Jun 8, 2026

PREMIERE MOVIE : MASTER OF THE UNIVERSE - SUNWAY PYRAMID

As Salam

Hari Rabu yang lepas, Hata amik aku dekat ofis jam 5.30 petang. By 6.10 dah sampai depan Sunway Pyramid. Hata parking dekat Jockey area sebab nak senang tarik wagon ke tempat persalinan. Masa sampai kami terus ke tapak event. Jauh jugak dari TGV. Kena turun kebawah. TGV level atas sekali.. Lepas tu ke TGV untuk mintak permission dari TGV staff berikan kami changing room. Mujur la ada staff ni baik bagi kami 1 changing room untuk aku & Hata suit up.

6.40 petang, Hata & Ammar amik costume dekat kereta, aku & che mek beli makanan. Che mek beli subway, aku beli KFC Barrel. Nak cepat. Mujur la cepat je order kami siap. Jumpa Hata dekat eskolator then sama-sama naik ke TGV untuk ke changing room, solat & suit up. By 7.45pm kami baru keluar dari changing room & ke tapak event. Kali ni sama macam dekat Lot 10. Hanya aku, Hata & AMmar je yang cosplay πŸ˜†
Skeletor, He-Man & Orko
Lagi..Kali ni banyak jugak gambar yang kami dapat dari organizer yang invite kami & kawan-kawan cosplay yang datang .
Serius aku suka tengok Ammar as ORKO 😁
Ini dari henfon kawan cosplay...Ade sorang tu cosplay as prince Adam sebelum tranform jadi He-ManπŸ˜†
Pose la sikit.
Dengan kawan cosplay yang datang.
I loike...πŸ˜†
With kawan cosplay & event organizer ( Lelaki sebelah Orko )
Dalam jam 8.15 malam kami naik semula ke TGV. Movie start jam 8.30 malam.
Sekeping sekeluarga πŸ’œ
Kami dapat IMAX hall...Tapi seat 3 dari depan. 
Memang besar la screen dia kome.
Sebelum movie start...
Waktu ni aku mintak Hata letak spek mata dekat aku. 
Fans belakang tu cakap...
" So cute la skeletor pakai spek mata nak tengok movie"
Lepas tu Hata jawab...
" Skeletor tak nampak " πŸ˜†

Pada aku cerita ni layan sebab ada kelakar. Skeletor tu kelakar jugak ye kome. Ammar pun ketawa waktu tengok cerita ni. Takde scene yang tak senonoh. Semua OK je pada aku. Lepas movie kami minggle-minggle dekat luar ni sekejab lepas tu Yazmin Aziz ni datang nak bergambar.
Kecik molek aje orangnya kome...😁

Lepas layan beberapa lagi pengunjung yang nak bergambar, kami pun ke changing room untuk suit down..Balik rumah, jam 1.30 pagi baru aku dapat tido. Esoknya (Khamis) jam 7.30 pagi baru keluar rumah ke ofis.

Thanks to the organizer TGV cinemas, master movie & Sony Pictures sebab post tentang kami 😁. Banyak jugak page lain yang share tentang movie ni & ada gambar kami. 😁

Alhamdulillah selesai dah cosplay cerita Master Of The Universe. Sesiapa yang lahir tahun 80an sebelum atau selepas & ada yang layan cerita ni boleh la kot pegi tengok. Cerita dia OK je. Yang pasti ada part kelakar & Hata cakap almost semua character dalam kartun, ada dalam movie ni.

Hata cakap nanti boleh upgrade sikit costume skeletor ni. Tapi aku cakap nanti fikir dulu.😁

0 comments: