Jul 4, 2026

2400 SHEETS OF TAB STICKY NOTES

As Salam

Keterujaan dapat beli bahan bacaan yang baru dan dapat jugak buku free sample mendorong aku untuk memborong tab sticky notes yang murah ni. Hari tu saje la mencari tab sticky notes ni sebab nak tampal dekat bahan bacaan yang ada. Lepas tu jumpa kedai ni yang jual harga murah & dapat jugak free shipping. Terus la tertarik dengan pelbagai warna yang ada...Harga pun below RM2.00 setiap satu. Tak sedar aku check out sampai 8 packed.
My tab sticky notes collection.

Teruja betul masa bukak packaging ni. Semua warna sama macam dalam iklan dekat kedai tu. So far aku test, gam dia melekat elok. Harapnya yang lain pun kualitinya sama. Banyak page boleh tampal ni. Adakah saya perlu membeli lebih banyak bahan bacaan supaya tab sticky notes ni boleh digunakan sepenuhnya? 😆

Korang suka tab sticky notes yang macamana?

0 comments: