As Salam
Hari ahad rasanya macam hanya duduk dirumah selepas sampai dari Kajang sebab kepala aku terasa berat yang amat kome. Sampai je rumah, letak handbag, terus aku baring dekat sofa. Tak nak tido dalam bilik sebab risau terlajak. Hata pun sama naik merngantuk kome.
Untuk lunch anak-anak masih tak tahu nak makan apa. Jadi makan apa saja yang ada dirumah. Aku serius tak ingat kami makan apa petang tu. Yang aku ingat malam jam 9:00 tetibe tekak rasa nak makan rolled egg. Tanya Hata & he said nak jugak. Tanya kids, dieorang jawab dieorang makan scramble egg. Ok..Terus la aku pecahkan 5 biji telur untuk scramble egg & 5 biji telur untuk rolled egg.
Rolled egg. Ini portion aku. Aku letak cili hijau & bawang holland potong dadu. Sama dengan Hata. Tapi aku letak mayonis & sos cili.
Puas hati dapat makan dengan portion ikut suka hati.
Kiranya portion aku dan Hata ni 2 biji setengah telur seorang. 😁
Same goes to kids. Alhamdulillah kenyang kami sekeluarga malam tu.
Rolled egg ni pada aku akan lagi sedap bila kita letak capsicum. Tapi waktu masak ni stock lada benggala tak ada dekat rumah. Jadi aku amik aje apa yang ada dalam peti sejuk janji ada bahan tambah dalam rolled egg ni.
Korang suka makan scramble egg atau rolled egg macam ni?



0 comments:
Post a Comment