As Salam
Hari Jumaat malam Sabtu hari tu aku cakap dengan Hata aku nak pegi Farm Fresh dekat UPM. Aku siap bagitahu berapa harga tiket & apa yang ada dekat sana. Hata agreed sebab dia tahu betapa huru hara hati wife dia sepanjang seminggu dia di Teluk Intan.😆
Jam 8.30 pagi rasanya baru kami gerak dari rumah. Aku beli air mineral dekat Petron je sebab malas nak bawak tumbler ke hulu ke hilir masa dekat Farm Fresh tu nanti. Tapi dalam bag siap ada wipes, tisu, hand fan. Masa sampai hari dah mendung berarak kelabu. Laju-laju Hata pegi beli tiket lepas tu laju-laju kami berjalan kearah tractor yang dah bersedia untuk bergerak.
Berlari menuju ke entrance sebab waktu ni macam dah start
hujan renyai-renyai.
Harga tiket. Kami bayar RM55 untuk 3 dewasa & 1 kanak-kanak.
Weekend tractor mula gerak jam 9 pagi. Waktu kami sampai ni lagi
10 minit tractor nak bergerak.
Gambar wajib dengan handband 😆
Sekeping masa lalu dekat betul-betul kiri kanan lalang makanan lembu-lembu ni rasanya. Sebab nampak lalang ni segar-segar.
Menuju ke puncak...Serius cantik view ni.
Macam dalam cerite Ferdinand 😁
Traktor ni akan lalu tepi kandang lembu yang besar sekali dengan bau. Lepas tu lalu tepi tasik yang ada angsa, lalu tepi kolam ada ikan talapia rasanya. Lalu tepi kebun pisang, limau kasturi, pucuk ubi, jagung & pokok ubi kayu.
Aku cakap dengan che mek..Lalang macam ni la yang dalam cerita Dil To Pagal Hai tu😆. Sebab baru-baru ni angin che mek nak tengok cite hindustey. Masa atas traktor ni memang kena pegang semua benda dengan betul-betul Ye sebab tractor ni memang bergerak perlahan je. Tapi gegaran dia macam naik kereta lembu 😆
Dah sampai puncak tapi driver tak bagi turun sebab hujan dah turun dulu. Jadi dia hanya slowkan traktor & bergerak tinggalkan puncak ni.
Turun dari tractor terus masuk dalam ladang ni dan tengok kedai makan yang ada. Belum ready lagi semuanya kome sebab baru jam 9.30 pagi rasanya. Lepas tu kami pun menuju ke kandang rabbit comel ni...
Mata mana?
Seronok dapat pegang..Manja jer...Tapi jangan bagi terkejut. Nanti berlari laju & macam nak melompat si rabbit-rabbit ni.
Sakit ke ni? Sebab badan dia banyak warna purple ni.
Jalan ke dalam lagi...Sebelum tu beli makanan untuk haiwan-haiwan ni. 3 items RM10. Dapat rumput ( sama macam rumbut nak ke puncak, dapat kibbles untuk kambing & ayam). Luas sangat tempat ni kome.
Snap gambar sebab nampak menarik.
Geng yang sama tapi warna putih.

Yang ni warna purple pulak.

Aku suruh Ammar naik mini tractor ni..Ammar cakap tak nak sebab risau nanti lutut dia tersangkut 😆
Lepas tu kami pergi ke kandang rusa & kambing. nampak jugak ada kandang biawak seekor, kandang ular sawa pun ada. Ada la dalam 2 ke 3 ekor ular sawa dalam tu. Duk diam je.
My lefthanded boy 💜

Hata bagi kambing-kambing ni makan...
Nah...Sekali dia panjat..Macam boleh terkeluar dari kandang ni sebab nak bagi senang pengunjung bagi mereka makan & berebut jugak sesama mereka.


Ni level adik-adik kambing 😁
Banyak lorong yang macam ni dekat sini. Tapi ada notis beware of unexpected ular yang mungkin jatuh dari atas 😮
Lepas tu kami berjalan lagi ke kandang lembu yang besar tu...Kena sanitized dulu kasut yang kita pakai dengan air warna kuning. Kena celup kasut waktu nak masuk & waktu nak keluar dari kandang ni. Ada kandang yang ada bau. Ada kandang yang baunya kurang. Tapi ada music untuk menenangkan lembu-lembu ni dan air ventilation yang elok.
Celup kasut dalam Iodine Solution.

Syiok je lembu ni menggaru
Lepas habis melawat lembu-lembu ni, kami ke area lain pulak. Area padang yang ada tractor mini untuk kids tu...
Nampak tanaman ni..Bila datang dekat baru nampak ada labu rupanya...

Buat masak lemak putih letak kacang panjang then makan dengan ikan / ayam goreng pun sedap ni 😆
Comey & masak elok buahnya.
Bunga lagiiii...
Nampak kandang rusa & haiwan lain...
Tapi haiwan-haiwan dekat sini tak boleh diberi makan macam dekat kandang sebelum ni sebab risau haiwan-haiwan ni akan jadi agresif.
Dekat aje ni..Rasa nak sentuh tapi takut...😀


































0 comments:
Post a Comment