Showing posts with label MENU 1 JAM. Show all posts
Showing posts with label MENU 1 JAM. Show all posts

1 JAM SIAP #8

As Salam

Hari Khamis lepas, jam 10.30 pagi guru kelas che mek kol henfon aku & bagitahu che mek macam demam. Terus tanya jam berapa nak datang sekolah untuk amik che mek. Aihhhh..Terkojot  la aku kome. Terkejut tentang che mek..Terkejut pulak dan dan tu suruh amik. Dia ingat aku duk rumah ke jam-jam tu boleh balik amik? 

Lepas tu aku bagitahu Hata dan Hata said dia boleh lari sekejab amik che mek dekat sekolah , bawak ke klinik tapi kena drop che mek dekat rumah then pegi ofis semula sbb lepas lunch Hata ade meeting. Maka tinggallah che mek dekat rumah sampai aku balik. Mujur la aku memang ada tinggalkan nasi & lauk. Jadi che mek boleh la makan masa dekat rumah nanti.

Jam 6.10 petang aku pun sampai rumah. Tekan loceng tapi che mek tak bukak pintu. Biasa lepas dengar bunyi loceng che mek yang akan bukak pintu. Waktu aku masuk nampak che mek tengah tido. Mungkin effect ubat yang che mek makan. Jam 6.45 petang baru aku kejut che mek.

Sementara tu aku start la masak. Masak simple-simple je kome nak habiskan stock makanan dalam tin. Jadi aku masak la menu ni...
Habiskan stock baby potato...
Maka terhasillah menu ni..

Ammar dah makan awal. Dia makan nasi, sambal ikan bilis & 2 biji telur rebus. Aku memang bagi Ammar makan awal sebab memang tiap kali balik sekolah Ammar memang akan lapar. Jadinya Khamis malam jumaat tu memang che mek tak pegi tuisyen...Kita bagi dia rehat sebab dia dapat MC untuk hari Khamis tu je. Doctor cakap takde demam cuma selesema yang sekarang memang tengah hot.

Dalam jam 8.15 malam aku ajak Hata ke Giant mini area rumah ni. Beli roti burger, daging burger ayam & tomato. Pagi Jumaat jam 5.40 pagi aku dah bangun & prepare bahan. AKu buat burger ayam & daging special untuk diri sendir & Ammar. Hata tak bawak bekal sebab that day office dia ada buat potluck.
Terhasillah burger daging special untuk bekalan breakfast aku ke ofis..

Aku prepare 2 biji burger ni dalam masa 30 minit. Siap masuk dalam tupperware. Seronok rasa sebab dapat bagi Ammar & Hata (kadang-kadang) bawak bekal ke sekolah. Che mek memang taknak bawak bekal. Ntah la.Mungkin sebab balik rumah dia akan makan lagi kot.

Selesai menu masak 1 jam untuk kali ini. Kena stock up lauk lagi this week sebab ayam dah habis, daging dah habis, sotong & udang galah masing-masing ada sebekas lagi.

Korang buat apa hari ni kome? Hari ni aku tinggal dengan anak-anak je dekat rumah. Hata kerja. Nak kena kemaskan sikit apa-apa yang perlu untuk persediaan sambut tetamu dari Perak esok. 😁

1 JAM SIAP #7

As Salam

Hari Selasa hari tu Hata balik lambat lagi. Tapi kali ni kami bawak motor masing-masing sebab aku nak cepat sampai rumah. Jadinya sampai rumah tu terus la rebus ayam. Lepas tu prepare bahan untuk buat sup je. Tap nak tunggu ayam tu empuk lama jugak kome.

Sampabil-sambil tunggu ayam empuk, aku hiris bawang, halia, potong batang saderi,carrot & kentang. Lepas tu terasa nak makan ayam tu dengan cili kicap pulak . Maka kita tumbuk la bawang putih & cili padi. Add on kicap, gula & perahan air limau nipis sikit. Selesai.

Jam 7.15 malam aku bagi Ammar makan dulu. Che mek dah makan ayam sambal hijau yang aku masak sebelah paginya. Hata sampai jam 7.40 malam. Solat, lepas tu jam 7.55 malam terus hantar che mek ke kelas tuisyen. Jam 8.30 malam aku & Hata makan malam. Dah lewat sebenarnya ni. Kalau Hata tak balik lewat, sempat je makan sebelum jam 7 malam.
As simple as ABC

Alhamdulillah, walaupun simple tetap la kenyang. Sampai habis ayam aku 7 ketul. 3 ketul Ammar makan, 2 ketul aku makan, 2 ketul lagi Hata habiskan. OK la kan? Sebab nak masak cepat. Ammar tiap kali balik sekolah memang lapar sokmo 😁

Tapinya masa amik che mek jam 10.15 malam, 3 beranak ni nak makan oden dekat Family mart pulak. Sudahnya masa che mek turun dari kelas, terus la kami ke Family Mart sebelah tu. Che mek & Ammar amik ramen dgn cheese. Hata amik 4 pcs oden. Aku amik 2 pcs lobster ball. Ok la buat raso-raso.

Batang saderi & daun sup tu aku beli secoet-secoet je dekat kedai runcit dekat bawah rumah ni. Uncle tu faham aku nak buat stock untuk sekali masak je. Jadi aku mintak sebatang je batang saderi & sikit daun sup. Memang aku masak semua kecuali batang saderi tu.Guna separuh je 😆

Alhamdulillah esok cuti panjang bermula. Esok in Shaa Allah misi mencari baju & Kasut raya akan diteruskan. ✌

Kome kemana esok?

1 JAM SIAP #6

As Salam

Hari tu aku pergi kerja dengan Hata sebab Hata cakap dia lupa nak isi minyak motor dia. Padahal stesen minyak sebelah bangunan rumah ni je. Waktu balik Hata cakap dia kena siapkan slide jadi jam 6.30 petang baru dapat gerak dari ofis. Kitonyo balik kijo pukul 5.30 petang. Jadi dari LRT Taman Melati aku amik cab balik ke rumah. 

Masa dekat LRT Ampang Park aku dah kol rumah suruh che mek rendam 2 bekas udang galah. Sampai rumah, aku masak nasi, goreng udang, terjunkan dalam stock sambal hijau yang masih ada baki. Lepas tu panaskan kari kambing, goreng ikan seekor & tumis sayur campur campak-campak resepi sendiri je.

Hata sampai jam 7.15 petang. Tapi nasi aku belum siap masak lagi. Ade la baki nasi semalam. Tapi sikit sangat. Jadi kami bagi Ammar makan dulu. Jam 7.50 malam gerak hantar che mek pegi tuisyen. Tapinya entah la hari tu...Jammed berdooh...Masa nak balik pun jammed setiap ceruk jalan. Pukul 9 malam baru kami sampai rumah semula.
Jadinya, pukul 9 malam la baru aku & Hata dinner...

Jam 9.45 malam keluar rumah semula untuk amik che mek. Mujur waktu ni dah tak jammed dah. Sampai rumah semula dah jam 10.30 malam. Memang dah penat la waktu ni kome. Aku tak buat kerja rumah langsung. Sampai rumah tu aku hanya basuh kain je. Lepas tu mandi, solat isyak, then terus handover anak-anak pada Hata..Monitor both kids buat kerja sekolah sampai jam 11.30 malam.

Kalau tak jammed, idak la penat sangat. Tapi bila dah malam pun jammed...Double penat jadinya kome. Harapnya malam ni tak jammed lah...Mujur la hari ni kelas tuisyen che mek hanya 1 jam je. Jadi kami akan tunggu terus dekat sana.

Esok dah jumaat kome...Malam ni nak masak apa pulak?

1 JAM SIAP #5

As Salam
Masa dekat ofis aku message Hata cakap dinner nak makan daging masak kicap. Terasa dah lama sangat tak makan masakan ni. Masa OTW balik dalam LRT , Hata message cakap dia dah selamat sampai rumah. Aku mintak Hata defrost daging so that masa sampai rumah aku boleh masak terus. Tapi dari dalam LRT aku tengok awan dah gelap. Sampai dekat LRT Taman Melati macam dah ada titik-titik hujan. Tapi aku tak bawak motor laju pun. Bawak macam biasa je sebab aku dah cover bag keje dengan baju hujan.

Sampai rumah singgah kedai runcit dekat depan pool beli bawang besar 6 biji & telur ayam 10 biji. Bukak je pintu rumah macam ada bau masakan. Tengok-tengok Hata dengan masih pakai baju kerja tengah tunggu lauk masak. Hata dah tolong masakkan daging kicap untuk aku 💜. By 6.30petang kami dah boleh makan nasi.
Alhamdulillah kenyang...Makan nasi bertambah 2-3 kali sebab lunch aku tak makan nasi.Daging masak kicap, reheat ayam masak lemak untuk Ammar, telur dadar & ulam.

Jam 8 malam hantar che mek ke kelas tuisyen, sementara tunggu kelas che mek habis jam 9.15 malam, kami ke kedai gunting rambut dekat Taman Melawati sebab rambut Ammar dah panjang. Mujur la dekat sebelah secret Recipe tu ada kedai gunting rambut mamak. Dalam 30 minit jugak proses potong rambut Ammar ni. 

Lepas tu pergi semula ke kelas che mek tunggu sampai jam 9.15 malam. Sampai rumah terus suruh Ammar mandi. Ammar cakap next time nak potong rambut dekat kedai yang sama sebab brader tu pandai potong rambut ikut style yang Ammar nak. Gitulah anak lelaki. Dah start ada tempat fevret pulak. 😆

Malam tu aku lipat kain sikit je. Lepas tu terus Zzzzzz....

1 JAM SIAP #4

As Salam

Hari Rabu balik kerja boleh pulak terserempak dengan Hata..Masa Hata tengah tunggu lift, aku pun baru lepas palang masuk kawasan rumah. Lepas tu masa tengah pusing nak ker parking motor Hata jerit panggil nama aku. Lepas tu boleh pulak Hata berjalan kaki pegi dekat aku. Lepas tu kami berjalan bersama ke lobby lift.

Sampai rumah, letak bag, terus la bersilat kita di dapur...Masa lunch hour aku pegi Village Grocer dekat Avenue K beli barang sikit. Nampak shitake mushroom. Terus rasa nak try sebab selama ni pandai makan sikit-sikit je...
Aku beli semua sayur diatas sebab dekat rumah hanya ada sayur kobis je...
Plan asal nak tumis telur kacang buncis tu je...
Tapi bila dah jumpa shitake mushroom ni terus tukar plan.
Semua aku potong serba sikit je...
Jadi la kan?
Aku masukkan sikit ayam & blackpepper...
Menu 1 jam siap...
Hata kalau aku masak lemak ayam / ikan memang dia kena makan dengan cili garam tu...

By 7.10 malam dah siap masak, pukul 7.15 malam start makan, pukul 7.45 malam dah siap makan dan ready untuk selesaikan semuanya...Lepas makan, mandi solat semua aku mengadap kain la kome. Udah sebakul ni ha belum berlipat. Serabut mata aku tengok. 😆

Hari ni aku pegi keje dengan Hata sebab petang ni lepas waktu kerja ofis aku buat makan-makan sempena CNY. Makan dekat mana? nanti aku update ye.Kena buat awal seminggu sebab minggu depan bos aku dah start busy & akan bercuti panjang. Balik kampung sambut CNY. Alhamdulillah kami 1 ofis dapat cuti free 16.2.2026 akan datang ni. Jadi dapat la total cuti 5 hari. Aku & Hata takde planning nak bercuti kemana-mana sebab 17.2.26 & 18.2.26 tu kakak-kakak aku yang dekat kampung datang rumah. Jadi baik la kita persiapkan rumah ni sebelum mereka datang.

Tapi tak tau la kalau tetibe datang angin nak staycation 😆


Esok kemana kome?

1 JAM SIAP!!! #3

As Salam

Memandangkan kita dah stock up barang basah, makanya kita kenalah bersemangat untuk memasak kan? Jadi semalam sampai rumah dalam jam 6.10 gitu. Letak bag, teruslah ke dapur. Keluarkan ikan & ayam untuk defrost. Sambil-sambil tu masak nasi, potong bawang saknika benda untuk memasak. Che mek? Dah mengelabah mintak carikan Tab Samsung tu sebab Tab Lenovo slow & sometimes hang sebab mungkin kerja tu terlalu berat. Sambil aku memasak dia masih tengah buat kerja sekolah.

Jam 7.15 malam siaplah masak. Aku suruh anak-anak makan dulu sebab waktu tu Hata masih OTW from Senawang. Pukul 7.40 malam baru sampai depan rumah. Pukul 8 malam, hantar che mek ke kelas tuisyen, then baru aku & Hata makan. Hata bawak balik Oden & KFC sebab staff ofis sana bagi waktu dia & sorang lagi partner dah selesai makan breakfast & lunch.
1st time cuba bakar ikan dekat pan Dessini ni...
Alhamdulillah menjadi kome...
Memang NON-STICK betul..Terbukti 😆
Ikan pun elok je masaknya...
Inilah menu siap masak dalam masa sejam yang aku berjaya buat...
Ayam masak lemak untuk kids & ikan bakar, air asam & ulam untuk aku & Hata.
Gulai lemak ayam tu memang feveret Ammar...
Jadi Ammar makan sampai 3 kali tambah nasi & lauk.

Menjadi air asam yang aku buat kome. Dah lama sangat tak buat. Petang semalam aku mintak anak-anak turun ke kedai runcit beli tomato untuk masuk dalam air asam & kobis untuk buat ulam. Air asam tu aku buat simple je. Hiris nipis bawang merah, cili padi. Bakar sikit belacan, tumbuk manja asal sebati. Perah sikit air limau nipis, letak air asam jawa, letak gula & garam untuk perasa. Selesai.

Masa makan Hata teringat yang dia ada beli budu. Tuang budu...Hmmmm..Memang licin la semua ikan & ulam tu. terung purple tu langsung aku tak sempat masak. Semua dah jadi ulam untuk Hata 😆.

Pagi tadi sempat aku buatkan wrapped untuk diri sendiri & ammar. Aku letak telur, sosej, cheese, mayonis & sos cili. Makan waktu pagi tadi. Sampai jam 12 masih terasa kenyang. Aku rasa seronok sebab dapat buatkan bekal untuk Ammar. Aku tak buat untuk Hata sebab orang ofis dekat Senawang memang ada bagi Hata & his partner breakfast meal.

Hari ni nak masak apa pulak? Sotong dah siap potong ade tu. Udang galah dah siap garam kunyit pun ado...😁

1 JAM SIAP!!! #2

As Salam
Ada 1 hari aku & Hata berjaya sampai rumah dalam jam 6.30 petang. Seronok rasanya sebab dapat sampai rumah waktu matahari masih ada. Memula janji Hata amik aku dekat LRT Taman Melati je. Sekali jam 5.15 petang Hata bagitahu dia MASIH DALAM MEETING dan mungkin habis dalam 5.40 petang. Aku keluar ofis jam 5.30 petang. Jadi Hata suruh aku turun dekat stesen KL Sentral aje balik sekali dengan Hata. 

Menempuh jalan jammed dengan kereta dan lorry dekat PWTC tu memang sokmo buat aku kecuh perut. Aku rela naik SPE walaupun jauh sikit asal tak bersesak sekali dengan kereta kiri kanan. Dekat jalan Genting Klang tu pun kecut Alhamdulillah aku berjaya beranikan diri mengadap jammed tu bersama Hata. 😆

Sampai rumah che mek cakap dia takmo makan sebab dah kenyang makan masa balik sekolah. Ammar pulak nak nak makan nasi mamak tapi malas nak keluar rumah. Last-last Hata ke dapur tengok dalam kabinet ada sardin, tengok dekat rak bawang ada kentang, teringat ada ikan kapak masin beli dekat Johor dulu. Masih elok. OK...Jom start masak. Sambil tu aku start mengemas LAGI.
By 7.40 malam dah siap masak.
Kari ikan sardin tin, ikan kapak masin & telur dadar.

Alhamdulillah kenyang kami 3 beranak. Lepas makan & selesaikan semua yang patut, aku & Hata sambung sorting barang-barang dari rumah lama. ADO lagi yang nak kena buang. Ya Allah..Apakah yang kami simpan selama ni???

Jam 11.40 malam Hata ajak teman dia buang sampah-sampah ni sebab waktu ni orang dah tak ramai guna lift. Jam 12 tengah malam aku bersihkan badan dan ZZzzz..Aku tak tahu Hata tido pukul berapa sebab lepas tu dia mengadap laptop buat keje. 

Korang masak apa hari ni?

1 JAM SIAP!!! #1

As Salam
Hari Selasa aku & Hata mencari tudung kelabu che mek sebab che mek cakap dia tak jumpa tudung kelabu pengakap dia. Sedangkan aku masih ingat yang aku dah handover tudung tu dekat dia hari tu. Sabar aje lah..Sampai ke One Stop kami mencari. Tak pasal-pasal kena bayar RM26.50. Mahal gilerrr...Aku tak sempat nak menjahit. Bilik menjahit pun berkubang lagi ni.Aduhai..Lagi pun stock kain kelabu untuk tudung tu tak ada dalam simpanan.

Lepas tu Hata cakap tak sempat nak hantar dan ambil che mek ke kelas tuisyen sebab Hata ada job urgent nak kena siapkan dan perlu dibawak masuk meeting keesokan harinya (Rabu). Jadi tak ke kelas tuisyen la che mek hari Selasa tu. Otak dah start ligat memikir nak makan apa untuk dinner. Hata tak boleh nak keluar rumah sebab job urgent tu.

Aku teringat hari Jumaat lepas ada beli pucuk paku...Stock ikan bilis berlambak, ayam pun ada, sotong pun ada...Jadi lepas je tukar baju kerja, terus aku ke dapur. Defrost ayam & sotong. Buat ayam goreng & sotong goreng kunyit. Sambil goreng ayam, kita petik pucuk paku. Lepas tu tumbuk bawang cili & serai. By time ayam masak, kita dah petik dapur sebelah untuk masak gulai lemak pucuk paku & goreng kunyi sotong pulak. Hata tolong masakkan nasi.
Siap menu express...
Sampai rumah jam 6.40 petang...
Siap masak jam 7.40 petang. 
Sotong goreng kunyit fevret Ammar & che mek..
Gulai lemak pucuk paku...
Ehhhh...Ammar dah pandai makan pucuk paku ni kome...
Tapi takde la banyak sangat dia makan..Sekadar nak merasa je...
But ok la..He learnt how to eat sayur kampung 😆
Ayam goreng tergaring sikit 

Ada sambal ikan bilis, nasi lemak & telur mata tu semalamnya punya. Jadi tak nak membazir, Hata panaskan & makan. Alhamdulillah kenyang kami sekeluarga malam tu. Actually kalau sampai rumah before 6.30 petang, sempat je nak masak. Cuma jadi rushing bila kena hantar che mek ke kelas tuisyen jam 8 malam. Tak nak la makan rushing-rushing. Nanti tak kemas perut.

Sebab tu kadang-kadang kami pilih untuk dinner dekat luar or tapau sebab nak kejar masa. Kalau aku start masak jam 6.40 petang, siapnya mesti jam 7.40 petang. Nak solat dan nak makan. Memang tak sempat nak siap sebelum jam 8 malam.

Hari tu ada nasi lebih. Jadi pagi Rabu tu Hata masakkan nasi goreng sotong untuk kami bertiga bawak bekal. Che mek tak nak bawak bekal.

Korang biasa amik masa berapa lama nak masak?
Aku kalau lauk simple bleh la siap dalam masa sejam dengan 1 ke 2 lauk..Kalau lebih dari tu memang take time la...😆