As Salam
Hari Sabtu lepas, aku rasa malas sangat nak masuk bilik menjahit. Sedangkan ada 2 helai kurta & sehelai skirt A shape yang aku nak kena siapkan. In Shaa Allah hari ni aku try jahit mana yang sempat.
Jadinya jam 11 lebih kami ke AEON AU2 sebab hari Isnin lepas Ammar baru perasan selipar harian dia tertinggal dekat Kelantan. Jadi Hata janji nak belikan selipar yang baru. Dalam AEON tu kami beli selipar Ammar, underware untuk lelaki & baju baby. Aku baru dapat cucu sedara. Baby gurl.💜. Jadi aku beli la buah tangan sikit untuk baby gurl tu, bawak balik time raya nanti.
Balik dari AEON AU2, kami ke Lotus's Wangsa Walk untuk stock up susu full cream & cornflakes. Lepas tu ke AEON Big tapi hanya aku & che mek aje yang turun dari kereta. Kami mencari baju raya che mek untuk raya kedua & ketiga. Sebab aku planning nak pakai baju raya Bayu Somerset tu untuk raya ke-3. Jadi dapat la sedondon dengan che mek.
Aku lupa kedai baju nama ASSHURA dekat sana dah tutup. Jadi kami masuk dalam AEON Big. Hanya jumpa baju warna hijau je. Warna untuk raya kedua che mek masih tak jumpa. Lepas tu kami keluar la dari AEON Big. Balik rumah berehat je.
Dalam jam 5 petang aku start keluarkan bahan untuk buat kek batik. Dah lama sangat tak buat. Aku buat yang biasa je. Alhamdulillah menjadi lepas aku tengok step yang tiktok che sayang kitchen 😁
Aku buat sebekas ni je untuk trial...Che mek siap request tabur milo extra lagi.
Jam 10.30 malam baru teringat nak makan...
Alhamdulillah menjadi walaupun dah lama tak buat. Coklat tu memang nampak melimpah sebab memang buat extra. Biskut merry tu elok je lembutnya. Padat pun padat.
OK..Tertunai hasrat tekak nak makan kek batik. Ni tahan berapa tak pasti la sebab kids pun suka jugak 😆. Bahan-bahan yang aku guna untuk buat kek batik ni pun memang bahan yang basic je. How I wish I can make the topping. Kan best? Masalahnya aku tak pandai & macam malas nak cari bahan 😁.
Hari ni lepas menjahit aku nak teruskan misi mencari sepasang lagi baju raya untuk che mek. Harapnya jumpa la. Nak cari dimana? Nanti aku share ye.
Part duit raya In Shaa Allah kami akan tukar hari Khamis ni. Korang dah tukar duit raya?



13 comments:
Bestnya ada skill menjahit hehe.
Arghh rindunya Wangsa Maju, dulu rumah sewa saya betul2 depan Wangsa Walk, seberang jalan sampai hehe. Pergi breakfast dekat NZ pun jalan kaki je time rajin hehe.
Sedap betul ye nampak kek batik tu esp bab milo extra tu, tengok pulak pukul 8.30am haha
MZ dh setel tukar duit raya awal2 lagi...semlm setel beli bj raya utk zharfan, beli kat booth2 kecik kat dlm KL East Mall ajer
puas hati dapat makan coklat melimpah ikut piawaian anak tekak kan?nyumsss .fav kiter gak tu
Yang atas topping dia tu mengoda sungguh.
Akak pi tukar duit raya tadi...dah abisssss...Bank Islam habis...nasib baik ada kawan kerja bas...dh order kat dia..Khamis nanti baru amik...
kalau linda tu...sekali hadap dah habis dengan anak2 ni...sikit je tu
Sedap juga kek batik ni. Lama tak makan. Duit raya baru tukar subuh tadi. Bukan tukar kat bank tapi tukar kat peti derma surau je. Dapat la duit yang kita nak tukar tu. Alhamdulilah.
Menarik sekali pembahasannya. Kadang hal-hal sederhana yang kita lihat sehari-hari ternyata punya makna dan cerita yang lebih dalam jika diperhatikan dengan sudut pandang berbeda.
feveret ana & ahli jemaah rumah jugak kek batik ni! puas hati buat sendiri letak topping sukahati kita ehehe
Menarik juga membaca tulisan seperti ini. Kadang dari cerita atau pengalaman sederhana, kita bisa mendapat pelajaran dan sudut pandang baru tentang kehidupan
Anak request kek batik pun tak buat2 lagi. Malas betul nak membuatnya.
Elok cantik kejadiannya, puas hati dapat buat sendiri dan pastinya anak-anak akan mengulang makan.
Aiiiiih kapan trakhir saya buat kek batik yaaa, dah lama sangat 😄. Dan memang sedaaaap. Jadi teringin nak buat lagi.
Kalau tukar uang baru, suami Krn kerja di CIMB, jadi memang semua staff dapat jatah uang baru, asalkan pesan di awal. Jadi dari akhir februari kemarin, dah pesan .. tp Krn kami tak butuh banyak, sebab sekarang ini duit raya untuk keponakan dan anak2 kecil, semua di transfer ke E-wallet mereka 😄. Jadi yang baru pun dah tak banyak dipakai. So sebagian jatah uang baru suami, saya tawarkan ke adik dan saudara.
Post a Comment