Jul 7, 2025

KITA GUNA APPS ZEPP

As Salam

Terima kasih kerana bertanya...

Sejak aku beli smartwatch bermula dgn xiaomi - smart band 4 aku dah install app Zepp Apps ni dekat fon sebagai perantara phone & jam...Lepas beli smartwatch sekarang ni 4 tahun lepas pun aku masih connect dengan apps yang sama..Jadi dekat apps tu kita boleh set macam-macam yang kita nak...Mcm yang aku screenshot ni...Tu sebab kalau korang nampak seseorang yang pakai smartwatch, waktu tido pun dia pakai mcm Leona anak Azhar Sulaiman tu, tu maksudnya dia dah set dekat jam tu tentang kualiti tido dia..Berapa jam tido tak lena, berapa jam dapat deep sleep & total jam yang badan dia guna untuk tido...Kira macam berapa jam waktu tido kita yang kita perlukan..Gitewwww

Ini antara setting yang ada & kita as user boleh pilih...Apps lain aku tak sure smartwatch korang pakai ang ini atau tidak...
Bleh check heart beat
Macam biasa boleh tukar2 skin...
Then boleh pilih notification apa yang kita nak untuk 
telefon hantar ke smartwatch waktu kita pakai jam..
Ini lah antara fungsi-fungsi yang ada...
Ini adalah antara notification yang aku dah set...

Jadi kalau korang adalah pengguna smartwatch, korang boleh godek lebih dalam lagi fungsi-fungsi yang ada dekat apps jam korang ..Sekarang jam ni aku pakai every weekday...Weekend pakai jam casio tu...

Lately memang aku & Hata terlalu banyak memikir...Both of us tau..Bukan aku sorang je yang terasa tegang sikit beberapa hari ni..Tapi alhamdulillah so far rasenya masih boleh handle...Semoga apa yang kamu usahakan ni akan membuahkan hasil dimasa depan...

Dua-dua stress..Jadi kadang-kadang kami berdua makan lebih...Tapi bila nampak Hata makan lebih dari aku..Aku bising..Aku remind Hata untuk jangan makan lebih...😆..Apa-apa pun kita chill aje la hadapi apa yang datang...As long as kita bekerjasama...Rasanya boleh je hadap...kan?

Korang pulak macamane?

5 Comments:

adnil linda said...

linda pun ada juga smartwatch tu, tapi jenis cikai je lah...kdg2 macam kena refresh dekat dalam phone tu, baru dia terconnecting semula...jadi, function yg paling functin sekarang...nak count steps je la...hihihi

Mama Zharfan said...

MZ tak berapa reti la guna smart watch gini...anyway moga yg baik2 ajer utk nieza dan hatta, stress tu biasa! yg penting cara kita handle

AMIIZAA@Mieja said...

senang nak check bila ada smart watch

Ezna Khalili said...

Ada juga smart watch ni yang monitor macam ni nama dia Dizo tapi sangat jarang pula guna.

Hanamiko Sakura said...

saya pun pakai gts 2 mini.. ni pun macam nak dah nazak.. kena tukar baru agaknya