As Salam
Subuh sepie dah sampai airport kome. 😆
Terlalu banyak gambar dan cerita yang nak aku kongsikan. Pengalaman dan kenangan yang tak mungkin dapat aku lupakan sama macam masa ke HCMC 2 tahun lepas.😁. Hari Jumaat lepas, seawal jam 2.20 pagi kami dah bangun untuk bersiap. Jam 3.30 pagi kami gerak ke KLIA 2. Alhamdulillah jalan tak jammed dan kami dapat diskaun 50% untuk kos caj toll. Jam 4.20 pagi kami selamat sampai di KLIA 2. Cari parking then terus ke departure area. Singgah family mart beli roti untuk anak-anak & waffle untuk diri sendiri sebab tetibe je aku rasa lapar yang teramat pagi tu.
Jam 4.50 pagi kami ke kaunter Y untuk check in luggage. Ehhhhhh..Sekali kena pegi kaunter lain pulak...Berkumpulanlah kami ke kaunter V untuk self luggage check in.
8 orang staff yang join this company trip.
Aku tak letak bedak atau lipstick sebab lepas check in nak solat subuh.
Gambar wajib. 😀.
Passport cover we bear bare tu aku punya passport la. 😁
Gambar wajib jugak ni 😆
Gambar wajib ketiga tiap kali group travel. 😆
Kaunter self check in luggage. Waktu ni je berat luggage aku dah 22.7 kg kalau tak silap aku. Ape benda aku bawak??? Ntah la..Semua yang aku rasa perlu aku bawak. Guna atau tidak itu belakang cerita. 😂. Lepas check in ni kami yang muslim pergi solat subuh dalam jam 6.05 pagi.
Gate kami L5.
Group photo lagi.
View dekat area gate L..
Untuk breakfast big bos belanja kami makan burger king. Aku amik set yang ada popcorn hash brown, nugget, onion ring & apple pie.Semua serba sikit.
Sekeping sementara menunggu order siap dan sebelum kejadian botol air dari kedai ECO ofismate yang belakang aku ni terjatuh dari meja & bahagian bawah botol air tu pecah. Sudahnya dalam flight share air dengan aku. Aku ada bawak bekas air yang foldable beli dekat sport direct hari tu.
Kedudukan kami dalam flight. yang sorang lagi tu seat dia belakang kami je.
Menu yang aku pilih untuk dimakan sementara nak tunggu sampai ke Surabaya.
Tak sangka fresh care ni ada iklan dalam flight.
Tapi masa dekat sana aku tak jumpa pulak kedai jual stock ini. Kalau ada jual memang aku borong.
Masa dah sampai Surabaya, kami nampak puncak gunung ni.
Tak pasti gunung apa.
2 jam lebih duk dalam flight akhirnya kami sampai di airport Juanda - Surabaya.
Flight kami ni sampai awal dalam setengah jam kalau tak silap aku.
Ada 1 ni je tempat jualan dalam arriving area ni sebelum keluar.
Sekeping sementara tunggu luggage ofismate yang lain sampai.
Aku custom made luggage cover tu sebulan ke 2 bulan sebelum fly. I loike. 😆
2 gambar berbeza untuk bahagian depan dan belakang luggage cover .

Kaunter untuk ambil luggage hanya ada 3 sahaja. Kiranya airport ni bukan airport yang besar. Lebih kurang macam airport dekat Kota Bharu sebelum upgrade renovation to international airport.
Sekeping sementara menunggu bus persiaran sampai.
Waktu ni tetibe rasa bahang panas matahari tu kuat sangat kome. Aircond dalam bas persiaran pulak tak berapa nak rasa dek kerana cuaca panas dekat luar. Aku rasa berkicap betul keti..😆. Terus keluarkan handfan.
Aku pilih seat tepi pintu. Ada space sikit dan lapang nak
tengok keluar jendela. Gitew...

Singgah RnR untuk beli jajan / roti untuk bekalan ke aktiviti hari esoknya.
Sebab esoknya kami akan keluar awal pagi. Jadi memang tak akan sempat nak sarapan.
Serius cakap RnR ni panas giler kome. Membahang rasanya sampai memang kena pakai spek mata. Toilet sini majority adalah toilet cangkung.
Menarik packaging milo ni.

Ini pun menarik.
Disebabkan cuaca yang terlalu panas, aku beli air ni dekat
convinience store nama indomaret.
Dari airport ke villa di Probolinggo mengambil masa selama lebih kurang 3 jam. Dalam perjalanan kami singgah lunch dekat 1 kedai ni. Nanti aku cerita ye. Sampai sini dulu. Banyak lagi nak share cerita n.. 😁
Semalam aku suruh che mek cari kedai yang dia nak makan untuk kami buat proper birthday celebration untuk dia. Che mek dah pilih dah semalam. In Shaa Allah hari ni kalau takde apa-apa hal kami akan kesana. Kedai dalam KL jugak. Hari ni anak-anak ponteng sekolah sebab memasing cakap dah tak buat apa. Tapi esok dan Jumaat memasing WAJIB pegi sekolah.














.jpg)











0 Comments:
Post a Comment
DISCLAIMER: All content provided on this "thisni3zahata.blogspot.my" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of thisni3zahata.blogspot.my will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.