Sep 12, 2025

APA JAWAPANNYA???

As Salam

Hari Rabu hari tu aku saje je buat game main teka berapa jumlah syiling yang aku simpan selama setahun setengah...Kali ni simpanan sendu sikit sebab banyak guna cashless...Aku kira ni sebab nak sekalikan syiling yang anak-anak dapat..Anak-anak dapat RM50 syiling seorang..Jadi dah alang-alang aku nak tukarkan kepada duit kertas, aku kira la sekali syiling-syiling aku tu...Aku mintak tolong che mek kirakan sekali..Cepat sikit siapnya...

Hara tukar dekat office dia je..Mujur la mesin ok...Jadi dapat la angka ini termasuk syiling RM100 anak-anak..Jadinya syiling simpanan aku ade berapa?..Lepas je Hata transfer duit ni ke akaun bank aku, masa lunch hour aku punke ATM utk cash out RM100 untuk bagi pada anak-anak...Che mek dia nak simpan sendiri...Ammar memang aku simpan..Aku tanya nak belanja apa-apa ke? Ammar cakap nak RM50 nak beli credit Roblox..Terus bulat mata aku yang sepet ni ye kome..Terus la kena tazkirah selepas solat Maghrib dari aku...Terus Ammar diam😁..

Pada aku kalau nak membeli biar pada barang yang nampak..Kalau beli reload / credit dalam Roblox tu, lepas habis stageyang kita nak lepas tu, mungkin kena add on credit lagi..Duit lagi..Apa yang kita dapat? Kepuasan yang tak sudah..Kalau dapat balik duit / credit tu tak pe la jugak..Kan? Jadinya aku simpan aje la dulu duit Ammar...Nanti kalau pegi mall & ada yang Ammar berkenan, kita belikan...
Duit syiling anak-anak ada RM100...
Duit Syiling yang aku snap gambar ada RM201.50
Bawah ni antara blogger yang teka berapa syiling yang aku snap 😁

Sis Sha : RM72
Sis Mieja : RM500

Sekarang ni nak kira siap yang menang? πŸ˜†

It's just for fun kan? Dah lama tak main teka-teka ni...
Jadi korang rasa siapa?

Pagi semalam, sebelum pegi kerja Hata dah asingkan siap-siap baju dia mana yang nak dibawak sebab malam semalam lepas maghrib Hata ada farewell dinner dekat Saprah untuk CIA dia yang ditukarkan ke department lain..Jadi takut Hata balik lewat & tak sempat nak kemas, maka dia kemas siap-siap..Balik kerja petang ni Hata hanya perlu load barang masuk dalam kereta then Zassss amik aku dekat LRT & Zasssss heading to our destination...

Malam tadi aku dah masukkan semua baju ke dalam bag..Che mek kemas sendiri..Letak depan sofa semua yang nak dihangkut..Bukak kepala gas, buang sampah, cabut mana-mana plug yang tak perlu...Sebab hari ni lepas kerja aku tak balik rumah dah...Anak-anak pun hanya ada dekat rumah tak sampai 1 jam...Ammar tu pun aku harap dia sempat tukar baju sekolah agama dia sebelum gerak amik aku dekat LRT..

Doakan perjalanan kami selamat pegi, selamat sampai & selamat pulang ke KL ye...Amin

5 comments:

adnil linda said...

Semoga selamat semuanya..
Tak perasan pula ada teka teki..

Abam Kie said...

sy pun menabung duit syiling ni. anak2 plak x suka simpan coin. bila cukup rm100 sy tukar dkt koop sek.

mama tisya said...

tekaan kita range 200 tp terlebih 48.50 hehe...happy long weekend..hati2 di jalan raya..smoga slamat smp destinasi

Roziah @ Cie said...

Alaaaa rugi terlepas nak main teka teki. Banyaknya syiling simpanan. Cie tu pun ada tak kira berapa tapi rasanya tak banyak. Baru ni ada Speedmart & Mr Diy offer nak tukar syiling.

Ezna Khalili said...

Moga selamat perjalanannya.