Monday, February 09, 2015

Nota Ringkas : Zakat

As Salam

Hari ini ade sikit briefing ttg Zakat. Al-maklum la, cmpny ni cmpny cha ya..so mmg x menitik beratkan sgt perkara gini. Since HR baru masuk, die nak start implement la perkara2 gini. Bagus jgk..

Sepanjang sejam briefing, sini aku saje2 je nak share sikit info yg aku dpt tadi..

Kita gerak satu2 ye..Kalo x lengkap tu..Pepandailah cari sendiri.. Udah namanya pun NOTA RINGKAS..kiki

8 Golongan yang berhak menerima ZAKAT : ( Golongan ASNAF)
1. Fakir (Org yg tdk memiliki harta)
2. Miskin (Org yg penghasilannya tdk mncukupi)
3. Riqab (Hamba sahaya/budak)
4. Gharim (Org yg memilik byk hutang)
5. Mualaf (Org yg baru memeluk Islam)
6. Fisabilillah (Pejuang di jalan Allah)
7. Ibnu Sabil (Musafir/pelajar perantauan)
8. Amil Zakat (Panitia penerima & pengelola dana zakat)

SYARAT WAJIB ZAKAT :
1. Islam
2. Merdeka
3. Milik Sempurna.
4. Cukup Nisab - Pendptan BERSIH setahun melebihi RM11,308.
5. Cukup Haul - Cukup tempoh masa setahun & boleh dibayar bila2 masa.

1.) ZAKAT FITRAH :
- Zakat yang semua umat Islam pun tahu..WAJIB dibayar sebelum Solat Sunat        Aidilfitri.
- Sekiranya GAGAL melaksanakan perkara ini, individu tersebut WAJIB QADA, tetapi hanya akan dikira sebagai SEDEKAH.

2.) ZAKAT HARTA :
a. Al-Mustafad - Zakat bagi setiap perniagaan yang dijalankan.
b. Al-Mustaghalad - Aset yang dimiliki mendatangkan keuntungan.
     Contoh : Memiliki rumah, lalu disewakan.
                   Memiliki tanah, lalu diusahakan hingga mendatangkan                                          hasil/keuntungan.

3.) ZAKAT PENDAPATAN :
a. Pendptan kasar dari semua sumber, ditolak dgn perbelanjaan yg dibenarkan (Rukhsah)
b. Bleh rujuk contoh ini :

4.) ZAKAT WANG SIMPANAN : 
a. Ambil baki paling rendah dgn memastikan jumlah keseluruhan > RM11,308 * 2.5%.
b. Jika mempunyai pelbagai akaun bank, kumpulkn kesemua baki terendah disetiap akan dgn memastikan jumlah keseluruhan MELEBIHI RM11,308 * 2.5%

5.) ZAKAT EMAS :
a. Emas yang dipakai TIDAK WAJIB dikenakan zakat selagi tidak melebihi yg dikenakan. Contoh : Selangor : 800grm, Kuala Lumpur : 150grm.
b. Emas yang TIDAK DIPAKAI selama setahun WAJIB dikenakan zakat. Nisabnya adalah 85grm dan dikenakan sebanyak 2.5% dari nilai nisabnya.
c. Info lanjut boleh click disini : ZAKAT EMAS (ikut negeri masing2)

6.) ZAKAT KWSP :
a. Jika tidak dikeluarkan, maka TIDAK PERLU membayar zakat.
b. Jika dikeluarkan dengan niat membeli/menggunakannya, dgn nilai keluaran melebihi RM11,308, WAJIB membayar 2.5% dari jumlah keseluruhan keluaran.
c. Bagi keluaran untuk pelajaran, terbahagi kepada 2 :
   i. Sekiranya jumlah keluaran melebihi RM11,308 dan masih mempunyai baki,             WAJIB membayar Zakat.
   ii. Sekiranya jumlah keluaran melebihi RM11,308 dan masih TIDAK MENCUKUPI           utk menampung kos pembelajaran, maka TIDAK PERLU membayar zakat.

7.) ZAKAT SAHAM :
a. Saham yang disimpan selama > setahun :
----> Ambil nilai jualan saham terendah * nilai unit yg dibeli. Jika nilainya >                      RM11,308.00, Wajib membayar zakar 2.5%
b. Saham yg dijual < setahun :
----> Ambil jumlah keuntungan sahaja. Sekiranya keuntungan itu melebihi                      RM11,308.00.

AGIHAN ZAKAT :
Terbahagi kepada 2 jenis agihan.
1. Agihan Sendiri : 
---> Individu yang membayar zakat melebih RM50K, akan menerima 25% dari     zakat yg telah dibayar untuk diagihkan sendiri kepada 8 golongan yg berhak. Individu terbabit perlu memaklumkan maklumat penerima agihan sendiri itu kepada pihak PPZ dan perlu menghabiskannya dalam tempoh SETAHUN. Jumlah yg tidak habis TIDAK BOLEH dikembalikan kepada PPZ.

2. Agihan Perniagaan :
---> Akan mendapat semula 37.5% dari jumlah keseluruhan keluaran zakat. Diagihkan sendiri kepada 8 golongan yg berhak. Individu terbabit perlu memaklumkan maklumat penerima agihan sendiri itu kepada pihak PPZ dan perlu menghabiskannya dalam tempoh SETAHUN. Jumlah yg tidak habis TIDAK BOLEH dikembalikan kepada PPZ.

Extra info : 

Kaunter PPZ KL :

Sekian info ringkas utk ZAKAT..
Kalo nak tau info lebih, kenalah ke w/site zakat negeri masing2 sebab lain negeri, lain kadar nisabnya.



Semoga kita dpt membersihkan diri & harta kita demi kebaikan diSANA nanti..
Amin.





End

0 comments: