BRISKWALK 8.0

As Salam

Hari Sabtu aku & Hata briskwalk macam biasa ikut route yang biasa cuma tempat sarapan dah tukar dari Q Bistro ke kedai roti canai melayu. 
Sekeping sementara tunggu lift sampai.
Roti telur bawang dan cili padi sikit dengan kopi o ais.
Dapat 4.23KM dengan 6184 stesp sebab tak buat pusing dari Q Bistro.

Lepas sarapan kami bungkus roti canai untuk anak-anak. Balik rumah amik kunci kereta lepas tu terus hantar kereta ke bengkel dekat rumah lama. Sebenarnya hari Jumaat pagi aku & Hata hantar kereta ke bengkel lagi 1. Tapi waktu petang, masa amik kereta, mekanik cakap takde apa-apa problem. Jadi kami pun bawak balik kereta ke rumah.

Tapi hati kami berdua masih tak sedap bila fikir masalah kereta ni. Jadi kami pegi bengkel lagi satu. Bengkel ni pun dekat area bengkel yang sebelum ni jugak. Bila tanya mekanik berapa dia amik masa untuk check masalah kereta kami. Dia cakap dalam 3 jam. Jadi aku & Hata pilih untuk BRISKWALK dari bengkel ke AEON BIG - Wangsa Maju sebab kami nak beli lauk untuk masak tengahari atau untuk dinner.
Sekeping masa dah separuh perjalanan dari bengkel ke AEON Big.
Waktu ni udah rasa berkecah keti. πŸ˜†
Panaih waktu ni kome.
Rasa nak berlari je masuk ke AEON Big ni sebab nak rasa angin aircond. πŸ˜†

Lepas beli barang, bengkel kol cakap kereta kami memang ada problem. Tangki air bocor dan kena clearkan radiator. Bila tahu problem tu, kami terus amik grab dari AEON Big ke bengkel semula untuk tanya mekanik dengan lebih lanjut. Sampai bengkel, mekanik explain sekali lagi. kereta memang kena tinggal tak boleh bawak gi mana-mana dah. Lepas tu mekanik ingat nak bagi kereta spare yang mereka ada. Tapi hari Isnin baru kereta spare tu balik ke bengkel sebab customer lain dah amik dulu.

Jadinya kami balik rumah naik GRAB sekali lagi. Sampai rumah aku berehat aje la kome. Tengok dekat jam aku & Hata dah berjalan 11300++ steps. Kami belikan jugak mini pizza dari AEON Big untuk anak-anak. Tak larat nak masak. Hata kena hantar Ammar training bola naik motor je. Lepas hantar Ammar baru aku & Hata start masak. Kami masak simple je.

Aku bakar ikan keli guna air fryer je. Lepas maghrib kami dah dinner. Lepas Isyak aku mengadap seluar untuk annual dinner Hata. Pening kembali. πŸ˜†

Ini baru dapat tahu kos baiki kereta adalah RM1400.00 sekali dengan upah sebab ada banyak part nak kena ganti. Pengsan. Mujur ada back up.  Semoga lepas keluar kos ni dah takde issue lain dah. Amin😁

14 comments:

  1. Rajinnya Nieza dan Hata pi Briskwalk...Ikan bakar guna air fryer pun ok kan..sedap pun sedap

    ReplyDelete
  2. Lepas ni nak order roti telur bawang pulak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ok jgk tu sis.Sbb sy mmg suka roti telur bawang. Sdgkn sy x suka sgt bwng.TP kalau roti telur bawang sy bleh mkn bawangnya =)

      Delete
  3. Replies
    1. Begitulah nampak gayanya Cie.Kena redha aje ni =)

      Delete
  4. Se se se seribu... em em empat ratus? (pengsan)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini betul2 uncle.Bkn cobaan...hahahah..Sila bangkit sendiri dari pengsan..hahaha

      Delete
  5. Gaya hidup sihat, rajin briskwalk.
    Sedap-sedap lauk dinner. Ada air asam tu...buat terliur.

    ReplyDelete
  6. Sedaaap roti teluuur 😍😍😍😍.

    Banyak juga hasil dari briskwalk kak, 11k ++ langkah. Baguus lah πŸ‘πŸ‘. Nanti selama di KL saya juga nak rutin briskwalk dengan suami lah. Tak kan 17 hari di sana, hanya makan tidur πŸ˜‚πŸ˜‚. Jadi harus rajin juga berjalan, biar bakar kalori πŸ˜…πŸ€­

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sy suka nasi bungkus di nasi lemak saleha. Mungkin nnt bleh pegi sana =D

      Delete

DISCLAIMER: All content provided on this "thisni3zahata.blogspot.my" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of thisni3zahata.blogspot.my will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.