May 29, 2026

MELAWAT TAPAK EVENT & KAGURA RAMEN LOT 10

As Salam

Semalam tengahari aku tanya Hata balik kerja nak ke pegi area Lot 10 untuk tengok dekat mana rooftop mereka & nak parking kereta dekat mana. Hata pun setuju. Lunch hour aku pegi Avenue K untuk tapau Empire Sushi untuk bekalan kids makan dalam kereta sementara nak sampai ke rumah. Cadangnya lepas tengok tapak event nak gerak balik dan dinner area rumah je.

Jam 5.20 petang Hata & kids sampai dekat ofis untuk amik aku dan kami ke Lot 10. Ikut waze perjalanan amik masa dalam 20 minit campur dengan jammed dekat depan Pavillion , Fahrenheit 88, Star Hill semua tu. Sampai dekat Lot 10, kami cari lorong nak masuk ke parking. Dah sampai parking kami terus naik sampai ke tingkat 5.

Masa sampai, kami mencari rooftop pulak. Bila dah jumpa, tengok ada lagi parking space dekat dengan rooftop ni iaitu level 7. Jadi planning dengan Hata petang ni kami akan terus ke level 7 untuk parking kereta dan suit up dekat sana. Dekat sangat dengan tapak event rooftop ni.
View dari rooftop.
Nampak ni dekat diniding masa nak naik ke rooftop 😁
Inilah tapak event kami petang nanti. Rasa crew tengah set up & buat sound check. Kami lalu tepi-tepi je sebab nak tengok kawasan supaya senang petang nanti nak arking kereta & suit up.

Lepas tengok tapak event ni, Hata ajak pergi ke foodcourt Lot 10 dekat level 4 . Kami jalan 1 round then Hata cakap nak try makan ramen dekat sini.
Dalam banyak-banyak dekat yang ada sekeliling ni, aku hanya ada nampak 2 kedai je yang terpampang logo Halal ni. Yang lain samar-samar & memang ada tunjuk tanda Non Halal. Kitanya 1st time makan, jadi mintak waiter tolong suggest meu yang mana best selling dekat kedai ni.
Sekeping sementara tunggu order sampai.
Aku amik ini. Share dengan Hata. Tak ingat nama tapi ade sebutan spicy shogu ramenDalam ni ada seketul ayam bakar tanpa tulang, ada kulat hitam & ramen.
Kuah dia not bad. Spicy but not so spicy.
Non spicy friend ramen untuk Ammar. Hata cakap rasa macam mee raja dekat murni discovery 😁
Spicy fried ramen untuk che mek. Sedap jugak ni kome.
Lava omelet with chicken popcorn, rice & curry.
Hata kata biasa je. Will not repeat 😁

Lepas makan kami pun balik la kome. Sampai rumah dalam pukul 7.55 malam. Kalut la untuk solat maghrib. Lepas tu aku tunggu terus Isyak sebelum start jahit cover baru untuk boot, lepas tu jahit kuku dekat suit warna biru. Lepas tu try suit up seround sebab dah hampir 6 bulan tak pakai suit ni sejak Comic Fiesta hari tu.
Alhamdulillah suit ni masih muat dengan aku...
Suit Skeletor yang aku suka sebab ringan aje costume ni.

Pagi tadi Hata hantar aku dekat LRT. Sambil tu aku bawak turun sekali tongkat Skeletor, pedang He-Man, kasut untuk both character jugak. Senang nanti takde la kalut sangat Hata nak prepare semua untuk dibawa turun ke kereta. Risau ada yang tertinggal je.

Lepas tu kami berbincang. Memandangkan semalam waktu Hata amik aku dekat ofis jam 5.30 petang & kami terus ke Lot 10 hanya amik masa dalam 20 minit. Kalau aku naik LRT dari ofis ke stesen Pasar Seni, lepas tu tukar ke MRT. Mesti more than 30 minutes. Jadi Kami plan, petang ni Hata amik aku dekat ofis & kami pergi Lot 10 sama-sama macam semalam. Tak jauh pun nak kesana kalau dari ofis aku ni.

Ok..Selesai dah survey & pit aside costume untuk petang ni. Harapnya event berjalan lancar & dapat suit up dengan tenang-tenang aje. Aku berdebar sebenornya ni kome 😆.Esok dah kena ke Kajang semula sampai hari Ahad.

Isnin & Selasa aku & Hata dah ada planning. 
Korang kemana cuti 4 hari ni?

0 comments: