Jul 17, 2025

DURIAN & MANGGIS

As Salam

Lepas dinner hari tu aku ajak Hata pegi cari durian..Masa dinner aku tak makan sampai kenyang sebab nak bagi space dekat perut untuk disi dengan durian & manggis pulak 😆...Kami pegi dekat Sri Rampai ni aje...Dekat dengan rumah..Tak tau nak cakap mahal ke murah sebab kami tak gi survey pun dekat kedai sebelah kedai yang kami pergi ni...

Memula tengok durian yang 4 biji RM50..Lepas tu tengok yang 3 biji RM50...Lepas tu Hata offer..Nak try tak durian yang mahal sikit? Ade musang king, black thorn, IOI, udang merah...Musang King dah pernah rasa masa kak ipar datang hari tu...Udang merah pun dah pernah rasa..Black thorn mahai kome...RM65/kg...Jadi kami amik IOI...Sekilo RM30 je...Aku amik jugak manggis 2kg RM20...Kami makan dekat kedai ni je..Mereka ada sediakan meja dan bagi free air mineral sejuk botol kecik..
Pakcik menjual ni cakap amik yang hitam-hitam sebab mereka dah cukup masak..Aku pulak duk tekan-tekan montot manggis ni pilih yang lembut-lembut. 😁
Dimana ada durian...Disitu ada maggis 😁
Durian IOI...
Kami amik sebiji je...
Habis makan yang atas ni je..Yg lain bawak balik...
Sahabat 😁


Terima kasih Hata belanja kami semua...Alhamdulillah tercapai hasrat nak makan durian. Actually aku tak kisah nak makan durian jenis ape pun...Tapi rezeki dapat makan durian IOI...Nanti nak repeat lagi makan durian..Tapi durian yang biasa pulak la..Boleh kering poket kalau makan durian yang mahai sokmo 😁

Korang suka durian jenis yang mana?

8 Comments:

Aphizha said...

Alhamdulillah...lepas hajat nak makan durian. Dapat makan manggis sekali. Di mana ada raja buah, disitulah ada ratu buah. Cantik betul isi buah durian dia. Isi manggis pun elok putih tak rosak. Nampak dua dua buah baru lagi. Saya paling suka durian udang merah. Musang King tak berapa sangat. IOI sedap juga. Black thorn tak pernah rasa lagi, tengok harga pun dah seram.

pokcikblogger said...

makan manggis sebagai penyejuk badan selepas makan durian

Suria Amanda said...

Kak SA semua jenis dah pernah cuba...nak cuba durian Monthong Thailand tu je x dapat2 lagi..banyak- banyak durian..durian kampung pujaan hatiku....

Ezna Khalili said...

Memang couple durian dan manggis ni sebab musim dia sama kan....keduanya belum merasa lagi musim ni. Teringin nak durian je ni.

AMIIZAA@Mieja said...

Black Torn RM65 ok juga, hari tu kakmieja dpt harga RM90, tak jadik beli terlalu mahal sangat. sedap ioi kuning manis lemak...

MOHAMAD TAUFIK said...

tak lengkap kalau makan durian tapi takde manggis sebab 1 panas dan 1 bagi sejukkan badan

mama tisya said...

dlu kecik2 suka durian..dh besar ni bau durian pn dh pening tp kalo mkn dgn pulut santan bole plak janji isi kuning

thisni3za said...

Aphizha : Betul tu..Rezeki..Sy pun suka durian udang merah =)

Pokcik Blogger : Betul tu...Tp sy mkn selang seli plk =D

SA : Monthong Thailand tu sy pun x pernah try lg...Durian kg sedap jgk =D

Ezna : Betul tu sis...Sis kena gi cari tu sebelum habis musim =D

Mieja : Wow..RM90/kg Harga T20 tu =D

Taufik : Betul tu =D

Mama Tisya : Aik..Pelik tu...=D