As Salam
Hari tu masa che mek buat spring cleaning bilik dia, tak lama lepas tu dia datang bilik aku & hulur 4 kotak stickers...Asalnya dulu dia yang nak sangat stickers tu...Lepas tu bagi aku pulak..Aku nak buat ape? Maka si ibu ni mencari la idea nak buat apa dengan sticker-sticker ni..Maka aku pilih la beberapa keping yang aku berkenan...Lama jugak duk dalam bag kerja tapi tak dikerjakan..Hari tu ade masa free sikit dekat ofis...Maka marilah kita curi masa tu sikit dengan mengerjakan sticker-sticker yang dah lama diperam ni...
Antara sticker-sticker yang aku bawak ke ofis
Telinga alik kiri
View dari depan / sisi...
Telinga alik kanan
View dari depan / sisi
Settled...Ade lagi baki ni..Nanti la free-free aku tepek lagi dekat mane-mana..Sticker ni sebenarnya bukan sticker untuk ditampal dekat tempat / barang macam ni...Ini sticker untuk buku..Jadi kualiti dia memang tak sama..Mungkin sampai masa nanti akan tercabut / warna dia akan kabur...
Terus nampak ceria macam kanak-kanak riang je headphone aku ni kome...Hari biasa memang kebanyakkannya aku yang pakai dari LRT ke office..Tapi waktu cuti sekolah yang panjang...Headphone ni akan bertukar tuan kepada che mek...
Tetibe rasa macam nk cari yang baru...😉...Nanti-nanti la kot..Tunggu kotak-kotak kecik yg ada nombor dekat tabung viral tu penuh ditanda dulu..Ni banyak lagi kotak yang masih belum bertanda..Jadinya kena hold dulu la angan-angan tu...😆
Minggu lepas banyak hari badan terasa penat...
Harap-harap minggu ni badan sihat & cergas sentiasa..Amin
1 Comments:
Linda tak tanda dah kotak2 dekat tabung tu.. Main masuk je duit yang ada.. Hahaha... Cukup tahun lah kita buka.. Sebab waktu tu kena hidupkan roadtax n insurans keto.. Hihihi
Post a Comment