As Salam
Asyik lupa je nak share menu breakfast aku & Hata tiap kali Hata dalam WFA. Dah 2 kali kami hanya breakfast dekat Q Bistro. Sebabnya Hata cakap dah jemu breakfast dekat NZ Wangsa Delima. Lagipun sekarang LRT banyak kali buat hal. Dan sejak itu, orang memang akan beratur dekat stesen LRT Sri Rampai tu waktu jam 8:00 pagi dan memang aku akan hanya boleh masuk ke dalam LRT selepas terlepas 2 - 3 LRT.
Kalau aku naik dekat stesen LRT Taman Melati, aku tak perlu tunggu lama untuk berjaya masuk dalam LRT sebaik LRT sampai. Lagipun kedai roti canai dekat rumah tu bukak lambat. Dalam pukul 7:20 pagi ke 7:30 pagi baru ready to serve customer. Apa yang kami order dekat Q Bistro bila breakfast?
Set puri untuk aku...
Hata memang biasa akan order roti bakar & telur separuh masak.
Ini menu hari Selasa lepas. Roti telur bawang for me & roti kosong untuk Hata.
Hari tu Hata masak sup siam ikan siakap.
Aku tak makan sebab dah kenyang. Jadi esok paginya aku bawak bekal ke ofis. Tengahari aku tak tido tapi aku makan bekal ni.
Seronoknya lantai bilik menjahit dah makin luas.....😆😁



Nice~ WFA juga sekarang 💃 tapi sebab apa bilik menjahit dah makin luas?
ReplyDeleteThe Grey Lines Between
Sbb sblm ni byk susun storage box bertingkat2 =D
DeleteLama tak makan roti puri. Nak repeat la...
ReplyDeleteKena mkn ni sis.Not bad =D
DeleteRoti telur tu nampak garing je tu.
ReplyDeleteAgreed =)
Deleterindu menu breakfast kt qbistro...kita suka menu mee goreng & roti sarang burung kt situ
ReplyDeleteAda masa sy order jgk mee goreng mamak dia sis. Letak telur goreng sbb sy x bleh mkn telur mata kerbau. =D
Deletebest ni dpt selalu dating berdua!
ReplyDeleteAlhamdulillah...=D
DeleteEsok nak buat sup ayam la untuk bekal kalau x puasa la..hari ni akak puasa
ReplyDeleteSedap jgk tu sis.Sy suka kalau sup ayam ada kaki ayam skali =D
DeleteQ bistro ini saya nak coba nanti 😍😍. Sering dengar dan baca review, kan Ezna pun sering makan sana, jadi penasaran rasanya 😍
ReplyDeleteIye.Kamu kena cuba =D
Delete