TESTING PERAP & BAKAR CHICKEN WINGS

As Salam

Hari Sabtu tu, sementara Ammar dekat padang, che mek bagitahu yang dia lapar. Jadi aku baru teringat yang aku ada perap chicken wings. Perap simple je. Tumbuk bawang putih, halia. Lepas tu letak mixed herbs, madu, gula perang, garam, serbuk perasa & white pepper kalau tak silap. Aku buat 2 bekas. Aku try bakar guna air fryer.
Aku perap dalam 2 bekas ni. Aku memang beli chicken wings sahaja hari tu.
Bakar dengan suhu 180 selama 15 minit. Dah nak dekat waktu Ammar nak balik, aku masak lagi 1 bekas. Alhamdulillah licin tinggal tulang je. Aku rasa next time boleh pendekkan lagi masa memasak tu. Idak la hanguih sangat. 😁

Oh Ya. Aku lupa nak share menu dekat kenduri kesyukuran hari tu. Menu dia nasi putih, daging masak asam pedas, masak lemak nenas, ayam goreng berempah, sambal sotong kembang & ulam. Gambar menu-menu ni aku lupa nak amik. Tapi aku suka pecal dia. 2 kali aku tambah makan saje.
Dah siap gaul. Cedok & makan je. Sedap. Cukup rasa & pedasnya.
Pencuci mulut buah jambu dengan kulit limau ni memang buat aku terliur.
3 kali tambah ye kome. Actually ade dessert lain jugak tapi aku malu nak snap gambar sebab semeja dengan ofismate Hata yangaku tak biasa sangat. Jadi segan la nak snap semua. 😁
Dadih ni Ammar & che mek cakap sedap. Tapi yang aku punya ni tak kena dengan tekak aku. 😁

Ada dapat goodie bag berisi keropok double deckers, kacang & gula-gula. Lupa nak snap gambar masa dalam kereta. Sampai rumah anak-anak dah makan. Tak sempat lagi nak amik gambar.

Masa dekat majlis aku hanya diam je. Tak banyak bersembang sebab tak berapa kenal sangat dengan ofismate Hata. Ade la sorang dua je yang aku kenal. Sorang tu Hata panggil mek sebab sebelum ni dia ada hantar tempahan baju kurung dekat aku tahun 2024 rasanya. Lepas tu 2 orang staff lelaki tu aku kenal masa mereka datang rumah time open house raya. Kenal gitu-gitu aje la. Ok la tunjuk muka kan. 😁

Gambar berdua dengan Hata pun takde sebab masa balik tu hujan. Masa sampai panas terik pulak. 😁

22 comments:

  1. selalunya nampak orang bagi asam untuk makan dengan buah, kali ni kulit limau ek. sedap betul pecal dia kalau makan bertambah hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iye.Sedap jgk cicah asam kulit limau tu. Pecal tu mmg kena dgn tekak sy tp masih x bleh challenge pecal arwah mak =D

      Delete
  2. Chicken wing tu Cie selalu buat. Anak2 memang suka makan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nice.Rasanya sy pun kena buat stock jgk nnt ni =)

      Delete
  3. Comel sticker dadih tu. Kalau chicken wings perap ni memang sedap la Nieza.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iye sis..Mmg nk bg kids duk diam rasanya dadih tu...=D

      Delete
  4. PH pun suka pecal...
    Sedap ayam bakar tu, secukup rasa dah ramuan perapannya. Boleh buat stok utk makan bila-bila kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita geng sis.Part ayam tu rasanya mmg kena buat stock nnt. Senang nk mkn anytime =D

      Delete
  5. Comey pulak bekas dadih tu... selalu nya dalam tipuware kecik je...

    ReplyDelete
  6. Kulit limau memang beli buat stok. Blender Kering Dan simpan. Bila ada buah buahan tabur je kulit limau atasnya. Sedap Dan licin terus buahnya.

    ReplyDelete
  7. Elok jer masak ayam bakar tu, air fryer saya kurang menjadi

    ReplyDelete
  8. Kalau guna wings ni taklah kering sangat kan. Lagi sedap. Tak nampak rentung sangat ni. Macam okay je.
    Saya pun suka kalau ada jambu batu macam ni. Sedap makan.
    Biasalah tu, kalau kita tak kenal auto akan jadi pendiam sebab takde geng kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu sis.SY set 15 minit ni pun rasa mcm ok kot =)...Kan..Kita geng part jambu. Betul tu.Dia aje la main game dkt fon =D

      Delete
  9. Nampak sedap betul chicken wings tu! Memang betul, guna air fryer ni kena pandai adjust masa & suhu supaya tak terlebih garing. Tapi kalau dah licin tinggal tulang tu tandanya memang menjadi & sedap sangat! Boleh tiru resipi perap simple ni nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu sis.Kena pandai adjust timing sbb yg auto set tu mgkn utk ayam portion besar.

      Delete
  10. Dah lama tak buat chicken wings. Nantilah, balik dari traveling, nak buat lagi. Memang cepat habis kalau menu ini 😄👍.

    Pecal saya memang suka. Apalagi kalau pecal dari Madiun, terkenal sangat.

    Apalagi pada dasarnya saya memang penyuka sayuran.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita geng sbb suka pecal =D..Sy pun x pernah lagi buat sendiri.Biasa beli je sbb bahan2nya banyak nk kena prepare =D

      Delete

DISCLAIMER: All content provided on this "thisni3zahata.blogspot.my" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of thisni3zahata.blogspot.my will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.