PREPARATION FOR COMPANY TRIP : STORAGE BAG & VACUUM

As Salam

As per informed. Bermula dari hari ini aku akan banyak cerita tentang persediaan aku untuk company trip  kali ini 😁. Kali ni memang ada barangan BARU yang aku kena sediakan sebab trip kali ni memang lain dari yang sebelum ni dan aku pun dah belajar dari "kesilapan" dalam bawak keperluan semasa trip yang sebelum ni.

Benda pertama yang aku fikir masa dapat tahu company trip kali ni adalah macam mana aku nak compact-kan barang-barang yang aku bawak supaya muat dalam luggage. Jadi solusinya aku beli set ini.

2 bulan jugak rasanya set ni duk diam-diam je dalam shopee cart aku sebab nak tunggu harga promo. Actual price almost RM90 and above. Lepas lama memerhati masa yang sesuai dan dapat harga promo terus la aku grab. Dapat la beli dengan harga below RM70. Ok la..Untung more than RM20. Dapat free shipping jugak.

Alhamdulillah, sehari lepas aku check out, esoknya dah terima parcel ni. Trip kali ni kena pilih untuk bawa pakaian yang tebal sikit atau pakai beberapa layer sebab destinasi pertama kami pada hari kedua adalah tempat yang waktu paginya agak sejuk - based on google update tentang cuaca pada date yang kami pegi. Inilah yang aku order dan yang aku dapat. Harapnya dengan adanya set ni, luggage aku akan ada space untuk masuk barang lain.😁
Dalam bag ni ada 18 pcs storage bag.

3 size berbeza dengan 6 pcs setiap size. 
Rechargable electric vacuum pump. Kuat jugak bunyinya masa aku test.
Aku test masukkan selimut & vacuum...
Alhamdulillah menjadi.

 Alhamdulillah aku puas hati dengan pembelian set ni. Ini adalah kali pertama aku guna storage bag untuk company trip 😁

Korang pernah ada set ni?

18 comments:

  1. Akak ada, tapi yang murah kena pam manual. Exercise tangan 😄
    Satu jenis lagi akak beli compression cube. Jenis ni bagusnya pakaian kita compress lebih sekata, lebih mudah nak susun dalam bagasi.

    Selamat bercuti Nieza! Nanti pergi tempat sejuklah ni kan 😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. Menarik jgk compression cube tu sis.Tp sy x trlintas nk beli yg itu.Nmpk yg ini je =D

      Delete
  2. Kalau vacum bag saya pakai tiap winter vacation kak. Untuk jaket2 tebal supaya hemat storage.

    Tapi kalau cube travelingsaya sering pakai kemana saja. Jadi mudah nak memisahkan mana kantong baju, kantong seluar, kantong panties dan bra etc. memang jadi rapi koper .

    ReplyDelete
  3. Ada beli vacuum pack ni sebab nak masukkan baju sejuk yang tebal tu. Selamat mengemas....

    ReplyDelete
  4. Senangkan dapat compact-kan barang, senang nak susun bagi muat luggage kan.

    ReplyDelete
  5. Harap set tu membantu jimat ruang luggage, terutama bila kena bawa pakaian tebal untuk destinasi sejuk nanti.

    ReplyDelete
  6. Tak pernah ada. Travel dalam Malaysia je naik kereta so sumbat je dalam kereta.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samala kita cie. Kalau blk kg perak / KB, memang letak dalam bakul khas je lps tu letak dkt bonet =)

      Delete
  7. Tak pernah beli yang vakum ni...tapi, ada je plastiuk2 macam tu.. hihihi.. buat sumbat tuala, selimut yang banyak2 dekat rumah ni

    ReplyDelete
  8. br tgk juga psl vacuum storage beg ni cuma blum bli lg

    ReplyDelete
    Replies
    1. Stirage bag ni brguna utk rumah jgk sis.Ada byk jenis pump & size storage bag.

      Delete
  9. many years ago i pernah beli tp yg murah so tak jadik (storage beg tu zipper dia tercabut awal2)...nanti ingat nak beli yg elok plak lah mcm yg nieza punya ni..oooo nieza ada company trip yer...mesti excited prepare mcm2 tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sy pun hari tu masa nk beli survey bbrp jenis jgk sis.Last2 amik ini. Alhamdulillah rezeki sy tahun ni =D

      Delete

DISCLAIMER: All content provided on this "thisni3zahata.blogspot.my" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of thisni3zahata.blogspot.my will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.