Elak Hukuman Fizikal...

As Salam

Entry : Sumber : http://www.utusan.com.my/utusan/Keluarga/20140327/ke_04/Elak-hukuman-fizikal#ixzz2yN2E1sGf

Jom kita sama2 meningkatkan KUALITI dalam mendidik anak2...


Adakah kita benar-benar perlu mengamalkan dan mengenakan hukuman ke atas anak-anak? Adakah peraturan itu baik dalam membesarkan anak-anak yang bahagia dan berdisiplin? Bagaimanakah mereka akan gembira sekiranya terpaksa dibendung oleh peraturan?

Anak-anak yang sering dirotan akan membesar menjadi seorang pembuli yang ganas. Oleh itu, mengapakah kita perlu merotan anak-anak? Biarkan mereka bebas.

Saya tidak bersetuju dengan kenyataan di atas.

Sekiranya anda biasa menonton sebuah filem Melayu klasik arahan Tan Sri P. Ramlee yang bertajuk Anakku Sazali, anda akan dapat melihat betapa pentingnya membuat batas sempadan dan peraturan untuk anak-anak kita.

Sazali membesar tanpa mematuhi dan menghormati peraturan dan undang-undang. Akhirnya dia menjadi penjenayah. Apabila dia sudah tidak dapat dikawal, bapanya cuba mengenakan kawalan dan peraturan terhadapnya. Malangnya, ia sudah terlambat.

Mungkin ada antara kita mengatakan senario ini hanyalah sebuah filem. Bagaimanapun, ia merupakan satu contoh yang baik bagi ibu bapa yang sering membiarkan anak-anak mereka.
Anak-anak yang membesar tanpa disiplin, peraturan, dan batas sempadan mendapati diri mereka belajar dalam suasana yang tiada sekatan tatatertib.

Mereka akan terpedaya terhadap apa yang kononnya dikatakan landasan kebebasan.
Pada masa yang sama, saya tidak bersetuju dengan merotan atau apa-apa sahaja hukuman fizikal terhadap anak-anak sebelum umur yang sepatutnya, yang belum lagi dapat membezakan antara perkara baik dan buruk.

Baru-baru ini, saya berbual dengan seorang ibu tentang hukuman fizikal terhadap anak-anak.
Dia memberitahu saya bahawa anak kecilnya yang baru belajar berjalan suka mengamuk. Dia akan berguling di atas lantai dan menghantukkan kepalanya sekiranya ayah atau ibunya tidak memberikan benda yang dikehendaki olehnya.

Mengikut kawan saya itu, dia atau suaminya akan memukul anaknya di punggung dengan kuat dalam cubaan untuk mendisiplinkannya.

Saya berkongsi pendapat dengannya, bahawa anak-anak sekecil itu akan meradang secara tiba-tiba sekiranya dia berasa letih atau marahkan sesuatu.

Kadang-kadang, dia berasa hampa kerana perasaannya tidak difahami. Pasti ada sesuatu perkara yang telah mengganggu emosinya.

Memukul anak-anak yang sekecil itu tidak akan dapat mendisiplinkannya. Pada hakikatnya, memukul dan hukuman fizikal bukanlah satu-satunya cara untuk mendisiplinkan anak-anak.

Pada tahap umur mereka yang demikian, cara ini cuma akan mengelirukan anak-anak dan membuatkan mereka berasa tidak disayangi dan tidak diperlukan.

Anak-anak kecil yang dibesarkan dengan perasaan yang sebegini akan menghadapi banyak masalah pada masa akan datang.

Kawan saya telah mengakui bahawa anaknya telah mula mencubit dan menolak budak-budak lain di pusat jagaannya dan menjadi seorang anak yang sombong. Ini bukanlah yang kita mahukan.
Sekiranya anda merupakan ibu bapa yang masih muda, saya harap pengalaman saya akan membawa kebaikan kepada anda.

Saya berkahwin ketika berumur 20 tahun dan suami saya berumur 21 tahun. Pada ketika itu, kami masih belajar di sebuah universiti di luar negara dan kami masih muda dan tidak berpengalaman.
Kami telah dikurniakan empat orang anak dalam masa sesingkat lima tahun perkahwinan. Memang bukan mudah untuk belajar, di samping membesarkan anak-anak.

Saya mahu mendisiplinkan anak-anak saya supaya mereka akan menjadi seorang anak yang berakhlak mulia dan saya boleh berbangga dengan mereka.

Pada ketika itu, sebagai seorang ibu muda, saya merasakan anak saya yang berusia dua tahun telah cukup besar. Saya menegur dan memarahinya seperti dia sudah berumur 10 tahun.

Itulah kesalahan saya yang pertama. Saya sering menjadi marah dan rasa terganggu dengan anak-anak saya, terutamanya apabila mereka mengamuk. Ketika itu, saya menjadi seorang ibu yang agak garang.
Suatu hari, saya terdengar kata-kata hikmat abang ipar saya, Subkey, yang telah menukar pandangan saya.
Ketika itu, dia sebenarnya menasihati kakak saya yang sedang memarahi anaknya yang baru berusia lima tahun.

Kata; “Ingatlah, umur anak tidak sampai satu per empat umur kita pun. Dia tidak mempunyai kebijaksanaan yang kita ada. Sekiranya dia tahu dan boleh berfikir seperti kita, dia tidak akan buat perkara-perkara seperti ini. Adalah tugas kita untuk memberikan tunjuk ajar kepadanya."

Saya tersentak dan terus menilai kembali cara saya mengendalikan kemarahan dan kehampaan saya sewaktu membesarkan anak-anak saya.

Semenjak itu, saya berusaha dengan gigih untuk mengawal diri saya daripada terus menjerit dan menghukum mereka apabila mereka membuat kesalahan.

Mengimbas kembali semua perkara itu, saya bersyukur kerana saya dapat menanam nasihat itu dalam hati saya walaupun kata-kata itu tidak ditujukan kepada saya. Namun, begitulah Tuhan mengajar kita setiap hari.
Saya ingin menjelaskan bahawa anak anda masih kecil sekiranya dia masih di bawah umur tujuh tahun. Anda perlu mendisiplinkan anak dan mendidiknya untuk mengenal perkara yang baik dan perkara yang buruk.
Harus diingat bahawa didikan tersebut bukanlah dengan cara menjerit, berteriak atau memberikan hukuman fizikal. Sekiranya anda perlu juga memukul dan menghukum sedemikian, jelaskan kepadanya tentang perbuatan yang salah itu. Dia boleh mengubah perlakuan yang buruk itu dan menjadi orang yang mudah disayangi.


Terlalu banyak ilmu mendidik yg aku perlu pelajari..
Semoga dgn perkongsian ini, kite dapat membentuk anak2 kite kearah yg lebih baik..amin




End

1 comments:

great piece of sharing dear...betul tu kalau boleh kita elakkan hukuman fizikal...

Reply
CodeNirvana
Newer Posts Older Posts
© Copyright My Story Board Published.. Blogger Templates
Back To Top