As Salam
Hari Jumaat hata dapat WFA tapi Hata demam. Lepas hantar aku ke LRT, hata ke klinik. Doctor bagi MC tapi Hata tak nak tukar WFA ke MC sebab dia ada kerja nak kena settled. Minggu ni Hata kena ke ofis dekat Selayang jadi ada kerja nak kena siapkan uttuk dibawa ke Selayang.
Hari tu aku adaa beli tudung bawal 1 pcs warna hitam & putih (macam dalam gambar) sebab aku perlukan tudung warna itu untuk mix match kan dengan baju aku. Dah seminggu aku tunggu tudung tu sebab pre-order. Sekali sampai...Ehhhhh warna lain kome. Aku dapat warna Nude-Brown. Bila tanya seller dia cakap aku nampak warna hitam putih sebab lighting kuat sangat. Lor...Dia ingat aku boleh terima ke jawapan macam tu. Dah la hanya cakap kod product tapi takde description warna tudung. Lepas tu dia macam salahkan aku sebab aku tak tanya host masa live. Masalahnya waktu aku pre-order tu, aku tak tengok live mereka. Aku terus pegi search, nampak macam warna hitam putih, add to cart & tunggu sampai seminggu untuk dapatkan tudung tu. Aku tak cakap banyak. Aku terus ke click return & refund. Alhamdulillah, esoknya J&T datang amik dekat ofis & tak lama lepas tu refund pun masuk dalam akaun tiktok aku.
Jadi, untuk mengubat luka dihati, aku cakap dengan Hata, lepas kerja aku nak singgah MUAZ Textile dekat Masjid Jamek dan mintak Hata amik aku dekat depan SOGO lepas maghrib. Alhamdulillah aku jumpa tudung yang aku nak walaupun tak 100% hitam putih. Tapi aku rasa boleh kot masuk dengan baju aku tu nanti.
Dalam gambar nampak macam hitam & putih. Sekali dapat warna ni.
Suasana jam 8:00 malam dekat depan SOGO.
Hata amik aku depan sikit dari tempat aku snap gambar ni.
Waktu ni orang lalu lalang dah kurang. Jadi aku tak berani nak pegi jauh dari sini. Dekat sini masih ada orang lalu lalang lagi. Aku sampai sini waktu Hata dah ada dekat traffic light depan Pertama Complex tu ye. Aku tak lama dekat sini.
Lepas tu kami terus ke Restoran Tomyam Seafood Suraya. Hata makan bubur nasi sebab dia masih demam tapi dah kebah sikit. Aku amik nasi goreng USA - takde dalam gambar sebab tak sempat amik. Aku lapar. 😁
Hata amik telur masin je sebab lauk nasi goreng USA aku banyak.
Jadi kami share lauk.
Somtam Mangga campur betik. Aku mntak buat manis sikit. Sekali datang masam giler. Mintak tambah gula. Takde beza. Masih masam. Sudahnya makan aje la dengan muka berkerut-kerut. Somtam sini tak boleh challenge somtam dekat kedai Gombak tu. 😁
Lepas makan kami terus balik rumah. Hata mandi & makan ubat. Aku buatkan Hata air teh o panas letak kulit kayu manis, bunga lawang & bunga cengkih. Letak gula sikit. Lepas tu minum suam-suam.
Seronok dapat jalan sorang-sorang selama 2 jam. Aku ralit memilih tudung dan jalan-jalan sikit je dekat dalam SOGO. Alhamdulillah, takde apa yang aku berkenan kecuali sehelai baju kebaya yang boleh dipakai dengan seluar jeans. Aku grab baju tu sehelai. 😁
Berapa lama korang pernah dapat me time?




Oh me-time saya boleh smp 3-4 jam 😅 sejam pergi pedi/medi atau saloon rambut, sejam pergi makan, 2 jam cuci mata hihi. Tapi tu la, jarang2 dapat pergi me-time. 2 bulan sekali bila dah bosan kat rumah.
ReplyDeleteWahhh..Lama tu sis.Sy dpt 2 jam ni pun OK dah..Lgpun dh malam. Kalau siang mgkn bleh lama lagi..Hahahha
DeleteLama tak jalan2 SOGO & Jalan TAR.
ReplyDeleteCuti sekolah deepavali nnt bleh turun KL Cie =D
DeleteSedap nampak somtam tu. Dapat bayang rasa masam sangat bila makan.
ReplyDeleteBtw, rindunya Sogo. Dulu masa jadi student KLMU selalu lepak dari Maju Junction ke Sogo. Kadang malam lepak makan steamboat area Sogo.
Betul sis.Masam benor. =D...Sy kalau mlm2 dkt area sogo tu tacot sikit sbb org dh x ramai. Melainkn kalau watu bulan puasa. berani la sikit sbb ada bazaar smp tgh malam =D
Deletemasa duduk kl dulu suka makan bubur di kakmah tomyam..depan SME Bank kalau tak silap.
ReplyDeleteOwh..Ada port sedap mmg sealu singgah la kan sis =D
DeleteAlahai, bertabah la bab tudung tu sis. Kadang Geram kan bila warna sampai tak sama macam dalam gambar 😅 Tapi best dapat me time walaupun 2 jam! Seronok dapat cuci mata.. Semoga Hata cepat sembuh ya
ReplyDeleteItu la tu sis.mujur senang je nk dptkn blk refund amount tu walaupun murah je tudung ni =D
DeleteJauh juga beda warna Krn lightingnya 😂. Warna nude bisa tampak putih, tuh berarti lighting seterang apa 🤣🤣. Macam2 jawaban seller yaaa. Sayapun malas kalau macam itu 😄.
ReplyDeleteBetter return lah. Atau kalau malas return, saya bagi bintang 1 memang.
Somtam saya sukaaa, tp kalau masam sangat memang susah nak habiskan 😅😅.
Me time nih saya Macam2. Tapi paling sering me time traveling dengan teman. Jadi tergantung berapa lama perginya 😂. So far paling lama me time dengan teman2 saat ke Belarus, Azerbaijan dan Georgia, 15 hari. 🤭
Nasib baik memang suami izinkan, asalkan dia tahu dengan siapa dan ke negara mana.
Tapi sayapun akan izinkan dia pergi traveling dengan teman2nya kalau dia nak me time. Fair lah kan...
Me time yg benar2 sendiri, rasanya saya tak pernah. Krn memang tak suka sendirian 😅.