-As Salam
Semalam pagi hujan boleh tahan lebat jugak dekat rumah ni. Jam 9.50pagi aku & Hata pergi service kereta dekat area rumah lama. Lepas letak kereta kami bersarapan dekat kedai mamak seberang jalan tempat service kereta tu. Dalam jam 10.45pagi, hujan lebat sangat tapi dalam 10 minit je. Jam 10.55 pagi kami bergerak ke bengkel kereta. Waktu sampai, kereta kami sedang di test drive sebab Hata buat alignment & balancing jugak. Lepas selesai service kereta, kami ke AEON Big. Beli sikit stock chicken tender untuk bekalan Ammar hari ini & esok. Beli stock 3 in 1 aik cheong yang dah lama tak stock up. Maklum la..Bukan minum hari-hari dekat rumah. Sebab dekat ofis aku dah minum segelas. Lepas tu masuk ke Nagoya sekejab untuk beli kain belacu. Lepas tu balik rumah.
Jam 2.30 petang, tetibe je datang idea entah dari mana. Aku ajak Hata ke KL East Park dekat seberang jalan rumah ni ha. Belakang KL East Mall tu aje kome. Hata pun google. Kami kena register dulu, masukkan detail & emergancy contact tak boleh orang yang akan bersama dengan kita masa masuk dalam park tu nanti. Lepas tu kita akan dapat email confirmation then baru boleh bergerak ke KL East Park tu. Jam 3.40 petang kami dah bergerak dari rumah. Parking kereta dekat parking khas cuma kena jalan jauh jugak ke dalam sebab area entrance KL East Park tu takde parking.
Dari rumah, aku dah siap-siap pakai pakaian lengkap, siap bawak hiking stick yang aku beli dekat tiktok shop rege RM9.00 aje kome..Bawak siap-siap air masak dalam tumbler. Kids pun aku suruh bawak botol air sorang satu. Aku je share dengan Hata. Masa nak masuk, kena scan QR yang diberikan dalam email confirmation. Lepas tu baru boleh teruskan perjalanan. Kira ini adalah kali pertama kami hiking bersama.
Kali ni entry tentang cerita ni kena buat 2 part sebab terlalu banyak gambar yang aku nak share dekat sini. Seronok yang amat rasanya hati ni bila dapat buat aktiviti ini dengan Hata & anak-anak. Sebab rasanya last aku buat aktiviti ni adalah masa aku keje dekat Kolej Geomatika tahun 2013 dulu.
Bukti tanda dah sampai 😁
Do & Dont's
Last entry jam 4 petang ye kome.
Sekeping with my big supporter dekat entrance sebelum mulakan perjalanan.
Dekat sini ada line..Jangan risau.
Kata-kata semangat ni...
Bismillahirrahmanirrahim....
Waktu ni Hata dah suruh kids baca la apa-apa yang terlintas dalam kepala. Asal baca & mintak selamat pegi & balik ke titi ni 😁
Awal-awal trek udah macam ni kome.
Waktu ni tepi kami ada anak sungai. Kecik aje anak sungainya.
Nampak macam curam. Tapi memang curam sikit. Tapi hati seronok.
Setiap check point ada papan tanda ni.
Suhu waktu kami naik. Waktu ni jam 4 lebih.
Setiap trek jalan memang celus seorang je.
Takde chance nak berjalan berpimpin tangan. 😁
Muka masih ada senyummmm
Sekeping with my che mek...
Baru 400 meter udah start rasa penat..nampak sangat tak cukup stamina. Tapi aku tetap rasa seronok. Waktu kami berjalan ni, bukan hanya kami 4 orang je. Belakang kami ada sekumpulan Malaysian Chinese dalam 6 orang. Depan kami ade dalam 4 orang geng melayu.
Berehat sekejab dekat check point ini. Dekat sini ade sorang penjaga / security KL East Park. Aku nampak peralatan dia lengkap sebagai seorang hiker. Menunggu disini sebagai langkah berjaga-jaga kalau-kalau ada yang tercedera.
Jumpa nama pokok yang aku tak pernah dengar. Boleh scan QR Code tu untuk tahu lebih lanjut tentang pokok ni. Tapi aku tak scan. Kami teruskan perjalanan.
Ada satu tempat tu aku jumpa banyak pokok renek ni.
Cantik daun dia warna biru.
Dah 600 meter perjalanan. Alhamdulillah takde jumpa apa-apa yang menakutkan / yang buat kami terkejut. Semua masih terkawal.
Macam-macam gelaran yang kami dapat bila dah lepas setiap meter yang jadi petunjuk kepada kami.
Kami teruskan perjalanan menuju ke puncak / lookout point.
Tangga yang boleh tahan tegak jugak ni kome.
800 meters. Baru separuh perjalanan.
Stop sekejab amik nafas. Tengok la renyeh muka Ammar tu 😁
Macma-macam jenis tangga ada dekat trek ni.
Sikit lagi nak sampai ke Lookout point.
Alhamdulillah tak jumpa jumping spider ni, tapi ada nampak burung berterbangan.
Jumpa lagi...Terasa jauh. Tapi sebenarnya sikit aje lagi nak sampai.
Besar ni je trek dia kome. Memang sempit & kena berhati-hati.
Ok. Takat ni dulu aku cerita ye. Sebab tak lama lepas tu kami pun sampai ke lookout point tu. Tapi aku nak share banyak lagi gambar. Waktu dah nak sampai tu dah boleh dengar suara hiker yang lain. Adalah la dalam 15 orang dekat puncak ni. Takde la rasa sunyi sangat.
Alhamdulillah sampai jugak ke puncak. Dah sampai sana, snap gambar sikit dan kami pun berehat dalam 20 minit sebelum turun semula ke entrance. Separuh arah perjalanan pulang tak sama dengan arah perjalanan datang. Bermula dekat check point kami berenti minum tadi baru jumpa laluan yang sama masa kami mulakan perjalanan. Depan sikit ada insiden. Insiden apa? nanti aku cerita ye.
Seronok dapat penuhkan hari cuti buat aktiviti dengan anak-anak.






























1 comments:
Wah!! Bestnya.. Tapi Sha ni kurang sikit kalau hiking.. huhuhu tapi bila tengok trek tu macam menarik.. Kalau ada rezeki, nak cuba jugalah nanti..
Post a Comment