PENANGAN SEBUNGKUS NASI LEMAK

As Salam

Minggu ni dalam seminggu, hanya sehari aje yang Ammar ke SRA. 4 hari lagi SRA cuti ikut giliran sebab nak bagi laluan kepada UPSRA dan keadaan jerebu sekarang. Jadi lepas habis sesi sekolah pagi, aku mintak akak van untuk hantar Ammar terus ke rumah. 

Disebabkan Ammar balik awal, biasanya Ammar memang akan lapar. Jadi aku & Hata plan untuk masak apa aje yang ada dirumah asal Ammar boleh makan nasi masa balik sekolah tu. Waktu che mek balik hari-hari aku tak risau sangat sebab che mek memang JARANG makan makanan berat dekat rumah. Dia lebih rela makan makanan ringan macam biskut-biskut atau cornflakes atau ramen sebab dia tahu waktu aku & Hata balik keje kami akan makan berat terus. Tapi Ammar ni tak boleh tahan. Dia rehat pun jam 9:45 pagi macam tu. mana nak tahan lapar kalau sampai rumah jam 2:00 petang. Lepas tu nak makan ringan tunggu sampai kami balik jam 6:00 petang.

Jadi hari Ahad Hata masak nasi lemak extra. Sambal ikan bilis pun extra. Pagi Isnin sebelum memasing pegi keje & sekolah, aku panaskan nasi, rebus telur guna egg cooker. Ammar balik sekolah, dia panaskan nasi & makan. Selesai. Hari Isnin tu aku & Hata bawak bekal nasi lemak ke ofis. Aku mintak Hata bungkuskn untuk aku jugak. 

Masa sampai ofis nak makan. Allahuakbar. Terkejut aku tengok nasi yang Hata bungkuskan. Ini PORTION HATA bukan portion aku. Portion aku separuh je dari Hata kome. Silap-silap lagi sikit dari separuh. Sudahnya aku kena habiskan nasi lemak tu 2 kali. Sarapan pagi & lunch. Mujur la aku memang ada tinggalkan 1 bekas tupperware dekat ofis ni. Jadi aku asingkan siap-siap pagi tu.

Memandangkan anak-anak pun dah petang / tengahari baru makan nasi, jadi untuk dinner memasing tak nak makan nasi. Aku pun ligat la masak maggi goreng mamak je.
Masak 5 paket maggi goreng mamak style. Telur mata tu untuk Hata.
Ada baki sikit je masak nak tidur tu.
Selasa pagi Hata panaskan dan bagi Ammar bawak bekal ke sekolah.

Isnin malam Selasa pulak Hata masak ayam masak merah untuk Ammar makan waktu balik sekolah. Selasa pagi tu aku bawak bekal lauk yang sama. CUMA aku bagitahu Hata biar aku sendiri yang bungkus bekal aku. 😁

Alhamdulillah, kenyang kami sekeluarga. Untuk dinner memang makan lite-lite aje la. Bagus jugak SRA Ammar cuti. Boleh bawak bekal setiap hari. Tapi bila SRA Ammar buka semula memang tak masak sangat untuk che mek balik macam yang aku cerita sebelum ni. Sebab aku pernah masak, tapi che mek cakap dia tak nak makan sebab nak tunggu ibu ayah balik gi makan mana-mana. Gitew mind set che mek.

Hari ni dah hari Jumaat kome. Esok aku kena jadi "bidan terjun" jadi minder untuk job cosplay Hata sebab minder yang sepatutnya teman Hata dekat sana tak dapat datang. Actually sepatutnya esok aku tak perlu ikut sebab job ni hanya Hata seorang dan minder tu je. Tapi bila minder tak dapat datang, aku la kena ganti tempat dia.

Actually setiap kali kami dapat job cosplay yang berbayar, memang kena ada seorang minder yang boleh assist cosplayer. Harapnya event esok berjalan lancar la ye.Amin..


Esok apa aktiviti korang?

0 Comments:

Post a Comment

DISCLAIMER: All content provided on this "thisni3zahata.blogspot.my" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of thisni3zahata.blogspot.my will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.