Dec 26, 2025

BILA DAH PINDAH : REVEAL WARNA KITCHEN KABINET

As Salam

Salam Jumaat semua..Aduhaiiii..hanya tinggal 2 hari aje lagi cuti sebelum mula kerja semula minggu depan...Tanya lagi..Why so fast???

Rasanya dah sampai masa untuk aku review warna kitchen kabinet yang aku & Hata pilih untuk rumah kami...Sebab semalam kami dah bukak sofa dan susun dining table...Disclaimer...Ini bukan nak show off tau...Ini nak simpan kenangan dekat sini dan mungkin boleh jadi warna pilihan orang lain yang nak pilih warna kitchen kabinet...Ini gambar sebelum masuk barang-barang dari rumah lama dan sebelum kami mengecat...
Aku dan Hata memang suka teruk dengan lampu dekat island table ni...
3 biji rangka lampu ni hanya RM49...
Tapi pricy dekat mentol sebab kami amik yang mahal RM25 sebiji...
Plan asal nak suruh contractor pasang secara menaik lampu ni...
Sekali masa dah siap, dibuatnya straight gini aje...
Aduhaiii..Tak pe lah..Nanti Hata adjust la sendiri...
Inilah warna pilihan kitchen kabinet kami...
Contractor cakap ini warna polis...😁
Ade slot kosong sebelah kanan ni kami dah letak freezer...
Memang ngam-ngam aje sizenya sebab sebelum buat, 
kami dah bagi tahu size freezer kami...
Table top adalah concrete untuk tahan lebih lama berbanding yang biasa... 
Ini pulak island table kami...
Not so small & not too big but just nice...
Island table ni guna quartz stone.
Sebelah kiri island table tu adalah cubicle untuk pegi sejuk kami...
Sama jugak..Sebelum mula pasang, kami bagitahu size peti sejuk kami...
Bawah island table ade kabinet..Lepas psang island table ni, peti sejuk & freezer masih muat untuk masuk tanpa ada halangan atau sempit...Memang masih ada ruang nak berjalan yang selesa...

Aku bersyukur akhirnya kami dapat warna yang kami nak...Ditambah pulak dengan handle yang kaler gold tu..Memang aku & Hata suka...Budak contractor tu pun suka sebab membuatkan kabinet aku naik seri...Gitewww...Actually aku amik inspirasi ni dari sini...
Gambar inilah yang aku tunjuk pada contractor 
untuk warna kitchen kabient kami...
Mujur contractor tu dapat cari warna pilihan kami...
Aku tak pasti kenapa aku pilih warna ni...
Tapi yang pasti ini warna pandang pertama yang buatkan aku & Hata dapat kata sepakat untuk jadikan ia reality dalam rumah kami...Selera orang lain-lain..Mungkin ada yang suka cerah dan warna pastel kan...


Ok..Selesai dah hutang janji aku nak reveal warna kitchen kabinet kami...0-0 ek...😁..Hari ni aku & Hata ke rumah lama untuk final clearance rumah lama...Nak disamble-kan 3 almari baju dan 1 meja solek yang lama tu...

13 comments:

Cuya said...

Cantik, nampak menyerlah. Baru ceria rumah

adnil linda said...

tak sangka warna yang terang macam ni.. ingat kan ambil warna pastel gitu... memang jarang orang buat warna biru tu jadi warna kabinet...selalu warna dinding je

mama tisya said...

mmg rare color ni...sure tk sbr nk rasmi nanti

Puan Hazel said...

Nice 👍🏻
Lari dari kebiasaan

Ezna Khalili said...

Cantik dan rare warnanya Niza. Berani mencuba dan ternyata cantik digandingkan dengan warna gold ya....

Roziah @ Cie said...

Warna polis terus dikatanya ye. Warna Zus pun ye jugak biru. Hihi. Cantik je kena dengan warna dinding.

Lydia said...

lawa. segar je mata tengok. jarang orang pilih warna ni, lari dari kebiasaan yang buat orang buka mata bila tengok. Wow!

Mama Zharfan said...

rare lah warna gini. unik pun ada! yg pasti it looks nice dan paling penting, cantik di mata sendiri!! yg paling i berkenan adalah lampu dan island table tuuuu sbb my house takde la both island table dan lampu gitu!! may be later2 if ada bajet, nak reno kitchen kabinet dan buat design ada island table dan lampu2 hehehehhe

mummy_ayu said...

cantik..nampak terang sgt.. i like!!

thisni3za said...

CUya : Thx dear =D

Linda : Kannn...Ntah la ttibe suka warna biru ni...=D

Mama Tisya : betul tu sis..mmg x sabar nk rasmi & letak mcm2 dlm cabinet ni =D

PH : Thx sis...

Ezna : Thx sis...Cinta pandang pertama pd warna ni =D

Cie : Kan..ZUS tu best sikit =D

Lydia : Thx dear..=D

MZ : Betul tu sis..Sy doakan sis cpt2 dpt buat kitchen cabinet baru utk rumah sis..Amin...

MA : Thx sis =D

Suria Amanda said...

Cantik...nampak luas dapur...seronok la nak memasak kalau macam ni....

✿Cik Cappuccino Latte ✿ said...

Lama CCL tak blogwalking sini . Tetibaaa unboxing sofa ..tetibaa unxboxing drawer ..tetiba ehhhhh dah pindah rumah ... Btw congrats tauuu CCL tumpang happy .. boleh deco² rumahhhh ....

Lampu island table tu cantiknyaa..
Kabinet kitchen pun cantik ..pemilihan warna pun kebabommm .. jarang tau org nk guna warna biru polis nii.. tabikkk spring laa sis & suami buat pemilihan warna ni.. nampak cantik juga kalau digabungkan dengan warna gold ..

thisni3za said...

SA : Alhamdulillah..Bleh la kalau nk berperang masak dgn Hata =D

CCL : Thx dear =D