas makan berehat aje la. Hata pulak jam 9:00 malam keluar jumpa ofismate dia yang akan bertukar ke pejabat lain (Bukan lagi dekat HQ tapi masih dalam company yang sama). Lepas ni tak tau pulak bila boleh jumpa sebab dah tak sama jabatan & tak sama pejabat dah.
Esoknya kami kemana??? Tungguuuuuuu update dari aku ye.
Hari ni hari kedua Ammar exam trial UPKK...
Aku ni berdebar-debar sokmo dengan Ammar ni tau.








Banyaknya spiderman dari pelbagai universe. Dulu masa zaman berlari, ada runner pakai spiderman, buat marathon standard chartered lagi. Giler hebat boleh tahan 42km, camana kalau nak ke toilet, yek. Good luck untuk Ammar.
ReplyDeleteIye.Ade je yg sanggup cosplay waktu2 run mcm tu =D
DeleteCompany ada buat premier screening last week tapi untuk wartawan aje..so xde la staff dapat pi...nak pi tengok sendiri malas sebab x berapa minat..
ReplyDeleteOwhh..In SHaa Allah...Kami gi tgk this weekend.
Deleteone utama tu bandar utama ke?? hahhaa...
ReplyDeletehari tu p bandar utama (yang last station LRT 3 tu), jenuh la pusing dalam tu.. tak paham laluan dalam tu.. hahaha
Nama Mall One Utama. Nama Stesen Bandar Utama sbb kwsn tu namanya Bandar Utama. =D..Kalau turun MRT tu kena lalu dlm One World Hotel tu baru bleh tembus Mall One Utama..=D
Deleteowh...macam tu... nanti nak p repeat lagi lah.. hihihi
DeleteMeriah betul Spider-Man Gathering kat GSC 1 Utama ni! Ramai cosplayer sempoi. Best dapat tonton wayang dengan suasana peminat tegar begini. Ada bergambar dengan Spidey?
ReplyDeleteKiteorg x tgk pun Syaz. Hanya minggle2 dkt luar je. Sy x brgmbr pun dgn spidey2 ni..Sbb Hata dah spidey..Hahaha
Deletebagus hata maintain jer berat badan so boleh pakai suit yg sama ajer bertahun2 pun...ni kira sempena tayang fileman spiderman ker?
ReplyDeleteHhahaha..Jenuh jgk brdiet ni sis. Haah..Sempena movie Spiderman ni...
DeleteRamainya spiderman 😁
ReplyDeleteIni separuh aje cie. Actual spidey ada dalam 40 org.
Deletenampak menarik kuih sengkuang tu
ReplyDeleteSy suka kuih tu sis..=D
Delete