As Salam
Hari Khamis lepas, jam 10.30 pagi guru kelas che mek kol henfon aku & bagitahu che mek macam demam. Terus tanya jam berapa nak datang sekolah untuk amik che mek. Aihhhh..Terkojot la aku kome. Terkejut tentang che mek..Terkejut pulak dan dan tu suruh amik. Dia ingat aku duk rumah ke jam-jam tu boleh balik amik?
Lepas tu aku bagitahu Hata dan Hata said dia boleh lari sekejab amik che mek dekat sekolah , bawak ke klinik tapi kena drop che mek dekat rumah then pegi ofis semula sbb lepas lunch Hata ade meeting. Maka tinggallah che mek dekat rumah sampai aku balik. Mujur la aku memang ada tinggalkan nasi & lauk. Jadi che mek boleh la makan masa dekat rumah nanti.
Jam 6.10 petang aku pun sampai rumah. Tekan loceng tapi che mek tak bukak pintu. Biasa lepas dengar bunyi loceng che mek yang akan bukak pintu. Waktu aku masuk nampak che mek tengah tido. Mungkin effect ubat yang che mek makan. Jam 6.45 petang baru aku kejut che mek.
Sementara tu aku start la masak. Masak simple-simple je kome nak habiskan stock makanan dalam tin. Jadi aku masak la menu ni...
Habiskan stock baby potato...
Maka terhasillah menu ni..
Kari sardin dalam tin, ikan kapak masin & telur dadar sebiji.
Ammar dah makan awal. Dia makan nasi, sambal ikan bilis & 2 biji telur rebus. Aku memang bagi Ammar makan awal sebab memang tiap kali balik sekolah Ammar memang akan lapar. Jadinya Khamis malam jumaat tu memang che mek tak pegi tuisyen...Kita bagi dia rehat sebab dia dapat MC untuk hari Khamis tu je. Doctor cakap takde demam cuma selesema yang sekarang memang tengah hot.
Dalam jam 8.15 malam aku ajak Hata ke Giant mini area rumah ni. Beli roti burger, daging burger ayam & tomato. Pagi Jumaat jam 5.40 pagi aku dah bangun & prepare bahan. AKu buat burger ayam & daging special untuk diri sendir & Ammar. Hata tak bawak bekal sebab that day office dia ada buat potluck.
Terhasillah burger daging special untuk bekalan breakfast aku ke ofis..
Aku prepare 2 biji burger ni dalam masa 30 minit. Siap masuk dalam tupperware. Seronok rasa sebab dapat bagi Ammar & Hata (kadang-kadang) bawak bekal ke sekolah. Che mek memang taknak bawak bekal. Ntah la.Mungkin sebab balik rumah dia akan makan lagi kot.
Selesai menu masak 1 jam untuk kali ini. Kena stock up lauk lagi this week sebab ayam dah habis, daging dah habis, sotong & udang galah masing-masing ada sebekas lagi.
Korang buat apa hari ni kome? Hari ni aku tinggal dengan anak-anak je dekat rumah. Hata kerja. Nak kena kemaskan sikit apa-apa yang perlu untuk persediaan sambut tetamu dari Perak esok. 😁




6 comments:
Nieza cuti ye..akak keja ha..x tau la dapat ke tak half day management bagi...dah la masih lalaok ubat batuk ha..struggle nak keja..tapi best sebab x ramai orang
Burger special sedap juga ni.
Stock up lauk pauk nanti senang nak masak bulan puasa ni.
Comel la baby potato.. mula² ingatkan epal td
SA : iye sis..bos bagi cuti free (x tolak AL) sbb dah alang2 selasa & rabu PH =)
Cie : kan..Dah lama x mkn =D
Ezna : Betul tu sis =)
kakMim : Hahaha..baby potato tu sis =D
memang best if dpt bwk bekal :) MZ jrg2 jer bwk bekal sbb biasanya beli jer food kat cafe uia
Post a Comment