Jul 7, 2026

DURIAN HUNTING

As Salam

Hari Sabtu sebenarnya kami ada hal lain. Tapi terpaksa cancel sebab ada reason lain. Che mek & Ammar dah siap, jadi kita teruskan aktiviti hari Sabtu pagi dengan pegi bersarapan dekat restoran mamak Syed Taman Permata. Nak makan cheese naan memang confirm-confirm la takde pagi-pagi hari ni dik. Jadi kami order roti telur bawang, roti telur, roti canai 2 keping & roti planta tabur gula untuk che mek. Add on 2 piring kari kambing.
Kari kambing baru masak..Sedap ni kome.
Lepas makan aku ajak Hata cari durian. Hata waze nama kedai ni.

Dalam 30 minit jugak nak sampai. Masa dah nak sampai tetibe je jammed. Bila dah dekat, rupanya ada accident motor dengan motor. Alhamdulillah takde yang cedera teruk. Dua-dua penunggang boleh bangun & tolak motor ke tepi.
Banyak pilihan dekat kedai ni. Kami pilih durian kampung kawin 3 biji RM50.00
Teringin tengok ni. Amik sebiji. RM28.00
Teringin manggis. Amik sekilo RM10.00
Kalau beli 2 kilo RM18.00
Kalau beli 3 kilo RM25.00

Kami beli dan bungkus je. Lepas tu ke petrol pump untuk isi minyak & ke toilet. OTW balik hata cakap kuat betul bau durian ni yong. 😆
Nah..Kita kasi bukak tingkap. Biar bau durian tu keluar sikit.
OTW balik panas jugak. Meh la pakai spek mata ciitcibor ni...Actually aku pun duk menahan jugak bau durian ni. Sampai rumah terus makan serba sikit.
Sebiji durian merah dapat sebekas ni.
Elok kuning & lemak manis isinya.
3 biji durian kampung kawin dapat 2 bekas.
Elok kuning & manisnya.

Alhamdulillah. selesai hajat anak tekak nak makan durian setelah bertahan berhari-hari tengok entry kawan-kawan blogger makan durian. Thanks a lot to Hata sebab sudi layan keinginan aku.😍. Ada lagi baki durian kampung kawin tu. Hata mintak aku buat serawa durian.

Ingat nak beli tempoyak. Sekali tak teringat pulak masa dekat kedai tu. Dah sampai rumah baru teringat.😐

Korang dah puas ke makan durian?

0 comments: