Sep 24, 2014

T-Shirt Muslimah by ZALORA..


As salam

Ade sesapa yang dok pening mencari baju muslimah yang sesuai dengan korang? 
Ok…Tak payah nak cite banyak sangat la ek?..Meh sini aku cite…hoho

Dengan adanya kemunculan hijabista sekarang ni, diaorang dah mainkan peranan yang sangat penting dalam perkembangan trend fesyen Muslimah di Malaysia baru-baru ni. Diaorang ini sebenarnya adalah terdiri daripada pencinta fesyen yang suka bergaya dan bereksperimentasi dengan trend fesyen Muslimah. Bak kata orang, penampilan mereka yang bertudung ternyata tidak menghalang diaorang untuk bergaya. Malah menjadi sumber inspirasi bagi fesyen wanita yang bertudung.

Aku tau, yang dekat luar sane memang banyak pilihan yang boleh kita dapat daripada kategori pakaian tradisional sampailah kepada yang lebih moden macam baju kurung, jubah dress, baju kurung moden peplum, blouse Muslimah, baju kebaya dan macam-macam lagi. Selain daripada itu antara Muslimah tops yang paling disukai ramai ialah T-SHIRT MUSLIMAH.

T-shirt Muslimah atau blouse Muslimah menyediakan potongan yang lebih sopan. Ia memang direka untuk mereka yang memakai tudung dengan ciri-ciri seperti berlengan panjang, kepanjangan baju yang melebihi bahagian pinggang, tidak terlalu ketat dan menutupi bahagian leher. 
Ok..Aku memang suka style ini. Ini bagi yang suka gaya feminin dan nampak lembut. Korang boleh gayakan t-shirt Muslimah ikut pilihan korang dengan seluar panjang dengan warna yang sesuai dan warna / corak tudung kegemaran yang korang suka. Kalo dah bergaya gini, korang jangan lupa gayakan dengan beg tangan atau shoulder bag. Barula lengkap style feminim dan lembut korang tu..huhu

Senang sangat nak bergaya dengan T-SHIRT MUSLIMAH ni kan? Bagi kawan-kawan yang nak dapatkan koleksi terkini t-shirt wanita online,  pergi je ke website ZALORA Malaysia. Diaorang ni dah boleh dijadikan sebagai destinasi fesyen online terkemuka yang menyediakan pelbagai pilihan baju Muslimah daripada ratusan jenama hebat dengan tawaran harga yang sangat berpatutan dan sangat berbaloi!

Beli online, boleh jimat masa, jimat duit minyak kete, jimat duit tol, jimat duit parking..Aman je memilih sebab tak perlu bersesak-sesak berebut dengan customer lain..kan?hihi




End

3 Comments:

Ainim Rashihah said...

alamak..tetibe teringat coupon zalora

Anak IbuAyah said...

Wahhh collaboration eh eh :)

Unknown said...

AA payah nk dpt saiz baju.tu yang x bole nk shopping online. Kalau AA slim kan senang nk shopping online