As Salam
Untuk pengetahuan, kami dah berhentikan che mek dari kelas tuisyen dekat rumah lama. Hata cakap macam tak sempat nak hantar & ambil che mek selain dari minggu yang Hata kena outstation. Balik dari outstation pun kadang dapat hantar. Kadang tak sempat nak hantar sebab back to back meeting & discussion. kalau dulu dekat dengan rumah, aku berani je hantar & ambil che mek kalau Hata outstation atau balik lambat. Sekarang dah jauh dan aku tak berani nak bawak motor ikut jalan highway MRR2 tu. Jadi kami ke plan B bermula tahun depan. Apa plannya? Selepas dicongak di-calculate, kami decided untuk cari home tuisyen untuk Ammar & che mek. Cost tu memang bertambah. Tapi masih boleh diletak dalam budget bulanan tahun depan..
Stop cerita dekat che mek. Aku nak sambung cerita tentang projek menjahit aku yang tak dirancang ni. Hari Isnin lepas sebelah malam dah mula tak perlu hantar che mek ke kelas tuisyen. Jadi ada masa lapang sikit untuk aku. Malam tu kami hanya dinner yang simple je. Kecuali Ammar. Hata belikan nasi dekat Q Bistro. Aku & Hata makan burger & che mek makan maggi.
Nak lipat kain, rasa malas sebab a few days ago dah melipat kain. Tapi aku rasa nak buat sesuatu malam tu. Jadi masuk bilik menjahit dan jumpa kain yang dah lama aku beli tapi tak berusik. Kalau tak silap aku kain tu aku beli dekat pasar pagi dekat Lambor Kanan. Kainnya cukup untuk sehelai baju. Bila dah dapat idea nak jahit baju fesyen apa, aku amik ukuran dibadan sendiri & ukuran baju yang sedia ada. Siap potong kain, sebelum start sambung kain kami makan dulu. Lepas tu aku terus masuk dalam "gua" a.k.a bilik menjahit.
Dapat la siapkan sehelai baju.
Aku jahit baju kurung kedah aje kome.
Esoknya aku terus pakai untuk ke ofis. Baju kurung kedah ni aku siap letak 1 poket alik kanan. Aku buat baju ni belah kiri dan kanan dekat kaki bajunya. Alik belakang panjang seinci dari depan. Alik depan melengkung seinci untuk elak nampak tergantung. Bahu baju tu memang lebih dari bahu. Labuh lengan baju tu aku pendekkan seinci je dari labuh baju kurung sebab aku malas nak pakai inner. 😁
Waktu dekat ofis ada seorang ofismate aku cakap aku pakai baju macam baju opah-opah. Mungkin sebab corak baju ni kot kan? Asal baju kurung kedah kan memang opah-opah aje yang pakai sebagai pakaian harian? Jadi kita amik la vibe opah-opah tu...Sebab aku memang dah ada pangkat opah sedara dah dekat kampung tu😆.
Ok.Next project nak jahit apa pulak? 😁



opah pun opah la. janji comel kan hihi
ReplyDeleteCantik la..nak tau x Dania suka baju Opah ni...dia ada banyak koleksi dan dia pakai je x kira siang ke malam...haaa....siyesssss...dia beli kat Mydin banyak jual kan...tapi...macma berkenan plak yang Niea buat tu...ada poketttttt
ReplyDeleteSiap je terus pakai pi pejabat. Baju kurung Kedah jarang orang buat ke pejabat. Ianya selalu pakai Di rumah buat santai sebab selesa. Comel lah nieza
ReplyDeleteComelnya motif fabrik ni, bunga kecil comel-comel. Sesuai dengan tuannya. Bagus ada poket sekali senang nak letak barang. Baju macam ni memang gaya opah-opah tapi zaman dah moden kan, kita gayakan ikut gaya moden. Selesa pun selesa.
ReplyDeleteBest pandai jahit, anytime boleh jahit baju sendiri. Limited edition tak sama dengan orang lain.