As Salam
Hari tu balik kerja naik kereta dengan Hata. Malas nak bawak anak-anak keluar makan sebab lepas beli sepapan telur ayam dekat NSK tu jam dah 6.45 petang. Jadi aku ajak Hata beli ayam & nasi ayam dekat Bakers Cottage - Taman Melawati je. Dapat beli seekor ayam dan 2 mangkuk sup. Tapi nasi ayamnya udah habis pulak. Jalan kaki ke ayamas beli nasi 3 bungkus. Aku pulak salah nampak dan salah faham sebab staff ayamas tu cakap nak letak gravy sekali ke asing dekat nasi tu. Jadi aku ingat nasi tu nasi putih biasa. Masa dia letak pun nampak macam nasi putih je.
Mengadu dengan Hata. Melintas pulak ke KFC beli 3 bungkus lagi nasi KFC. Sampai rumah jam 7.30 malam. Lepas mandi & solat maghrib baru makan. Mujur la aku beli nasi lebih dari 3 bungkus sebab memasing kelaparan kome. Seekor ayam blackpepper habis waktu tu jugak. Baguslah habis. Aku tak nak simpan. Risau langsung tak termakan nanti.
Masa dekat Bakers Cottage tu aku jalan kejab dekat area roti. Memang selalu je nampak moon cake ni. Nak beli risau tak habis makan sorang sebab rasa macam kids tak makan sangat moon cake ni. Tapi hari tu aku amik jugak la sebiji sebab ada promo RM10++ je. Aku memang dari dulu suka flavor red bean.
Cantik aje kejadiannya kome.
Macam ni la dalam dia...
Penuh dengan kacang merah dan macam ada hirisan kadang badam.
Korang pernah makan any flavor moon cake ni? Aku pernah makan beberapa flavor..Tapi aku suka yang ini. Ada jugak flavor durian. Rege almost RM30.00 sebiji. Tapi bau aje lebih. Rasanya kureng. Tapi bukan dari jenama Bakers Cottage la. Aku tak ingat dah jenama yang mana. Yang pasti Halal ye kome. 😆
Masa dekat area Muzium Negara...
Aku sempat snap gambar bulan merah ni...
Semua ni sebab jerebu sekarang ni...
Semoga jerebu ni cepat-cepat la berlalu ye dak? Tempat korang teruk lagi ke jerebunya?




Cie suka moon cake. Dah pernah try pelbagai flavour. Dulu pernah kerja company cina dapat free macam2 jenis dorg bagi yang halal. Suka buat collection box cantik2 dapat.
ReplyDeleteOk.Kita bleh jadi geng..Hahahah
DeleteTak tahu pun boleh beli nasi je dekat kepci. Sbb tak pernah beli dan dah lamaaaa sangat tak masuk situ.
ReplyDeletePernah makan moon cake few years ago, lupa dah flavour apa yg dimakan tu. Rasanya red bean juga kot
Boleh sis.Rege RM4.50 satu..Sy pun dh lama x mkn moon cake.Hari tu beli sbb teringin sgt.=D
DeletePernah makan tapi x pernah makan yang BC punya..eh nak cuba la nanti
ReplyDeleteBoleh try nnt sis.Pd sy rasa dia ok =)
DeleteSelalu nampak dekat Aeon, kuih bulan ni. Lagi pun minggu ni, Mid Autumn Festival, merujuk kepada kalendar kuda. 😁 Nanti la nak try beli, sebab tak pernah rasa.
ReplyDeleteNnt bleh try ni.. =)
Deletei tak reti mkn mooncake ni...zmn2 bujang time keje UOB dulu2, byk dpt mooncake tp i bagi org la sbb i tak mkn
ReplyDeleteSedap mooncake ni sis =D
Delete