As Salam
Jumaat malam Sabtu Hata balik dari Rawang lewat sikit. Alkisah hari Jumaat pagi tu dalam jam 7.30 aku dah siap pakai jaket & helmet nak turun. Tetibe nampak koridor rumah gelap macam senja & macam ada bunyi hujan. Aku tak dengar sangat la sebab dah pakai helmet. Masuk rumah semula pegi balkoni. Nohhhh...Hujan lebat kome.
Nak tak nak, bukak helmet & jaket then terus booking grab. lepas turun tunggu dekat lobby. Lagi 3 minit grab nak sampai, hujan pun berenti. Yang tinggal hanya gerimis je. Aduhaiii...Aku teruskan aje naik grab ke LRT Taman Melati.Sampai ofis dalam jam 8.20. Sampai-sampai ofis terus makan nasi lemak bungkus yang ofismate bawak untuk 1 ofis. Balik keje aku naik cab ke rumah.
Jam 7.20 malam hata sampai rumah. Lepas manghrib baru kami keluar untuk dinner sebab plan asal aku nak makan roti cheese naan cicah kari kambing. Tapi lepas baca entry sis MamaTisya udah terliur pulak le kome. Aku bagitahu Hata & he agreed untuk pergi. Lagipun esoknya cuti. Ok la kalau nak balik rumah lewat malam sikit. Perjalanan dari rumah ke Singgey Budu amik masa dalam setengah jam jugak rasanya. Lalu area rumah-rumah besar. 4 of us kagum giler tengok rumah-rumah & embassy2 yang ada..
Kami parking seberang jalan kedai ni. Kena melintas jalan.
Sampai-sampai nahhhh...Kena beratur kome. Mujur tak lama.
Memasing muka lapar 😁
Alhamdulillah. Tak lama pun beratur kami dah dipanggil untuk ke meja yang sudah dibersihkan.
Tengah beratur nampak staff bakar kerang. Ok..Jom order kerang bakar.
Besar jugak isi kerangnya.
Deko.
Che mek order kerabu perut. Dapat 2 jenis perut dalam ni. Perut titab & perut bulat. Che mek cakap sedap. AGREED. Pada kami memang berasa semuanya.
Hata order singgey daging. Hata & che mek cakap sedap. Aku tak makan.
Ammar nak ayam goreng kampung. Agak kering sikit but OK la.
Sebab utama datang singgey budu.
Perut bulat bakar.
Sedap ni kome. Makan cicah sos atau makan begitu sahaja pun sedap.
Aku order lidah goreng. Ngam dengan tekak aku. Sedap.
Kami amik nasi untuk 4 orang makan & teh o ais 1 jug. Selesai makan kami pun bangun sebab che mek cakap masih ramai yang tengah beratur tunggu meja kosong. Sementara tunggu Hata bayar, kami dah tunggu dekat luar dari kedai. Waktu ni aku ada nampak seorang makcik & anak lelaki dia nak masuk kedai tu menuju ke meja makan kami. Cepat-cepat aku cakap dekat anak lelaki dia sebab mak dia dah nak masuk.
Aku cakap kena beratur sambil jari tunjuk kearah tempat beratur. Lepas tu anak lelaki tu panggil mak dia. Aku nampak mereka berjalan kearah barisan. Tak lama lepas tu masa kami dah berjalan aku dengar suara acik tu cakap dekat sekumpulan 4 ke 5 orang yang tengah berdiri dekat deretan kereta yang baru parking.
"Tak payah la makan sini. Kena beratur lama. "
Lepas tu aku nampak kumpulan tu pun beredar. Pada pandangan aku, kalau mereka semua total dalam 6-7 orang nak makan dekat meja kami tu, mana muat. meja kami hanya untuk 4 orang. Sebelah meja kami ada 2 orang yang baru nak mula makan.
So far pada aku makanan dekat sini sedap. Thanks to MamaTisya sebab share tentang kedai makan ni. Che mek siap ajak repeat makan dekat sini sebab che mek suka kerabu perut tu. Aku kalau datang lagi memang akan order lidah goreng kunyit & perut bulat bakar tu je.
Sapa lagi yang pernah pegi sini?













0 comments:
Post a Comment