As Salam
Hari Ahad pagi aku tak larat nak briskwalk. Jadi lepas subuh kami relax-relax je sampai jam 9:00 pagi. 😁. Lepas tu baru Hata perasan yang anak sedara Hata dekat Kajang message cakap dah OTW ke rumah kami jam 8:45 pagi. Maka kalut la kami kejut anak-anak untuk kemas tempat tidur sebab mereka tidur dekat hall malam tu. Hata masak mee goreng untuk sarapan kami semua.
Jam 9.:30 pagi anak sedara sampai dan jam 11 lebih baru anak sedara berangkat pulang. Lepas tu baru aku & Hata buat kira-kira nak join Hata pegi ofis ke tidak sebab consider dah lewat jugak kalau nak keluar rumah guna public transport. Sudahnya kami follow jugak la Hata. Cuma destinasi lain-lain. Lepas zohor kami amik grab dari rumah ke LRT. Tak larat nak jalan kaki kome time tengahari rembang ni. 😁
Hata yang ralit tengok luar sebab waktu ni hujan lebat betul dan Hata sendiri dah lama sangat tak naik public transport. Memang gi balik keje naik motor atau kereta je. Sebabnya Hata tak nak berpeluh jalan kaki dari LRT KL Sentral ke ofis.
Mujur la masa sampai dekat KL Sentral, masih belum hujan. Hata & Ammar turun dekat KL Sentral. Tapi aku & che mek turun dekat stesen Bangsar. Lepas tu kami amik grab ke Mid Valley. Aku tak nak stay dekat ofis Hata. Tak biasa. Anak-anak takpe sebab ada jugak sekali dua mereka stay dekat ofis Hata waktu weekend.
Sampai Mid valley kami jalan ke AEON cari barang tapi aku tak jumpa barang yang aku nak. Lepas tu che mek ajak makan dekat I LOVE YOO. Kami amik menu ini.
Che mek amik cakoi & terh tarik
Aku amik set bubur nasi dengan cakoi & soya ais.
Lepas makan che mek nak Ilao-Ilao pulak..Kena pau lagi la ibu ni ha...
Sekali aku pun terjebak jugak sebab nampak topping ovomaltine.
Dah lama rasanya topping ni takde dekat sini.
Lepas round-round sekejab Hata bagitahu jam 4:30 petang dia dah boleh settled kerja dekat ofis. Jadi aku & che mek pun beransur gerak ke komuter.
Sekeping sementara nak tunggu komuter sampai.
Sekarang komuter dah takde papan tanda tunjuk berapa lama lagi tren nak sampai. Kena scan QR untuk tahu. Jadi aku pun scan la kome. Udah berapa lama tak naik komuter ni. Lepas scan QR aku tengok komuter akan sampai dalam tempoh 12 minit. Lama jugak kome. Dah la panas. Mujur both of us bawak handfan. Idak la berkicap sangat masa menunggu.
Sempat snap gambar dan edit waktu komuter sampai sebab waktu ni orang tak ramai pun dekat stesen Mid Valley ni. Masa komuter sampai pun aku & che mek terkejut sebab tengok tren ni macam hampir kosong tanpa penumpang.
Memandangkan tren tak ramai orang, jadi aku pun mintak che mek snap gambar aku sekeping dekat pintu komuter lepas tu mintak chatGPT edit suasana gini. 😆
Ini edited dari gambar asal. Aku pilih untuk pakai skirt jeans. Dah lama rasanya tak berjalan pakai skirt. Biasa pakai seluar je. 😁
Kami berjumpa dekat KL Sentral. Lepas selesaikan apa yang patut kami pergi makan sebab Hata & Ammar lapar. Lepas makan kami ke kedai ECO Plus dalam Nu Sentral sebab Hata nak cari prop untuk annual dinner dia. Lepas tu kami pun balik naik LRT ke stesen Taman Melati & naik cab ke rumah.
Sampai rumah dah maghrib dah. Lepas maghrib aku dah penat giler. Tersengguk-sengguk menunggu Isyak. Lepas Isyak aku terus tertidur kome. Aku tersedar dalam keadaan mamai bila Hata tanya ape ntah sebab dia nak masak kari ayam untuk lunch Ammar semalam. Semalam sekolah SRA Ammar cuti bergilir sampai hari Khamis sebab nak bagi laluan kepada UPSRA. Jadi balik dari sekolah kebangsaan van hantar Ammar terus ke rumah. Jadi kami kena sediakan makanan lunch untuk Ammar balik sekolah. Mujur la hari ni Hata dapat WFA. Jadi tak risau sangat masa Ammar balik sekolah tengahari tu.
Dah berapa lama korang tak ke Mid Valley?
Harap-harap kereta dapat siap baiki hari ni.Amin









Akak macam dah lama giler tak pi MV...dulu suka especially time gaji..situ la melabur..lagi satu suka pi The Garden, survey designer handbag..hahaha
ReplyDeleteSy pun dh lama rasanya dh lama x pegi MV..itu yg last week nk pegi tu =D
DeleteBaguslah suami Nieza, boleh dan rajin ke dapur. Tetamu nak datang laju je ke dapur.
ReplyDeleteLawa gambar dlm komuter tu. Nampak aura KL 👍🏻
Alhamdulillah.Setakat ni boleh diharap ke dapur lg..Hahahah....
DeleteYaw2 no sharing ye hehe
ReplyDeletebetul tu sis.Sbb sy x suka sgt topping yg che mek pilih tu =D
DeleteLama juga tak p mid valley...banyak tahun dah rasenya
ReplyDeletelama tu..=D
DeleteSaya rasa berpuluh tahun tak jejak Mid Valley.
ReplyDeleteBubur tu saya suka!
lama tu sis...=D
Deleterasanya last ke MV masa ammi masih tinggal di KL. ammi pindah ke Seremban 2023. Huhuhu. Tang komuter tu, sekarnag ni rasanya org nak naik komuter pun takut sebab timing dia dah tak tentu hala. Waktu hari bekerja pun takde komuter (dihadkan waktu perjalanan komuter) dan memang mereputlah ko berdiri dalam tu
ReplyDeleteBetul tu sis.Sy pun masa tggu komuter tu brdebar2 risau lama nk kena tggu =D
DeleteSaya sukaaa lah lihat tudung kak Nieza, cantiiiik. Cara pakai pun kemas. Saya ada brooch macam itu, tapi tak pernah pakai 😅😅. Nanti nak Cuba lah
ReplyDeleteMid valley pernah dengar, tapi rasanya tak pernah pergi kesana. Atau pernah... Lupa pula saya 😅😅. Kadang kan asal masuk saja ke mall, tapi tak ingat namanya 😂.
Nanti nak coba singgah. Bosan juga ke mall itu2 saja tiap ke KL. Sesekali ganti suasana dulu 😄
Sy pakai tudung bawal biasa aje ni Fanny =)..Mall Mid valley sama dgn mall lain cuma dia lebih besar sbb gabung sama the garden. =D
Delete