BRISKWALK 7.0

As Salam

Hari Sabtu aku briskwalk aje dengan Hata dekat laluan biasa. Cumanya kali ni kami tak sarapan dekat Q Bistro & patah balik. Kami teruskan perjalanan ke rumah & terus ke kedai roti canai melayu.
Dekat pukul 8 pagi baru gerak dari rumah.
Masa dah nak sampai ke LRT, baru aku perasan connection GPS jam ni terputus...
Lepas beberapa meter dari LRT, baru la connection ni reconnect semula.
Aku rasa aku jalan lebih dari 4KM.😁
Roti telur bawang pilihan aku & Hata.
Adakah roti canai ni bakal jadi tempat sarapan kami selepas briskwalk di minggu akan datang? 😆

Lepas sarapan, kami balik rumah. Aku bungkuskan anak-anak nasi lemak telur mata untuk che mek dan nasi lemak ayam goreng untuk Ammar. Jam 10 pagi naik motor ke kedai hardware area rumah lama - nama Jalan Langkawi, Setapak masa awal-awal kahwin dulu sebab nak beli penyambung paip. Sebenarnya hari tu paip bilik air anak-anak bocor. Masa Hata nak ganti dengan kepala paip yang baru, time pulas tu, tetibe batang paip tu patah sebab dah reput. Jadi baki kepala paip lama dah tetinggal dalam salur paip utama tu. 

Hata dah mengelabah & nak panggil plumber. Cari plumber online. Lepas tunjuk gambar range yang mereka mintak adalah RM150.00 hingga RM250.00. Lepas tu aku cakap dengan Hata. Cuba try google macamana cara atau ada tak tools yang boleh digunakan untuk keluarkan baki batang paip yang tertinggal tu. Hata pun google. Hari Jumaat, aku balik sekali dengan Hata. Sampai KL Sentral, aku singgah dulu kedai ECO sebab nak cari mini wipes yang aku cerita semalam. Hata suruh jugak aku cari tools ni.
Tools ni digunakan untuk keluarkan baki batang paip yang patah tu.

Usaha aku nak dapatkan tools ni pun ada cerita jugak. Masa dalam kedai ECO dekat area harware, aku jumpa sorang staff kedai ECO ni. Aku tunjuk gambar  tools ni & tanya ada tak tools ni. Staff tu jawab TAK ADA. SINI SAJA TOOLS YANG ADA. Sambil tunjuk rak tools. Aku tak puas hati dan cari satu-satu. Beralih ke rak lagi satu. Alik bawah sikit aku jumpa tools ni kome. Sabar aje lah. Masa nak jalan ke area toys, aku nampak staff yang sama cakap TAK ADA tadi. Aku tunjuk dekat dia kome. Aku cakap. Ni ada.Lepas tu staff renyeh je macam kerang busuk.

Sambung balik kisah paip tu ye...Jumaat malam tu, Hata try tools ni untuk keluarkan baki batang paip yang tertinggal. Tapi yang tercabut adalah batang connector ke main paip tu kome. Lagi la Hata mengelabah. Jadi lepas briskwalk, kami ke kedai hardware,bawak connector main paip yang tercabut tu dan tunjuk pada tukang kedai. Tukang kedai pun tunjuk connector tembaga dengan harga RM10.00. Balik dari kedai hardware, Hata singgah mr.DIY dekat Danau Kota tu. Besar jugak mr DIY sini kome. Ada 3 tingkat. Kami berjalan dekat setiap tingkat. Nampak topi ni. Saje la try kome. Beli tu idak.
Ok ni kalau bawak gi kebun.😁

Balik rumah, Hata try la baiki sendiri paip tu..Alhamdulillah berjaya Hata sambung semula connector dan ganti kepala paip bilik air anak-anak. Sebabnya dari hari Khamis anak-anak tumpang mandi dalam bilik kami. Lepas tu 2 hari jugak lah aku tak dapat nak basuh kain sebab paip air ke washing machine bersambung dengan paip air dari bilik air.

Alhamdulillah, jimat RM150.00-RM250.00 kami. Mana yang boleh buat sendiri tu kita try la ye dak? Takkan semua nak panggil orang untuk selesaikan. Usaha sendiri dulu.Kan? Hari Sabtu kami tak kemana pun. Hata sambung mengemas bilik menjahit, aku marathon basuh kain.

Hari ni nak makan malam apa kome?

18 comments:

  1. Ye btul tu, mana ug bole buat sndri kita cuba je la kan yg simple² tu.

    Katbrumah ni pun dh oening nak tkr tpilet jamban tu. Adoi nak kena cr tukang repair juga ni.. agak² berapa la kena tu eh

    ReplyDelete
  2. Betul, Nieza. Selagi boleh baiki sendiri, elok ikhtiar dulu. Kos panggil plumber bukan murah. Tahniah kepada kome berdua, berjaya baik pulih paip di rumah. Topi tu kalau briskwalk tengahari pun boleh, sebab bertutup, tak kena paneh. 😁

    ReplyDelete
  3. Bagus kalau boleh DIY, jimat banyak sebenarnya.

    ReplyDelete
  4. Nieza pakai topi kebun tu ada kawan Dania pakai gi amali kat ladang. Memang terbaik tutup semua.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iye.mmg sesuai utk dibawa ke ladang/kebun aje ni sis =D

      Delete
  5. jimat byk bila bole repair sdiri..ada gaya cina slalu bekerbun tu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha..Cina kutip sayur nak dijual dipasar pagi....Lai lai...hahaha

      Delete
  6. Nampak sedap pulak roti telur bawang tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu.Sy suka bawang yang dihiris / potong dadu kecik2 =D

      Delete
  7. Suami akak jenis x serasi dengan DIY...jadi kalau ada masalah kena panggil orang..akak lagi la x reti...PZ plak ada yang dia boleh buat ada yang x boleh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau x bleh buat jgk try sis.Risau nnt kos lagi besar =D

      Delete
  8. Kadang pekerja tu malas nak cari tu yg kata tak ada. Nasib baik nieza cari sampai jumpa

    ReplyDelete
  9. memang jimat sgt bila berjaya repair sendiri paip tu!

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "thisni3zahata.blogspot.my" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of thisni3zahata.blogspot.my will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.