PERKAKASAN DAPUR : BALUT PINGGAN MANGKUK

As Salam

Bermula dari hari Isnin malam sampai malam semalam aku, Hata & anak-anak bergotong royong balut pinggan mangkuk yang ada dalam almari rak TV lama..Rak TV tu aku nak bagi pada kak yong sebab rumah baru dah ade kitchen kabinet..Jadi pinggan mangkuk dah boleh susun dalam tu. Lepas tu rak pinggan yang style lama, meja dapur gas jugak.

Aku sewa lorry dari KL ke Perak..Nak jual dekat sini aku tak yakin & malas nak fikir..Kita fikir bagi dekat kampung aje la apa-apa barang yang masih boleh digunakan..Kos tu aku tanggung..Aku tak kisah. Aku bagi kak yong peti sejuk 2 pintu, washing machine & meja besar dari rumah baru...Dari rumah sini aku bagi shelf rack 2 pcs, meja dapur, rak TV, set meja makan 4 orang (beli baru sebab nak aura baru 😁), sofa 3+2 seater (too bulky nak bawak ke rumah baru) dan ada beberapa barang lain.
Mana-mana pinggan mangkuk & cawan kaca 
yang masih elok je aku bawak ke rumah baru...
Pinggan dapat hadiah masa kawin pun ade yang masih elok...
Mana-mana cawan, pinggan & mangkuk yang dah nampak usang, aku masih wrapped tapi nanti akan dibuang ditempat yang boleh dibuang 😁
Ready to load...
2 seater sofa...Cover dia dah koyak sikit...😁
Sofa 3 seater...
Abaikan yang dibelakang tu...
Resam orang nak pindah..😆

Hari Selasa hari tu Hata ada training 1 hari dekat Jalan Tangsi..Jadi pagi Selasa tu Hata hantar aku sampai ke ofis dan kami breakfast sekali...
Aku lupa nak letak kuah..Udah kering aje aku rasa 
makanan ni masuk dalam tekak 😆
Menu Hata..RM4.30..Makanan aku RM3.50.
AKu order teh o suam & Hata Nescafe tarik...

Hari ni orang wiring pasang aircond akan datang rumah baru untuk pasang aircond dekat hall dan master bedroom...Hari ni rumah kami akan lapang sikit la sebab perabot yang bulky dah takde terutamanya sofa..Sayang sofa tu..Tapi nak buat macamana..Kalau terlalu besar nanti sempitkan ruang tamu rumah pulak...


Hari ni waktu dinner rasa macam nak makan burger daging double special je 😁

7 comments:

  1. sambil pindah sambil buat spring cleaning gitu

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah...rezeki kak yong, penuh rumah kak yong...kikiki

    ReplyDelete
  3. Nanti boleh cantikkan rumah baru pula

    ReplyDelete
  4. bab nk pack brg2 pindah..mn nk buang mn nk bg org kn..mmg kena clear cpt

    ReplyDelete
  5. Waktu pindah mcm2 keluar...2 tahun lepas saya pindah dapur jer..barang yang dibuang dekat 1 lori kecik...apa la yg disimpan...

    ReplyDelete
  6. Terliur akak awak sebut burger dagibg dabel special..yummy...alhamdulillah rezeki Kak Yong la Nieza banyak bagi dia barang2 tu...

    ReplyDelete
  7. MZ : Betul tu sis..SY igt xnk bwk brng yg byk ke rumah tu...

    Linda : Iye..Hari tu dah smp..Seronok la dpt sofa baru walaupun pre-loved =D

    Eyma : Betul tu =D

    Mama Tisya : Betul tu sis...

    Sueann : alamak..Kalau sy ni mmg kena panggil roro la kot =D

    SA : Yeahh..Tp sy x dpt mkn lg..Hahaha...Betul..Smoga ada rezeki lain plk utk sy =D

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "thisni3zahata.blogspot.my" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of thisni3zahata.blogspot.my will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.