As Salam
Lambat lagi bersiaran hari ni sebab pagi jam 11 sampai ke jam 2 petang kami keluar. Sampai rumah udah penat. Berehat. Lepas tu kalut nak prepare menu untuk berbuka hari ni. Anak sedara datang amik baju & skirt. Alhamdulillah kurta tu muat dekat husband dia. I is risau ye 😁
Semalam cerita dia aku ajak Hata ke jalan TAR. Sebab che mek nak cari tudung bawal bidang 50. Maka jam 6.20 petang kami keluar dari rumah. Jammed jugak walaupun ikut jalan shortcut with toll. Sampai dekat parking bangunan DBKL jam 7.05 malam. Jadi aku cakap dengan Hata, kita tunggu dalam kereta sampai jam 7.20 malam. Lepas tu bergerak ke surau DBKL ni & tunggu la waktu berbuka dekat sana. Lepas tu boleh solat maghrib terus. Jadi semalam kami bawak kurma & aku buat air cappuccino & air masak. Selesai solat baru la kami bergerak ke area bazaar.
Masuk dalam MUAZ hanya pergi dekat bahagian tudung je. Sudah la rambang mata aku kome. Nanti aku share berapa helai aku berjaya grab ye. Lepas selesai beli tudung, kami makan dekat Nasi Lemak Burung Hantu tepi semua house. Waktu ni orang dah ramai selesai makan jadi nak dapat tempat duduk tu cepat aje. Ammar amik nasik lemak telur mata & ayam goreng. Hata amik nasi lemak telur mata. Mereka guna beras basmathi. Jadi memang sedap la nasi lemak tu kome.
Sempat snap gambar air aje kome. Gambar nasi tak sempat sebab memasing dah lapar. Aku & che mek tak makan nasi lemak ni. Aku amik sesudu je dari pinggan Hata sebab aku dah makan secucuk sosej & che mek makan ayam gunting masa sampai dekat area bazaar ni.
Sekeping selepas makan.

Sekeping dekat tangga dalam semua house ni. saja jalan-jalan sekejab. Food court dekat bawah ni dah tutup waktu kami sampai tu. Tu yang makan dekat Nasi Lemak Burung Hantu tu.
Lepas makan kami ke Mutiara Damansara sebab Hata nak try makan colek dekat sini. Kedainya betul-betul tepi masjid. Nama kedai Nasi Kukus Ilham kalau tak silap aku. Kami amik sikit-sikit je. Paru size separuh tapak tangan sekeping RM2. Perut titab sepiring RM6.50. Udang timbang. Aku amik 3 ekor RM11.50. Air kami amik air kosong je.
Ok la sos dia..Boleh layan.
Nampak menarikkan?
Kerang rebus sepinggan RM20. Size sedang-sedang je.
Well cooked. Sos sama macam sos colek.
Lepas makan kami terus balik rumah. Smpai rumah dekat pukul 12 malam. Sakan berjalan kome. Sudahnya sahur pagi tadi aku buat ini je.
Scrambled egg letak atas roti. Sebab semua tak tahu nak makan apa. Kids aje lepas makan telur ni mereka makan cornflakes.
Kome masak apa tu?
Hari ni aku masak goreng celup tepung udang galah 3 ekor, ketam seekor & cube ikan dory. hata masak special. Apa dia? Nanti aku share ye kome. Kurang dari 5 hari je kita akan beraya kome. mana yang balik kampung tu siap-siap la kemas bag. Aku pun dah nak start sorting baju dah ni.







6 comments:
Selamat berbuka puasa
nampak sedap pulak colek2 tu meriah.
pegi juga jalan tar tp siang ari sabtu tu...kalo pegi malam biasanya tgh mlm ke awal pagi...tk pernh lg pi time ptg nk dkt berbuka....oh ada colek juga kt area nasi kukus ilham ye...lama tk mkn nasi kukus situ
PH beli tudung dekat TT je kali ni. Susah nak cari tudung bidang besar dekat area sini. Nak ke Jln TAR sana malas huhu...
Wah..apa yg special Hata masak agaknya ye..kat rumah akak x leh masak simple2 macam ni..tapi teringin..kalau simole macam ni mula la PZ macam2 hal...
MZ dh berkurun tak gi jln TAR tu..so Semua House tu masih wujud yer hahahaah sbbnya zmn2 belajar kat uia dan zmn bujang, tu tempat MZ shopping baju laaaa...menggamit memori sungguh!
Post a Comment