Thursday, March 06, 2014

My 1st time with NIVEA’s rinse off body lotion..

As Salam

Entry : Nivea

Memandangkan current deadorant, saya menggunakan product NIVEA , jadi, bila ada product baru yang boleh membuatkan badan rasa segar dan halus, semestinya saya akan cuba. Kepercayaan saya terhadapi produk ini semakin bertambah apabila menonton video ini di youtube :

Terdapat 2 jenis produk baru yang dikeluarkan :
 

Maka saya ke Watsons untuk mendapatkannya :
Saya memilih NIVEA - Body Lotion In Shower Skin Conditioner
 NORMAL SKIN with Sea Minerals
4 Cara penggunaan yang sangat mudah :
1. Mandi menggunakan sabun mandi pilihan anda dan bilas.
2. Sapukan Nivea in-shower-body-moisturizers hingga rata keseluruhan badan. 
3. Apabila telah rata, bilas semula badan anda..
4. Lap badan hingga kering dan anda akan merasai perbezaannya.

Seletah mengunakan product ini, saya yakin ianya telah memberikan kesan yang berbeza kepada kulit saya yang menjadi lembab,lembut dan licin. Produk ini tidak melekit setelah digunakan dan ianya tidak mengeluarkan buih. Saya juga dapat menjimatkan masa yang sebelum ini saya ambil untuk melosyen badan selepas mandi. Anak juga perasan akan perubahan ini apabila dia kerap datang kepada saya dan memeluk saya dengan ucapan "Tangan ibu lembut". Saya berasa terharu dan semakin yakin dengan Nivea in-shower-body-moisturizers. Selepas ini saya tidak perlu lagi memberatkan tas tangan dengan botol losyen yang mana saya perlu gunakannya setiap 2 jam di pejabat bagi mengekalkan kelembapan kulit.

Saya memilih untuk terus setia dengan Nivea in-shower-body-moisturizers. Semua orang mampu memilikinya dengan harga yang berpatutan dan mudah didapati dimana-mana kedai dan pasaraya. Kepada rakan-rakan semua, jangan tunggu lagi!!! mari cuba produk ini. Saya pasti anda tidak rugi menggunakannya.




 End

3 Comments:

Asha Lya said...

promosi yer sis ehehe..nak juga cuba

Farah Waheda Wahid said...

so far masih setia dengan J&J... hurm, boleh cuba juga ni...

Mar Mansor said...

so far pernah cuba lotion nivea y lain..y ni belum lagi..bab deodorant, horman tak sesuai dgn nivea..