Showing posts with label Our 1st House. Show all posts
Showing posts with label Our 1st House. Show all posts

BUAH TANGAN DARI KAWAN-KAWAN

As Salam
Hari Ahad hari tu aku memang tak sangka ofismate yang datang ke rumah tu memasing bawak buah tangan. Udah kenapa kome??? Aku ajak datang rumah suruh makan, bukan mintak bawak buah tangan. Malu laaaa...😆. Sini aku share apa yang mereka bawak ke rumah masa mereka sampai.
Buah tangan dari ofismate. Sedap jugak egg tart ni.
Royce chocolate dari partner ofis. - 
Yang bagi cash masa aku mula-mula dapat kunci rumah.
Secret Recipe - Black Forest cake.
Kek ni aku hidangkan pada tetamu yang datang hari Ahad tu.
Alhamdulillah tinggal suku je baki.
4 pcs of chocolate ni classmate Ammar yang bagi.
Pandai dia bawak buah tangan ni. Hari tu Ammar datang beraya dekat rumah dia aku bekalkan magga lemak manis as buah tangan.
Ini pulak hadiah dari ofismate aku yang chinese.
Ofismate yang bagi bekas untuk letak dekat sinki yang aku pernah cerita dulu.
Last week dia PM bagitahu yang dia ada beli something untuk aku punya house warming. Dia letak alamat rumah aku terus. Aku cakap hari tu kan dah bagi??? Jangan bazirkan duit dia. Dia terkejut bila aku betul-betul ingat bekas yang dia bagi hari itu adalah hadiah dari dia. Sedang itu adalah barang yang dia memang beli extra untuk bagi pada aku. Bukan as a house warming gift. 😆. Aku mana la tahu dan tak budget pun dia nak beli yang lain. Aduhai mek sorang tu.
Ahad malam lepas dah selesai mengemas che mek pun excited nak bukak packaging ni. Dapat plushie toy yang sudah menjadi kepunyaan che mek. 
Nak add on collection katanya.

Alhamdulillah dengan semua yang diberikan. Hata terkejut banyak dapat makanan & kids happy sebab dapat banyak makanan yang mereka boleh makan berulang kali 😆. Terima kasih pada yang memberi.

Hari ni nak dinner apa?

SEWING PROJECT - LANGSIR : PART 1

As Salam

Semalam balik kerja che mek dah get ready nak pegi ke Q Bistro. Tunggu Ammar sampai, lepas tu Ammar mintak berehat sekejab 10 minit. Lepas tu terus gerak. Tapi singgah kedai jajan dulu sebab Ammar nak beli biskut timbang. Lepas tu aku nak ke Giant mini beli barang sikit. Sampai Q Bistro terus order sebab dah tahu nak makan apa tanpa perlu tengok menu. Kami order cheese naan, kari kambing, tosai, Ammar amik nasi separuh & ayam goreng. Air order 1 je teh o ais untuk che mek sebab aku & Ammar dah bawak air masak dari rumah.
Vie Dalam LRT dari Wangsa Maju ke Taman Melati...
My litte hero dan nasi mamak berpisah tiada 😆

By 7.15 petang kami dah gerak balik ke rumah. Sampai rumah selesaikan apa yang patut lepas tu aku start masak kuah beef bolognese sekali dengan spaghetti angle hair untuk lunch che mek hari ni. Hari ni che mek akan sampai rumah awal. At least ada la makanan yang che mek boleh makan sementara tunggu aku sampai rumah.

Lepas masak, aku rasa malas nak melipat kain. Che mek datang mintak jahitkan sikit tudung dia sebab jahitan dekat dagu tu dah tetas.. Ehhhhh..Terus rasa nak menjahit kome. Jadi aku cari plastic bag kain langsir. Tengok kain untuk kepala langsir & ring. JUMPA!!. Jom kita try test jahit sehelai dulu...Jahit lurus je kome.
Lipat kain dekat kepala langsir lepas tu tepek dengan pengeras yang dah siap berlubang ni. Aku beli yang siap berlubang sebab senang nak letak ring tu nanti.
Ni view sebelum dan selepas pasang ring.
Senang aje kome kalau kita beli pengeras yang dah siap berlubang walaupun mahai sikit dari harga takde lubang. Means kena tebuk lubang sendiri.

Tapi langsir ni baru siap sehelai. Banyak helai lagi yang aku nak kena siapakn. Semoga this weekend dapat siapkan walaupun nampak gaya macam akan banyak perkara nak kena selesaikan. Nanti dah sipa langsir ni aku update sini lagi ye.

Angin menjahit tengah ada ni marilah kita hidupkn enjin mesin jahit dan luncurrrrrr....Kalau time dia gi laut dalam nanti lama jugak nak tunggu dia datang semula 😆. Tetibe rasa macam nak makan nasi ayam dari the chicken rice shop.

UNBOXING : DRAWERS STORAGE CABINET

As Salam

Hari pertama bekerja selepas bercuti selama 9 hari...

Hari Khamis aku tolong Hata pasang kabinet ni..Aku beli sebab nak letak mircowave & air fryer..Lepas tu boleh la letak kuali ke ape ke dekat dalam kabinet tu...Drawer tu nanti kita fikir nak isi apa asal dekat luar takde barang yang tak perlu...
Jenuh jugak nak faham sebab instruction macam tak berapa nak clear...
Kena pandai-pandai sendiri faham...
Lepas tu bahagian dalam drawer ada yang berwarna, ada yang warna coklat...
Sabar aje lah...Nak complain pun dah tak boleh sebab barang dah beli lama..
Tak cukup 1 papan la pulak...
Mujur la sel-sel otak ni berhubung, jadi kita adjust la here & 
there as long as kabinet ni stabil...
Alhamdulillah...
Berjaya jugak akhirnya...
Simple je..But I loike the white color..
Laju-laju Hata kemaskan barang-barang depan freezer...
Jadi boleh la kita letak kabinet ni dekat depan freezer tapi masih ada ruang untuk aku berdiri depan freezer...Kiranya kabinet ni tak ganggu laluan ke freezer...

Lepas ni kalau anak-anak balik sekolah nak reheat makanan, boleh trus on microwave...Kalau nak masak fries, masak aje dalam air fryer...tak perlu sentuh dapur gas..
Sebelum kabinet ni siap kami dah try masak french fries dalam air fryer ni...
Alhamdulillah menjadi kome..
Cume terhangit sikit hujung-hujung tu...
Mungkin sebab lama sangat kot...
Patutnya kami letak 15 minit je..Tapi hari tu letak 17 minit...

Ok la..next time kita improve lagi skill penggunaan air fryer ni...yang pasti mereka-meraka ni dah ada tempat yang baru dan tak ganggu tableh top kami..Banyak lagi kotak-kotak yang belum kami unboxing...harap-harap boleh selesai cepat..Amin..





BILA DAH PINDAH : REVEAL WARNA KITCHEN KABINET

As Salam

Salam Jumaat semua..Aduhaiiii..hanya tinggal 2 hari aje lagi cuti sebelum mula kerja semula minggu depan...Tanya lagi..Why so fast???

Rasanya dah sampai masa untuk aku review warna kitchen kabinet yang aku & Hata pilih untuk rumah kami...Sebab semalam kami dah bukak sofa dan susun dining table...Disclaimer...Ini bukan nak show off tau...Ini nak simpan kenangan dekat sini dan mungkin boleh jadi warna pilihan orang lain yang nak pilih warna kitchen kabinet...Ini gambar sebelum masuk barang-barang dari rumah lama dan sebelum kami mengecat...
Aku dan Hata memang suka teruk dengan lampu dekat island table ni...
3 biji rangka lampu ni hanya RM49...
Tapi pricy dekat mentol sebab kami amik yang mahal RM25 sebiji...
Plan asal nak suruh contractor pasang secara menaik lampu ni...
Sekali masa dah siap, dibuatnya straight gini aje...
Aduhaiii..Tak pe lah..Nanti Hata adjust la sendiri...
Inilah warna pilihan kitchen kabinet kami...
Contractor cakap ini warna polis...😁
Ade slot kosong sebelah kanan ni kami dah letak freezer...
Memang ngam-ngam aje sizenya sebab sebelum buat, 
kami dah bagi tahu size freezer kami...
Table top adalah concrete untuk tahan lebih lama berbanding yang biasa... 
Ini pulak island table kami...
Not so small & not too big but just nice...
Island table ni guna quartz stone.
Sebelah kiri island table tu adalah cubicle untuk pegi sejuk kami...
Sama jugak..Sebelum mula pasang, kami bagitahu size peti sejuk kami...
Bawah island table ade kabinet..Lepas psang island table ni, peti sejuk & freezer masih muat untuk masuk tanpa ada halangan atau sempit...Memang masih ada ruang nak berjalan yang selesa...

Aku bersyukur akhirnya kami dapat warna yang kami nak...Ditambah pulak dengan handle yang kaler gold tu..Memang aku & Hata suka...Budak contractor tu pun suka sebab membuatkan kabinet aku naik seri...Gitewww...Actually aku amik inspirasi ni dari sini...
Gambar inilah yang aku tunjuk pada contractor 
untuk warna kitchen kabient kami...
Mujur contractor tu dapat cari warna pilihan kami...
Aku tak pasti kenapa aku pilih warna ni...
Tapi yang pasti ini warna pandang pertama yang buatkan aku & Hata dapat kata sepakat untuk jadikan ia reality dalam rumah kami...Selera orang lain-lain..Mungkin ada yang suka cerah dan warna pastel kan...


Ok..Selesai dah hutang janji aku nak reveal warna kitchen kabinet kami...0-0 ek...😁..Hari ni aku & Hata ke rumah lama untuk final clearance rumah lama...Nak disamble-kan 3 almari baju dan 1 meja solek yang lama tu...

BILA DAH PINDAH : HARI PERTAMA MEMASAK - TELUR OMELET

As Salam

2 hari tak update blog..Lain maciam rasa dia kome...Tapi nak buat macamana...Keadaan tak mengizinkan aku untuk bukak laptop...Hari ni aku try share tentang Comic Fiesta 2 hari lepas...Tapi sebelum tu aku nak share kali pertama aku gunakan dapur dekat rumah baru...

Jam 8.30 pagi tadi aku prepare bahan...Lepas tu start la masak..Pagi ni aku buat english breakfast je...Simple..Nak masak nasi beras pulak lupa nak beli masa beli grocery semalam...Percubaan pertama aku menggunakan dapur memasak berjaya...
Marilah kita merasmikan kuali Dessini segi empat tepat kita ni kome...
Aku buat 2 ke 3 layer jugak...
Alhamdulillah...Memang terbukti NON-STICK
Siap!!!
Bila dipotong gini la rupanya...
Aku letak cili besar merah, cili besar hijau, 
Lepas tu bakar roti & reheat baked bean dalam tin tu..
Goreng jugak samosa ayam ni...

Lepas tu aku buat scramble egg jugak untuk kids...Lepas tu buat teh o panas & aku buat secawan air cappuccino panas..Begitu lah sarapan pertama yang aku masak hari ini selepas beberapa ketika berhenti memasak...

Lepas Zohor nanti kami akan keluar rumah..Kemana? Nanti aku share...

SELAGI TAK PINDAH : KOS LORRY PINDAH

As Salam

Linda tanya, kita jawab...

Lorry ni kami dah panggil 3 kali..Kali pertama masa aku nak hantar barang dari rumah lama ke rumah kak yong dekat Perak...Kos ni tinggi sikit sebab jauh & lorry 5 tan...Kosnya adalah RM800 ringgit..Kami tak pakai movers, tapi kami guna orang yang sediakan perkhidmatan lorry pindah rumah..Kos RM800 ni termasuk 2 orang main power...Orghe kelate...Hari tu masa hantar ke rumah kak Yong, alhamdulillah semua barang yang kami hantar cukup & sampai dalam keadaan yang elok..Mereka takde sediakan perkhidmatan wrapping, kita kena wrap sendiri..Mereka hanya angkat, bawa & punggah masuk ke destinasi je...

Kalau Linda nak guna perkhidmatan mereka, PM saya ye..Kalau dalam Perak mungkin range dia gitu jugak la kot sebab brader ni tinggal dekat Gombak je..So dekat la kalau nak ke Selayang amik barang & ke Tronoh (Betul kan?)...Dekat sikit dari rumah kak yong.

Untuk kos lorry pindah dari rumah lama ke rumah baru, 1st trip hari tu kami kena charge RM550...Kos RM250 untuk sewa lorry...Lagi RM300 kos untuk 3 orang main power...Untuk 2nd trip hari tu, kami kena charge RM450..RM250 untuk charge lorry, lagi RM200 untuk main power..Trip kali ni kami tak banyak sangat dah barang...Tak penuh pun lorry 5 tan tu kalau nak dibandingkan 1st trip hari tu...

Gitu lah cerita dia tentang kos perpindahan kami...Banyak jugak kos untuk tiga-tiga trip tu..Tapi kena pejam mata aje lah sebab nak selesai cepat-cepat 😁...Semoga info ni dapat bantu Linda survey harga kos sewa lorry untuk pindah nanti..😁


Hari ni kena pecut mesin jahit lagi...Sikit je lagi nak siap..!!!
Hari ni jugak aku nak jumpa semua cikgu-cikgu dekat taska sebab kira this week will be the last week che mek ke taska...Lepas ni balik sekolah terus balik rumah...No more taska / transit..

UNBOXING : COFFEE TABLE & DINING TABLE

As Salam

Hari Jumaat malam sabtu...Aku, Hata & che mek cuba pasang coffee table double layer yang aku beli dulu...Pasang ni sebab nak bagi ruang dekat bilik menjahit...Maka berusahalah kami 3 beranak memasang...Mujur la ada drill yang Hata beli tu kome..kalau idak, jenuh jugak nak ketatkan screw-screw yang ada...
Alhamdulillah..
Berjaya jugak pasang...Takde la susah...
Tapi tetap kena paham baru boleh pasang 😁
Boleh tahan besar jugak bulatan meja ni...
View bila masukkan meja yang kecil dibawah meja yang besar...
Memang nice bagi aku...Senang bila tetamu datang...
Sebelah hidang air, sebelah hidang biskut petak Hup Seng 😁
Sabtu pagi, aku & Hata unboxing dining table yang dah lama sampai...
Masa mula-mula renovation dining table & sofa ni dah sampai...
Masa mereka sampai waktu renovation, memang aku wrapped kemas-kemas sebab risau terkena serpihan apa-apa masa renovation...
Inilah dining table kami untuk 4 orang...
Kerusinya aku & Hata tak bukak lagi sebab risau makan space...
Jadi kami bukak meja & letak tepi dinding dulu...
Meja ni kalau tak silap aku batu marmar...
Jadi memang berat jugak ye kome masa nak angkat nak buang kertas tu...
Bucu meja aku letak plastic cover ni sebab risau je cucu sedara 
yang akan datang pagi Sabtu tu..
Kalau terhantuk memang boleh benjol ye kome...😁

Sikit lagi nak selesai hal perpindahan ni...Lepas Comic Fiesta dah boleh la aku fokus untuk susun atur barang-barang dalam rumah ni pulak...Semoga rumah ni tetap nampak ada ruang walau selepas barang-barang ni disusun atur..Amin



Costume apa cerita????Tungguuuuuu...

TERIMA KASIH ANAK-ANAK SEDARA

As Salam

Hari Jumaat lepas Hata selamat sampai ke rumah dari Medan Gopeng, kami balik ke rumah baru sebab mane muat nak tido atas toto 4 beranak kome 😆...Malam tu kami clearkan bilik menjahit sebab nak bagi space barang esok dari rumah lama....Hari Sabtu dalam Jam 8.45 pagi anak-anak sedara 3 orang sampai rumah..Kak ipar bekalkan nasi lemak, nasi berlauk & satay nasi impit untuk sarapan. Jam 9.45 pagi aku, Hata & seorang anak sedara lelaki ke rumah lama sebab lorry sampai jam 10 pagi.
Inilah keadaan rumah aku hari Sabtu..
3 kipas angin yang kami tak perlukan lagi kami bagi pada budak lorry...
Hanya 1 je yang kami amik...

2 jam jugak proses angkut keluar dari rumah & susun dalam lorry ni kome...Ni dah nak menjahit huru hara rasanya sebab tak jumpa gunting & segala perkakas menjahit..Jadinya semalam waktu lunch hour, terpaksa la aku mencari gunting baru dekat mr.DIY Avenue K tu...

Jam 1 tengahari kami sampai ke rumah baru dan tunggu aje la budak-budak lorry selesai angkut barang-barang naik ke rumah..Sambil-sambil tu clearkan mana-mana space supaya ada ruang yang lebih...Sementara kami bertiga dekat rumah lama, anak-anak sedara aku yang perempuan 2 orang tolong che mek pasangkan almari solek che mek...Lepas tu pasangkan rak sangkut tuala aku...
Comey aje meja soleknya kome...
Meja solek aku je belum berpasang lagi...
Tunggu la lepas habis CF nanti 😁

Untuk makan tengahari kami beli fast food dari grab je sebab dah tak larat nak memasak atau pegi kedai...Dalam jam 3 petang jugak baru selesai angkat barang ke dalam rumah...Lepas selesai hal lorry, kami ber-5 sama-sama cuba pasang katil aku pulak...
Alhamdulillah...Sabtu malam ahad dah boleh tidur atas katil baru...
Katil ni aku beli dekat shopee...
Ada 3 drawer iaitu di kaki katil dan di kiri kanan body katil...
Nak pasang katil ni tak susah...
Cuma memang kena ada yang tolong baru cepat siap...
Alhamdulillah...Dah siap...
Aku letak katil ni ditengah-tengah bilik mengadap wardrobe...
Alik kanan katil ni kami letak karpet..
Alhamdulillah...
Masih ada ruang yang selesa untuk berjalan selepas letak katil secara menegak mengadap wardrobe...Tinggi katil ni selepas aku letak tilam ade la dalam satu tapak tangan selepas lutut...OK la kan..Vibe-vibe tinggi katil hotel gitewww 😆

Dalam jam 5.30 petang anak-anak sedara kami pun balik semula ke Bangi...Lepas tu aku & Hata rasa lembik badan-badan ni kome 😁...Hari Ahad misi mencari bahan-bahan untuk OTP..Tapi takde la kalut sangat sebab nak bagi badan rest...

YANG BANYAK BERJASA TAPI TERPAKSA DITINGGALKAN

Hari Sabtu hari tu lorry 5 tan datang nak angkat barang-barang yang aku dah pilih untuk dibawa ke rumah baru...Tapi malanngnya 1 almari yang dah 11 tahun berkhidmat terpaksa ditinggalkan sebab condition dia yang dah tak boleh untuk digunakan..Dah reput kome..Aku pun tak sure macamana boleh reput sampai gini rupanya..Ntah bila pulak kena air sampai kembang gini...Aku plan nak bawak dia satu je nak letak dalam bilik menjahit..Meja solek, 2 almari baju aku tinggalkan...
Kaki almari ni dah reput...
Masa punggah barang-barang dari dalam almari ni memang aku tak perasan langsung sebab almari ni duk tepi pintu hala ke bilik stor...Masa nak angkat baru perasan dah nak hancur dah...Jadi terpaksa la ditinggalkan...11 tahun dah dia berkhidmat dengan kami..Banyak jasanya ni...
Ini suasana suku dari barang rumah lama yang dibawa masuk...
Rasanya nanti bila dah fully transfered,memang tak muat bilik ni...
Memang akan sampai ke hall atau ke bilik Ammar...
Nanti aku share lagi suasana dalam rumah ni ye kome...

Ada beberapa barang yang aku sempat label, kami letak terus ke dapur sebab peti sejuk, washing machine & freezer dah masuk dekat tempat yang disediakan jadi dapat la bagi ruang untuk yang lain masuk...Sambung penat mengemas dekat rumah baru pulak nanti..Mujur dah ada kitchen kabinet..Boleh la aku masuk semua barang dapur dekat dalam tu...

Malam ni nak makan apa? Tak sabar nak cuti next week 😁

FAKTOR USIA


Hari tu masa kalut-kalut dissemble shelf rack dekat rumah ni, kami berdua lupa nak kira tingkat tu jaraknya berapa lubang setiap satu...Lepas tu masa nak pasang semula udah la pening mengira...Kali kedua nak dissemble shelf rack yang lain, aku snap gambar siap-siap supaya nanti nak pasang semula boleh refer pada gambar yang aku snap..😆 
Nah...nanti kira la berapa jaraknya...
Semua papan kemenangan tu Hata cakap nak bawak gi rumah baru..
Snap jauh sikit supaya nanti senang nak tengok jarak...
Abaikan rumah yang bersepah tu...

Ni tengah fikir susun atur mesin jahit aku dalam bilik menjahit tu nanti sebab nanti akan masuk jugak rak TV yang lama...Macam ni lah bila dah berusia kan??? Aku rasa aku kena start semula minum air prune cap Brand's tu..Sebab bila minum tu aku rasa sel-sel otak ni berhubung dengan baik 😆

Aku tak sabar nak susun baju bajan dalam wardrobe sebab nak tengok muat ke idak side yang aku amik...Aku amik side panjang..Hata amik side kecik tapi 2 layer...Harap-harap muat semuanya...