As Salam
Hari Sabtu tu, sementara Ammar dekat padang, che mek bagitahu yang dia lapar. Jadi aku baru teringat yang aku ada perap chicken wings. Perap simple je. Tumbuk bawang putih, halia. Lepas tu letak mixed herbs, madu, gula perang, garam, serbuk perasa & white pepper kalau tak silap. Aku buat 2 bekas. Aku try bakar guna air fryer.
Aku perap dalam 2 bekas ni. Aku memang beli chicken wings sahaja hari tu.
Bakar dengan suhu 180 selama 15 minit. Dah nak dekat waktu Ammar nak balik, aku masak lagi 1 bekas. Alhamdulillah licin tinggal tulang je. Aku rasa next time boleh pendekkan lagi masa memasak tu. Idak la hanguih sangat. 😁
Oh Ya. Aku lupa nak share menu dekat kenduri kesyukuran hari tu. Menu dia nasi putih, daging masak asam pedas, masak lemak nenas, ayam goreng berempah, sambal sotong kembang & ulam. Gambar menu-menu ni aku lupa nak amik. Tapi aku suka pecal dia. 2 kali aku tambah makan saje.

Dah siap gaul. Cedok & makan je. Sedap. Cukup rasa & pedasnya.
Pencuci mulut buah jambu dengan kulit limau ni memang buat aku terliur.
3 kali tambah ye kome. Actually ade dessert lain jugak tapi aku malu nak snap gambar sebab semeja dengan ofismate Hata yangaku tak biasa sangat. Jadi segan la nak snap semua. 😁
Dadih ni Ammar & che mek cakap sedap. Tapi yang aku punya ni tak kena dengan tekak aku. 😁
Ada dapat goodie bag berisi keropok double deckers, kacang & gula-gula. Lupa nak snap gambar masa dalam kereta. Sampai rumah anak-anak dah makan. Tak sempat lagi nak amik gambar.
Masa dekat majlis aku hanya diam je. Tak banyak bersembang sebab tak berapa kenal sangat dengan ofismate Hata. Ade la sorang dua je yang aku kenal. Sorang tu Hata panggil mek sebab sebelum ni dia ada hantar tempahan baju kurung dekat aku tahun 2024 rasanya. Lepas tu 2 orang staff lelaki tu aku kenal masa mereka datang rumah time open house raya. Kenal gitu-gitu aje la. Ok la tunjuk muka kan. 😁
Gambar berdua dengan Hata pun takde sebab masa balik tu hujan. Masa sampai panas terik pulak. 😁
.jpg)
.jpg)


selalunya nampak orang bagi asam untuk makan dengan buah, kali ni kulit limau ek. sedap betul pecal dia kalau makan bertambah hehe
ReplyDeleteIye.Sedap jgk cicah asam kulit limau tu. Pecal tu mmg kena dgn tekak sy tp masih x bleh challenge pecal arwah mak =D
DeleteChicken wing tu Cie selalu buat. Anak2 memang suka makan.
ReplyDeleteNice.Rasanya sy pun kena buat stock jgk nnt ni =)
DeleteComel sticker dadih tu. Kalau chicken wings perap ni memang sedap la Nieza.
ReplyDeleteIye sis..Mmg nk bg kids duk diam rasanya dadih tu...=D
DeletePH pun suka pecal...
ReplyDeleteSedap ayam bakar tu, secukup rasa dah ramuan perapannya. Boleh buat stok utk makan bila-bila kan.
Kita geng sis.Part ayam tu rasanya mmg kena buat stock nnt. Senang nk mkn anytime =D
DeleteComey pulak bekas dadih tu... selalu nya dalam tipuware kecik je...
ReplyDeleteBetul tu.Skrg dh modern uncle =D
DeleteMZ terliur jambu tu
ReplyDeleteKita geng sis =D
DeleteKulit limau memang beli buat stok. Blender Kering Dan simpan. Bila ada buah buahan tabur je kulit limau atasnya. Sedap Dan licin terus buahnya.
ReplyDeletehx for sharing sis.Nnt sy nk buat jgk la =)
DeleteElok jer masak ayam bakar tu, air fryer saya kurang menjadi
ReplyDeleteMgkn kena set time lain kot tu sis =D
DeleteKalau guna wings ni taklah kering sangat kan. Lagi sedap. Tak nampak rentung sangat ni. Macam okay je.
ReplyDeleteSaya pun suka kalau ada jambu batu macam ni. Sedap makan.
Biasalah tu, kalau kita tak kenal auto akan jadi pendiam sebab takde geng kan.
Betul tu sis.SY set 15 minit ni pun rasa mcm ok kot =)...Kan..Kita geng part jambu. Betul tu.Dia aje la main game dkt fon =D
DeleteNampak sedap betul chicken wings tu! Memang betul, guna air fryer ni kena pandai adjust masa & suhu supaya tak terlebih garing. Tapi kalau dah licin tinggal tulang tu tandanya memang menjadi & sedap sangat! Boleh tiru resipi perap simple ni nanti
ReplyDeleteBetul tu sis.Kena pandai adjust timing sbb yg auto set tu mgkn utk ayam portion besar.
DeleteDah lama tak buat chicken wings. Nantilah, balik dari traveling, nak buat lagi. Memang cepat habis kalau menu ini 😄👍.
ReplyDeletePecal saya memang suka. Apalagi kalau pecal dari Madiun, terkenal sangat.
Apalagi pada dasarnya saya memang penyuka sayuran.
Kita geng sbb suka pecal =D..Sy pun x pernah lagi buat sendiri.Biasa beli je sbb bahan2nya banyak nk kena prepare =D
Delete