As Salam
Ini bukan cerita kisah kami sekeluarga. Tapi ini kisah manager dekat department Hata. Aku tergerak nak share cerita ni sebagai peringatan kepada kita.
Hari Ahad yang lepas, masa tengah kalut dengan tentative hari Ahad dan preparation dinner dengan kak ipar, Hata dapat 1 message dalam group department dia yang menyatakan manager department detective conan mereka pengsan semasa menunggu giliran untuk bermain bola ping pong di Puncak Alam.. Mujur waktu tu wife dia ada temankan sekali. Aku kenal manager ni sebab hari tu ada pergi ke rumahnya sebab dia buat kenduri kesyukuran anak dia dapat masuk asrama.
Ceritanya, Manager tu tengah duduk sebab perut rasa bloated sebelum tetibe pengsan dan degupan jantung berhenti. Kebetulan masa kejadian, ada dikalangan pemain adalah seorang doctor. Jadi doctor tu bagi bantuan CPR sementara menunggu ambulans datang. Tapi katanya ambulans akan lambat sampai, jadi wife dan doctor bawa manager tu ke hospital Uitm Puncak Alam dengan kenderaan sendiri. Dengarnya masa dalam perjalanan ke hospital, bantuan CPR tetap diteruskan.
Masa sampai dekat hospital Uitm Puncak Alam, terus masuk zone merah. Dari Hospital Uitm Puncak Alam manager tu kena transfer ke Hospital Sungai Buloh sebab tak cukup tenaga pakar. Masa dekat hospital Sungai Buloh, CPR dan defibrilator (mesin letrik) masih diteruskan. Lepas tu doctor explained dekat wife manager tu, kalau lagi 10 minit, masih tak ada respond, mereka kena isytihar kematian. Tapi masa dalam tempoh 10 minit tu, tiba-tiba jantung manager ni ada semula. Doctor yang ada semua terkejut sebab masa tu anytime habis je 10 minit, doctor dah nak declare waktu kematian sebab dah lebih 30 minit bantuan diberikan untuk kembalikan degupan jantung tapi masih takde respond.
Alhamdulillah Allah masih beri peluang kepada manager Hata. Hari Ahad tu semua yang sepatutnya outstation ke Sabah & Sarawak diminta cancelled-kan flight memasing. Semua pakat ke hospital Sungai Buloh untuk melawat dan update status terkini manager tu. Allahuakbar. Aku terkejut kome. Memang kehendak Allah kan? Kalau belum sampai masanya, memang belum la maknanya walaupun disaat genting sangat dah.
Alhamdulillah hari yang sama cuma dah malam sangat dah Hata cerita degupan jantung manager tu dah kembali stabil. Cuma kesannya mungkin sebelah badannya akan lumpuh sebab 30 minit oksigen tak naik ke otak. Waktu tu doctor cakap manager tu diberi masa 3 hari untuk sedar dari koma
. Kalau tak sedar dalam tempoh yang diberikan, mereka kena buat prosedur lain.
Hari Selasa yang lepas Hata berpeluang untuk pergi melawat beliau di hospital Sungai Buloh sekali dengan ofismate yang lain. Hata tak dapat pergi hari Ahad tu sebab kak ipar datang rumah. Hata masuk melawat manager dia. Hata cakap kesian tengok keadaan manager dia sebab terlalu banyak wayar diseluruh badan. Ada bahagian badan yang ditebuk masuk macam-macam. Tangan dan kaki nampak sembab sebab air yang dimasukkan. Wife manager tu cakap urine dia elok. Means banyak mana air masuk, +- jugak urine yang keluar. Means buah pinggang dia masih berfungsi dengan baik.
Hari Selasa jam 5:00 petang adalah waktu akhir ubat tidur dalam badan manager. Sepatutnya selepas jam 5 petang, manager tu kena sedar dari deep sleep lepas tu demam pulak . Tapi Hata cerita sampai jam 5.30 petang Selasa tu, manager tu masih tak sedarkan diri. Jadi doctor kena pantau dalam 24 jam lepas tu kena buat CT Scan.
Hari Khamis Hata cerita, yang manager dia dah mula bagi respon waktu ubat dimasukkan. Matanya berkerut-kerut macam menahan sakit. Lepas tu ada dengar macam batuk cuma berkahak. Lepas tu masa nurse masukkan air susu, tetibe nampak air susu tu macam bercampur dengan darah. Doctor cakap itu maksudnya usus dia ada luka. Jadi nanti doctor akan masukkan kamera untuk check keadaan usus.
Allahuakbar. Aku yang dengar Hata cerita pun rasa susah hati. Inikan pulak ahli keluarga manager tu kan? Doanya semoga manager Hata cepat sedar dan takde komplikasi lain yang teruk akibat dari oksigen tak naik ke otak selama 30 minit tu.
Jaga diri masing-masing ye kome.

0 Comments:
Post a Comment
DISCLAIMER: All content provided on this "thisni3zahata.blogspot.my" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of thisni3zahata.blogspot.my will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.