Showing posts with label SKINCARE. Show all posts
Showing posts with label SKINCARE. Show all posts

GUARDIAN YANG SELALU SANGAT BUAT SALE

As Salam

Hari Rabu hari tu aku gantung kuali sebab che mek cakap dia nak makan dekat luar. Hatap pun korbankan waktu balik kerja dia. Dari lewat sikit kepada awal sedikit walaupun kerja dah start bersusun. Hata sampai rumah jam 6.30 petang kami terus ke AEON AU2.

Lepas makan nampak Guardian ade buat SALE..Aku pun masuk la ke dalam dengan che mek..Ehhhh..Hata pun ikut masuk jugak dengan alasan nak cari pomade. Sekali aku tengok banyak jugak promo yang Guardian bagi..Murah dari online. Jadi memang kita grab la selagi under budget. Apa yang aku grab???
Seronok tengok

Glad2Glow cleanser tu che mek punya. Murah la pada aku sebab harganya hanya RM11++. Aku memang suruh che mek amik 2 buat stock dia. Lip tint tu pun murah dalam RM13++ je.Aku amik 1 untuk try-try, che mek pun amik 1. Roll to tu che mek amik last minutes. Aduhai..Lebih-lebih pulak che mek ni 😆. Argan Oil tu hair serum untuk rambut aku. Dah lama nak beli tapi tak terbeli-beli sebab asyik lupa & bila tengok harga semua atas RM25. Tapi dekat Guardian ni harganya hanya RM19.90. Tinggal sekotak je. Kalau ada lebih aku amik extra dah untuk buat stock.

Malam tu sebelum tidur terus aku. MasyaAllah..Wangi sungguhla bau serum ni...Bau yang buat aku tenang 😆. So far masa aku pakai dulu ok je rambut aku. Aku memang mencari yang repair sebab rambut aku ada yang tak sihat. At this age banyak modal nak kena labur untuk diri sendiri biar puas hati 😁

Banyak lagi promo items dekat Guardian ni. Tapi aku tak sempat nak jalan banyak sebab nak balik cepat nak kejar manghrib. Mujur boleh sampai rumah semula sebelum jam 8 malam. 😁

Korang yang suka membeli dekat Guardian boleh la pegi jenguk. Mana tahu ada barangan korang yang ada promo.

STOCK UP SKINCARE

As Salam
Hari tu product skincare yang aku tengah guna sekarang ada buat SALE. Dapat diskaun banyak jugak dari normal price. Mula-mula tengok rege ini...Lepas tu esoknya tengok rege lagi murah dari semalamnya. Jadi memang kena trus grab la. Sebab kalut sangat nak check out, terus aku terlupa nak tukar payment method. Biasa aku memang guna COD. Untuk sesetengah barang je aku buat online payment. Jadinya kena QR la dekat brader courier yang biasa hantar parcel ke ofis kami ni😁. Apa yang aku topup?
Ini ha...Setiap product Hada Labo yang berdua tu memang kena beli combo..Baru dapat murah dari physical store. Glad2Glow tu aku beli sebab nak dapatkan free shipping beli sunscreen tu. Murah je dalam RM11++. 

1st time aku try guna product Glad2Glow ni. Mungkin akan berkongsi dengan che mek. Semalam aku try guna. OK la..Senang nak blend dengan warna kulit muka aku. Memang kena guna sikit-sikit je lepas tu ratakan dekat muka. Sunscreen tu pulak adalah round ke 2 aku guna. Lama betul nak habis untuk setiap tube. Memang berbaloi la beli. 😁. Stock yang baru ni rasanya dalam 4 ke 6 bulan lagi baru habis kot. Jadi sekali lagi aku rasa pelaburan aku ni berbaloi. Aku beli pack besar sebab dah 2 kali beli starter pack dan memang nampak perubahan pada breakout yang aku alami sejak sebelum atau selepas dapat kunci rumah tahun lepas. Walaupun tak terlalu cepat, tapi perubahan tu aku nampak.

Hari Isnin hari tu ada la manis-manis sikit dari ofis. Jadi hari Selasa sebelum hantar che mek ke kelas tuisyen, aku panggil semua termasuk Hata untuk berkumpul. Aku bagi pada Hata dan anak-anak. Merasa la kita sikit sorang. Rezeki dikongsi bersama. Gitewwww..Sikit ke banyak jangan ditanya. Janji ada. Cukup untuk beli skincare dekat atas tu ok la kan?
Aku packing dekat ofis. Jumpa sampul CNY ni je...
Kita gunakan aje la..Janji isinya ada 😆

Ade la duit poket untuk this coming long holiday - Sabtu sampai Selasa. Lepas tu kita tunggu kot-kot ada manis-manis dari ofis Hata pulak untuk cover balik apa yang kita spend sepanjang cuti 4 hari tu 😆.