As Salam
Hari Sabtu aku & Hata briskwalk macam biasa ikut route yang biasa cuma tempat sarapan dah tukar dari Q Bistro ke kedai roti canai melayu.
Sekeping sementara tunggu lift sampai.
Roti telur bawang dan cili padi sikit dengan kopi o ais.
Dapat 4.23KM dengan 6184 stesp sebab tak buat pusing dari Q Bistro.
Lepas sarapan kami bungkus roti canai untuk anak-anak. Balik rumah amik kunci kereta lepas tu terus hantar kereta ke bengkel dekat rumah lama. Sebenarnya hari Jumaat pagi aku & Hata hantar kereta ke bengkel lagi 1. Tapi waktu petang, masa amik kereta, mekanik cakap takde apa-apa problem. Jadi kami pun bawak balik kereta ke rumah.
Tapi hati kami berdua masih tak sedap bila fikir masalah kereta ni. Jadi kami pegi bengkel lagi satu. Bengkel ni pun dekat area bengkel yang sebelum ni jugak. Bila tanya mekanik berapa dia amik masa untuk check masalah kereta kami. Dia cakap dalam 3 jam. Jadi aku & Hata pilih untuk BRISKWALK dari bengkel ke AEON BIG - Wangsa Maju sebab kami nak beli lauk untuk masak tengahari atau untuk dinner.
Sekeping masa dah separuh perjalanan dari bengkel ke AEON Big.
Waktu ni udah rasa berkecah keti. π
Panaih waktu ni kome.
Rasa nak berlari je masuk ke AEON Big ni sebab nak rasa angin aircond. π
Lepas beli barang, bengkel kol cakap kereta kami memang ada problem. Tangki air bocor dan kena clearkan radiator. Bila tahu problem tu, kami terus amik grab dari AEON Big ke bengkel semula untuk tanya mekanik dengan lebih lanjut. Sampai bengkel, mekanik explain sekali lagi. kereta memang kena tinggal tak boleh bawak gi mana-mana dah. Lepas tu mekanik ingat nak bagi kereta spare yang mereka ada. Tapi hari Isnin baru kereta spare tu balik ke bengkel sebab customer lain dah amik dulu.
Jadinya kami balik rumah naik GRAB sekali lagi. Sampai rumah aku berehat aje la kome. Tengok dekat jam aku & Hata dah berjalan 11300++ steps. Kami belikan jugak mini pizza dari AEON Big untuk anak-anak. Tak larat nak masak. Hata kena hantar Ammar training bola naik motor je. Lepas hantar Ammar baru aku & Hata start masak. Kami masak simple je.
Ikan keli bakar, air ayam, terung bakar, ayam goreng kunyit & ulam Hata.
Aku bakar ikan keli guna air fryer je. Lepas maghrib kami dah dinner. Lepas Isyak aku mengadap seluar untuk annual dinner Hata. Pening kembali. π
Ini baru dapat tahu kos baiki kereta adalah RM1400.00 sekali dengan upah sebab ada banyak part nak kena ganti. Pengsan. Mujur ada back up. Semoga lepas keluar kos ni dah takde issue lain dah. Aminπ







Rajinnya Nieza dan Hata pi Briskwalk...Ikan bakar guna air fryer pun ok kan..sedap pun sedap
ReplyDeleteIye sis. GUna air fryer je senang =D
DeleteLepas ni nak order roti telur bawang pulak.
ReplyDeleteOk jgk tu sis.Sbb sy mmg suka roti telur bawang. Sdgkn sy x suka sgt bwng.TP kalau roti telur bawang sy bleh mkn bawangnya =)
DeleteAduh keras juga kos repair tu.
ReplyDeleteBegitulah nampak gayanya Cie.Kena redha aje ni =)
DeleteSe se se seribu... em em empat ratus? (pengsan)
ReplyDeleteIni betul2 uncle.Bkn cobaan...hahahah..Sila bangkit sendiri dari pengsan..hahaha
DeleteBab kereta ni, memang debo lah
ReplyDeletebetul tu.=)
DeleteGaya hidup sihat, rajin briskwalk.
ReplyDeleteSedap-sedap lauk dinner. Ada air asam tu...buat terliur.
Kena sihat sis.Anak2 kecik lagi..hahaha
DeleteSedaaap roti teluuur ππππ.
ReplyDeleteBanyak juga hasil dari briskwalk kak, 11k ++ langkah. Baguus lah ππ. Nanti selama di KL saya juga nak rutin briskwalk dengan suami lah. Tak kan 17 hari di sana, hanya makan tidur ππ. Jadi harus rajin juga berjalan, biar bakar kalori π π€
Sy suka nasi bungkus di nasi lemak saleha. Mungkin nnt bleh pegi sana =D
Delete