MONKEY CANOPY

As Salam

Balik dari Muzium Bank Negara, Hata ajak kami ke driving range sekali lagi. Kali ni jauh ke Hulu Langat. Almost 1 hour from the museum. Aku layan je sebab bukan aku yang drive. 😆. Monkey Canopy ni jauh kedalam. Jalan sunyi. Tepi gaung. Jalan pun kiri kanan banyak hutan / lereng bukit je.
Panaih ting ting waktu ni kome.
Apa yang ada dekat monkey canopy?
Macam-macam ada.
Menarik sangat ni.
Terasa jauhnya kome.. 😁
Rasa cantik view ni. Jadi kita capture sekeping.
Baik. Sikit lagi nak sampai.
Terpegun bila nampak entrance ni dari jauh. 
Luas sangat tempat ni kome.
Dah nak masuk dah. 
Mujur la parking murah je.
Sekali lagi ternganga sebab bila dah masuk dalam baru nampak betapa luasnya kawasan ni kome. Memang kena naik buggy kalau dari resort nak ke satu-satu tempat tu.
Dekat sini ada indoor waterpark jugak.
Rege mahai jugak. Dalam RM128++ ikut season.
Ini regenya kome.
Kami ke sini. Driving range sini pulak.
Aku kesini melawat kawasan sementara Hata tengok tempat & survey harga.
Seberang dari tempat aku berdiri tu ada dinasour world.
Nampak dinasour tapi tak bersuara. Jadi macam kurang best.
Kami masuk sini selepas Hata dapat booking meja & lorong.
Waktu ni tak ramai orang jadi kalau pukulan ak menjadi pun takde la malu sangat. 😁 Driving range dekat sini pada aku mahal dari Taman Medan tu.
Dekat sini harganya RM25.00 untuk 100 pcs bola. Kami pun amik 100 pcs bola je waktu ni. Sekadar nak amik suasana je.
Hata pilih lorong ke 25. Dah nak hujung dah ni. Kalau tak silap aku alik bawah ni ada 30 lorong. Tingkat atas private room with aircond. RM120.00 per hour with unlimited balls.
Bergambar acah-acah tu WAJIB 😆
Waktu ni kami semua join. Tapi kali ni yang banyak pukul bola adalah Hata.
Bergambar ala-ala acik pencen yang mengisi masa lapang pun WAJIB...😆
Sebelum balik, pusing dekat Dino Desert ni dulu. Ini semua masuk yang berbayar ye. Jadi kami memang lalu aje la. Kalau tambah effect bunyi dinosour tu mesti lagi menarik.
Moh le balik. OTW tu singgah RnR untuk solat.
Sampai rumah dah dekat jam 5 ke 6 petang gitu la.

Hari Ahad kami ada aktiviti lain pulak. Aku saja buat aktiviti ni untuk isi masa cuti sekolah anak-anak. Sebabnya kami memang takde amik cuti extra selepas hari Isnin. Jadi Selasa sampai Jumaat memang kids follow Hata ke ofis & stay dekat library je.

Kemana kita dihari merdeka? Tunggu sekejab ye.

0 Comments:

Post a Comment

DISCLAIMER: All content provided on this "thisni3zahata.blogspot.my" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of thisni3zahata.blogspot.my will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.