As Salam
Allahuakbar. Dah beberapa hari selepas tarikh hari lahir aku baru aku teringat kome. Aku lupa nak renew LESEN MOTOSIKAL aku. Gamble aje bawak motor dari rumah ke LRT seminggu ni dengan lesen motorsikal yang dha mati.
Asalnya aku dapat notifikasi dari JPJ bagitahu roadtax motor merah dah tamat tempoh. Motor tu atas nama aku. Jadi aku remind la Hata. Ofismate cerita tentang dia renew lesen rasanya. baru la aku teringat nak check lesen motorsikal aku. Allahuakbar..Mengigil sekejab bila tengok lesen dah expired sejak tarikh hari lahir aku.
Sebelum balik kerja semalam laju-laju la aku renew secara online. Lupa nak register MyDigital ID. Dah register baru boleh masuk dalam MyJPJ untuk renew Lesen Motorsikal. Aku pilih setahun. Tapi kena bayar RM40.00. Tunjuk dekat screen, expired date 2028 pulak. Setahu aku setahun RM20.00. Mungkin minimum renew secara online adalah 2 tahun kot. Kan?
Renew Lesen Motorsikal.Alhamdulillah selesai. Senang aje step nak buat renew & buat payment. Balik keje semalam hati rasa lega sebab dah renew lesen. 😆
Korang pernah ke lupa renew lesen memandu macam aku?


0 comments:
Post a Comment