Sep 2, 2019

MUDAH BERSAMA EMIRATES


As Salam

Dalam setahun pasti korang teringin untuk turn off segalanya samaada dengan dunia kerja or dunia media social dan pergi manjakan diri korang dengan pergi bercuti kan. Kalau boleh, korang mesti nak pergi naik flight jer sebab ia salah satu option utk jimatkan masa dan tak memintak korang utk pegang stereng or jadi co-pilot lama-lama..Hahaha….Katakanlah korang nak pergi tempat yang jauh macam kat europe confirm korang kena terbang untuk masa yang lama dan kadang-kadang kena buat transit kat tempat lain dulu. Aku faham bila sebut je tempat jauh-jauh korang tertanya sama ada korang mampu atau tak. Aku boleh share dengan korang macam mana nak dapatkan Emirates Malaysia cheap flight tickets dekat online at least. Kat situ dah setel satu masalah korang nak kurangkan kos. (kaching!!!!)

Emirates ni adalah airlines yang 5 stars, jadi korang boleh bayangkan betapa mahalnya flight tiket kan nak kesana kan?, aku ada cara nak bagitau korang macamane nak dapatkan flight tiket dengan harga murah. Mula-mula sekali korang kena install apps Traveloka atau surf website diorang then korang search Emirates airlines. Bila dah jumpa, dekat section search korang isikan details macam tarikh pergi dan balik, destinasi dan berapa orang nak pergi. Aku cadanksan korang pilih date yang jauh kedepan sikit dari date sekarang ni, Kalo nak dapat harga tiket yang lagi berbaloi, korang pilih date yang bukan school holiday atau on public holiday. Lepas tu korang search dan kebiasaannya harga yang paling murah akan ada kat paling atas sekali. Kalau korang puas hati dengan harga tu korang terus buat booking dan boleh buat online payment guna kad kredit atau kad debit. Senang kan? Traveloka ni selamat dan boleh dipercayai dan salah satu sistem yang makin famous dan digunakan orang lain sekarang. 

Emirates ni kalau korang perasan ada banyak sponsor kelab bolasepak seluruh dunia. Diorang ni adalah airlines yang agak famous dan berkualiti dari middle east sejak tahun 1985. Sekarang ni diorang boleh terbang ke 150 destinasi. Ada 3 jenis seating class yang korang boleh pilih. Economy Class diorang agak selesa dan korang boleh request selimut kalau nak. Business Class pulak seat dia, korang boleh baringkan dan screen lagi besar. Yang paling best kalau korang ada bajet tinggi boleh try first class diorang sebab sangat selesa, screen untuk korang tengok movie pun besar, korang boleh dapat perfume dan kalau korang travel jauh nak minta penutup mata pon boleh.

Tadi aku ada cakap yang kalau korang ada plan atau impikan nak pergi europe kan? So let’s say korang nak pergi ke London dulu buat first time korang boleh jugak buat flights to London online booking dulu kat Traveloka.

London ni adalah tempat yang aku boleh katakan satu dunia majoritinya kenal dan tau ada kat England. Best gak tempat-tempat yang korang boleh pergi kat sana. Pollock’s Toy Museum adalah gabungan muzium dan juga kedai mainan kecik yang terletak di antara dua bangunan bersejarah di London. Dengar nama muzium ini jer dah dapat rasa aura klasiknya. Sememangnya kat sinilah satu-satunya lokasi untuk korang tengok apakah permainan yang dimainkan kanak-kanak pada zaman Viktoria iaitu antara 1837 – 1901 pada masa dahulu. Apa yang dicari? Macam-macam kategori permainan ada kat sini, dari patung, permainan tin, dollhouse (my favorite…Hahaha), teater, mainan optikal, mainan askar dan bermacam lagi yang korang boleh tengok dekat. Kebanyakan koleksi yang ada dekat sini adalah hasil pembelian pihak muzium sendiri dan sumbangan daripada kenalan, keluarga dan orang awam.
Make sure korang jumpa bangunan ini…huhu - Ehsan google
Salah satu gambaran dalam Pallock’s Toy Museum - Ehsan google

Kalo korang rasa ToysRus adalah kedai mainan terbesar yang pernah korang masuk, korang confirm tak pernah masuk lagi ke dalam Hamleys London – Regent Street. Bukan kedai mainan biasa-biasa ni wehhhhh,  sebab kedai mainan ini adalah ‘pusat membeli-belah’ mainan 7 tingkat yang menjadikan ia kedai mainan terbesar di dunia! Secara overall-nya kedai hamleys London ni, dipadatkan dengan lebih daripada 50,000 jenis mainan, termasuklah game komputer, patung, gajet terbaru, permainan klasik dan ruangan koleksi khas. Kanak-kanak mahupun dewasa akan jadi hyper sebaik masuk ke dalam Hamleys London. Yang menariknya lagi, kebanyakan mainan di kedai ini tidak diletakkan di dalam kotak, korang bebas untuk bermain dengan semua mainan yang ada! Agak-agak kalo aku yang masuk dalam Hamleys London ni, mau setengah hari aje dekat dalam tu..Sedangkan masuk Hamleys dekat One Utama pun dah dah rambang mata..haha
Besar ke tidak??? - Ehsan google
Nampak tak Paddington bear tu??huhu – Ehsan google
Merah menyala & meriah suasana dekat dalam ni wehhhh… - ehsan google

Jadi, kesimpulannya, kalo korang nak travel dengan pakej flight tiket & accommodation yang under budget lagi menjimatkan supaya boleh bawak duit belanja lebih sikit, maka boleh la korang guna apps traveloka…Jimat banyak ooiiiii…Kalo dah jimat banyak mane la tau boleh pegi dua-dua tempat tu dalam satu percutian yang sama…huhu

Kalo ade rezeki pegi London, aku akan make sure 2 tempat ni akan ade dalam itinerary aku...huhu..



End

1 Comments:

Ain Syahirah said...

Bestnyaaa..sekarang guna traveloka dapat flight murah dan jimat duit..sebab diorang ada banyak bagi code diskaun..https://nurain-syahirah.blogspot.com/