LAUK SAMA DINNER & BREAKFAST

As Salam

Hari Khamis che mek request nak nasi goreng untuk dinner. Ammar pulak menyelit nak dinner nasi goreng sardin yang Hata masak. Mujur la hari Khamis tu Hata tak jadi balik lepas Maghrib sebab bos-bos ade meeting lain. Jadi dapat la Hata balik on time. Sampai rumah aku singgah kedai runcit beli kacang panjang & cili padi. Lepas tu Hata masak sardin & goreng nasi. Nasi tu aku dah suruh che mek masak masa dia balik dari sekolah. Masak awal senang. Nasi pun elok masak & dah sejuk dah.

Aku pulak potong kacang panjang kecik-kecik, potong bawang kecik, potong cili padi. Semua tu aku masukkan dalam 1 mangkuk. Lepas tu pecahkan 2 biji telur ayam. Goreng ikan bilis sejemput. Lepas tu angkat. Aku guna minyak yang sama untuk goreng telur & tabur ikan bilis atas telur tu. Siap.
Sampai rumah jam 6.30 petang. Siap makan jam 7.35 malam.
Kek batk ada balance sikit lagi. Jadi aku keluarkan buat kudap-kudap.

Malam sebelum tidur aku masak nasi 1.5 pot. Semalam pagi aku masak lagi sekali telur yang sama. Terasa nak makan lagi waktu kedat ofis. Planning nak makan waktu lunch dan beli je breakfast dekat food truck. Sekali masa aku lalu tu food truck yang biasa aku pegi tu orang ramai pulak beratur. terus cancelled planning aku nak beli sarapan. Jadinya.....
Nasi putih & telur dadar letak kacang panjang, bawang kecik, cili padi & ikan bilis. Aku makan menu ni masa breakfast. Pepagi hari dah makan nasi kome.
Habis tu lunch time aku makan apa?

Alhamdulillah. Tertunai hajat anak tekak nak makan telur masak macam ni. Makan 2 kali lauk yang sama pun aku rela bila teringin. 😁. Asal ada bahan semua pun jadi kan?

Korang pernah ada dalam situasi macam aku ni?

0 Comments:

Post a Comment

DISCLAIMER: All content provided on this "thisni3zahata.blogspot.my" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of thisni3zahata.blogspot.my will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.